BAB 38-UNEXPECTED

4.4K 171 31
                                    

Fiona memandang surat yang diterimanya sebelum pulang dari kem sebentar tadi. Surat itu direnung lama selepas dibaca sebanyak 4 kali. Surat respons daripada pihak atasan setelah sebulan yang lalu dia menghantar permohonan untuk kembali bertugas di Syria.

Dia mula rindu tanah Syria. Berbulan lamanya dia meninggalkan tanah itu kerana menunggu untuk sembuh sepenuhnya. Namun hakikatnya, ada sebab lain yang mendorong dia untuk berkeras pulang ke Syria.

Selepas sahaja pulang dari kem, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik. Diajak makan, alasannya sudah kenyang.

Dia resah sebenarnya.

Nafasnya dihela kasar.

'Betul ke apa yang kau buat ini Fiona?' keluh Fiona dalam hati.

Dia tidak berfikir panjang membuat keputusan ini kerana terasa hati dengan Marc yang langsung tidak hiraukannya. Jadi, kalau dia pergi pun bukannya Marc kisah. 3 bulan Marc pergi, dia umpama tunggul.

Dia hanya tunggul kepada lelaki itu.

Mungkin benar kata Daniel, Marc masih menyayangi kekasihnya.

Fiona hanyalah isteri di atas kertas namun bukan pada erti kata sebenar.

Hati dia sudah tawar. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka. Masing-masing buat haluan sendiri. Berfikir jalan terbaik untuk hubungan rumah tangga mereka. Adakah diteruskan atau berpisah menjadi jawapannya.

Jika diikutkan tarikh keberangkatannya ke Syria, ianya seminggu dari sekarang. Bagaimanakah penerimaan Engku Zaidah dan Megat Rudin?

Dia pasti, Engku Zaidah akan menentang keras dengan keputusannya. Ibunya mula melayannya dengan baik selama ini kerana dia yang mula bekerja sebagai jurulatih sahaja di kem dan tidak ke luar negara melaksanakan tugasan. Tapi, jika Engku Ziadah tahu yang dia akan ke Syria semula, dia pasti ibunya itu akan mengamuk besar.

Nafasnya dihela sekali lagi. Beratnya masalah yang dihadapi kini melibatkan emosi dan beperang dengan tanggungjawab.

Telefon bimbit yang berada di atas meja, Fiona capai. Aplikasi Whatsapp dibuka dan nama Marc dicari. Hampir sebulan dia tidak menghantar apa-apa pesanan kepada lelaki itu. Walaupun dia tawar hati dengan Marc kini, namun dia sedar dia perlu juga beritahu Marc pemergiannya.

Tanda meminta izin. Dia enggan nusyuz.

Assalamualaikum. Saya, Fiona just nak bagitahu. Saya dah buat keputusan, saya akan pergi. Saya akan ke luar negara minggu depan. Ada kerja. Terpulang dengan awak nak buat apa. Saya takkan halang. Mungkin saya hanya isteri yang membawa masalah dalam kehidupan awak. Jadi, saya rela undur diri. Biar saya dengan kerja saya, awak teruskan kehidupan awak. Nanti saya balik, kalau sempat saya akan jumpa awak. Kita bincang hala tuju hubungan kita. Bercerai ataupun sebaliknya. Mungkin hubungan ini satu kesilapan. Maaf kerana mengheret awak dalam perkahwinan ini. Mungkin benar, hati awak untuk Lydia. Saya bukan sesiapa. Izinkan saya laksanakan tugas yang menanti saya. Jadi, Lusa saya nak ke rumah awak ambil semua barang saya. Saya tahu awak takkan balas mesej saya, tapi saya tetap nak inform takut jatuh nusyuz. Assalamualaikum...

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now