BAB 48-.....

5.1K 224 36
                                    

Marc duduk di meja yang berada di halaman rumah mertuanya seorang diri sambil merenung langit gelap gelita.

Langit pada malam itu cukup indah bersama kerlipan bintang dan bulan yang menerangi kegerlapan malam. Marc rasa tenang apabila menyendiri sambil menikmati keindahan alam tanpa gangguan sesiapa.

Semua orang sudah tidur memandangkan jam sudah menginjak pukul 12 malam. Hanya dia masih di luar untuk menghirup udara malam. Dia masih belum mengantuk.

Marc sebenarnya teringat seseorang.

Seseorang yang mula menganggu jiwanya setelah mendengar suaranya tadi.

Seseorang yang mula menganggu akalnya lalu memikirkan pemilik suara itu dari tadi.

Fiona.

Dia teringatkan wanita itu.

Hampir 3 bulan wanita itu di Syria. Dia langsung tidak mendengar khabar berita dari isterinya itu. Isterinya menyepi seperti dirinya di London dahulu. Mesejnya yang dihantar sekali dahulu sehingga kini tidak dibalas.

Balas dendam barangkali.

Tersenyum Marc memikirkannya.

Marah benar Fiona dengannya. Gadis itu seolah merajuk membawa diri. Jauh benar bawa diri sehingga ke Syria. Tipulah jika dia kata dia tidak kisah Fiona pergi jauh. Hakikatnya, dia risau wanita itu pergi jauh kerana enggan wanita itu cedera atau keselamatannya terancam. Walaupun teruk layanannya kepada Fiona, tetap Fiona tanggungjawabnya.

Tanggungjawab yang perlu dia jaga.

Marc memandang screen iPhone X miliknya. Button on iphonenya ditekan. Dia mencari nama Fiona di kenalannya. Lama dia merenung nama itu. Tangannya terasa gatal ingin menekan butang hijau namun akal menghalang.

Dia sebenarnya risau.

Risau dengan wanita itu.

Namun mendengar suara Fiona tadi, dia lega. Selepas hampir 3 bulan pergi tanpa berita, akhirnya dia dapat juga mendengar suara itu melalui pesanan suara yang dihantar kepada Engku Zaidah.

Namun, dia rasa tidak puas.

Tidak puas mendengar suara itu.

Marc menggenggam telefonnya.

Matanya dipejam lalu badan disandarkan di kerusi. Helaan nafas kasar dilepaskan.

Kenapa dia susah sangat nak hubungi wanita itu?

Dengan Lydia dahulu, tidak pula dia rasa bersalah apabila mengabaikan bekas kekasihnya itu. Bukan itu sahaja, Marc malahan hanya akan mengangkat dan membalas mesej Lydia jika dia ingin memuaskan nafsunya sahaja. Jika ingin keluar atau membazir masa, dia tidak akan melayan langsung Lydia. Paling teruk, dia langsung tak rasa bersalah dengan sikapnya.

Tapi kenapa dengan Fiona dia mula rasa bersalah?

Egonya masih berdiri teguh tapi dia rasa tak tenang.

Dia rasa tidak aman.

Adakah kerana Fiona isterinya dan perasaan wanita itu terseksa kerananya menyebabkan dia mula ambil berat tentang Fiona?

Marc menhela nafasnya.

“Fine.”

Marc menekan butang hijau. Telefonnya diletakkan di atas meja. Loud speaker dipasang.

Deringan memanggil pemanggil di sana kedengaran.

Tutt..... tuttt....

Berulang sehingga panggilannya dimatikan begitu sahaja beberapa saat kemudian.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now