BAB 46-INSPIRASI

4.2K 206 18
                                    

Selama dua bulan Marc kembali bertugas di pejabat, kehidupannya sangat sibuk dengan kerja. Dia terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke London setiap minggu. Bahkan dia kerap ke luar negara seperti Jepun, Russia, Australia, China dan Jerman untuk memeriksa cawangannya di sana di samping menghadiri mesyuarat di setiap cawangan.

Penat?

Sememangnya dia penat namun kerana tanggungjawab, dia harus menghadap semuanya. Mujurlah, kehadirannya di setiap cawangan miliknya tidak diketahui pihak media kerana 3 tahun dia menghilangkan diri semestinya ahli-ahli perniagaan yang berurusan dengannya tertanya isu kehilangannya selama ini. Awang sentiasa menjadi pelindungnya agar pihak media tidak dapat berjumpa dengannya. Dia belum bersedia untuk berdepan dengan pihak media.

Dia cukup selesa begini. Hanya nama diketahui tapi dirinya dirahsiakan. Dia tidak mahu jika dia mula berdepan dengan media, segala kehidupan peribadinya diganggu. Selagi dia mampu untuk lari dari media, dia akan sedaya upaya memecilkan dirinya dalam dunia perniagaan ini. Lagi pula, dia pasti jika pihak media tahu mengenai isu pengislaman dan perkahwinannya, pasti ia akan menjadi berita tergempar. Dia belum bersedia mendedahkan hal begini kepada media. Biarlah masalah antara dia dengan isteri selesai, mungkin akan difikirkan langkah seterusnya.

Fiona?

Wanita itu menyepi selepas 2 bulan di Syria. Wanita itu seolah membalas dendam kepadanya apabila dia menghantar mesej melalui Whatsapp namun diberi dua tick berwarna biru.

"Sihat?"

Hanya satu mesej dihantar sampai sekarang tidak dibalas. Marc tergelak apabila memikirkannya. Fiona balas dendam gayanya

Adakah ini perasaan Fiona apabila diabaikan?

Tapi...

Kenapa dia rasakan itu lucu?

Marc menggelengkan kepalanya bersama senyuman tipis.

"Marc. Hari ini kau tak boleh balik lewat. Ayah mertua kau suruh aku pesan, kau jangan lupa majlis di masjid malam ini. Majlis agama dengan anak-anak yatim." Pesan Awang yang masih menatap tabletnya. Jam di tangan dikerling.

Pukul 3 petang.

Dia perlu mengingatkan Marc agar lelaki itu tidak terlupa.

Marc sekadar mengangguk. Dia sedia maklum aktivitinya malam ini. Dia sudah berjanji dengan keluarga mertuanya untuk menghadiri majlis agama bersama anak-anak yatim di masjid berdekatan rumah mertuanya.

Begitulah rutinnya sebulan yang lalu. Apabila pulang ke Malaysia, pasti Megat Rudin tidak melepaskan peluang mengajaknya menghadiri majlis agama agar dia dapat mengenali Islam. Bahkan Megat Rudin, Zul, Dausi dan Lutfie turut mengajar dia mengaji dari langkah awal. Pada mulanya dia teramatlah rasa asing dan kekok namun lama-kelamaan dia mula suka. Awang juga turut belajar bersama dengannya. Kata lelaki itu, bacaannya kurang lancar dan ingin belajar agar lebih baik.

Marc bersyukur mendapat keluarga mertua begitu. Engku Zaidah juga turut melayannya dengan baik dengan menceritakan kisah perjuangan Nabi Muhammad dalam memperjuangkan Islam. Ibu mertuanya itu terlalu ramah. Masa yang terluang, pasti dia akan menemani ibu mertuanya di dapur untuk mendengar wanita itu bercerita. Dia mula mengenali Islam sera sedikit. Sekarang dia sudah menghafal surah al-Fatihah. Surah awal dalam al-Quran.

Sebulan masa yang dia ambil untuk menghafal surah itu dengan lancar. Akhirnya dia berjaya berkat bantuan Awang dan keluarga mertuanya.

"Lupa aku nak inform kau. Aku dapat emel dari secretary Sir Bernard Fernandez. Dia pengarah Malindo Airlines. Dalam emel itu dia kata nak labur saham di cawangan penghotelan kau. Nak collaborate dengan kau" beritahu Awang. Dia menyandarkan badannya di sofa dengan santai. Ingin menghilangkan rasa lenguh dibadan.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now