BAB 57-KISS

8.3K 226 46
                                    

Mereka semua terus memasuki ke dalam rumah apabila ditegur Dausi. Segala beg yang dibawa Fiona diangkut oleh Zul, Dausi dan Lutfie. Fiona pula telah masuk ke dalam sambil memeluk kedua-dua permata hatinya. Pelukan yang erat, tidak mahu melepaskan langsung walau seketika.

Semua mula berkumpul di ruang tamu. Fiona melihat sekeliling-liling mencari seseorang.

"Yusuf belum balik"ujar Megat Rudin sedar dengan pandangan mata Fiona yang meliar sebaik sahaja mereka melangkah masuk.

Fiona tersentak. Kantoi mata cari Marc. Sengihan segan diberikan kepada ayahnya.

Fiona terus membuka tudungnya dan diletakkan di tepi sofa.

Engku Zaidah merenung anaknya. Sebaik sahaja Fiona membuka tudungnya, jelas kelihatan luka di pipi anaknya, leher, telinga dan bawah dagunya. Ini baru di bahagian kepala, belum di badan. Pasti banyak luka dibadan anaknya.

"Ba...nyak... luka anak mama..."ujar Engku Zaidah bersama suara seraknya sambil tangan menyentuh luka anak perempuannya. Sedih melihat luka-luka itu yang pasti menyakiti Fiona.

Fiona senyum kecil.

"Ma. Fiona dah biasa. InshaAllah esok-lusa sembuh lah. Jangan risau. Yang mama patut risau ialah diri mama. Asyik nangis jer. Cengeng betullah."perli Fiona.

Engku Zaidah yang tersentak digelar cengeng terus menarik telinga Fiona. Mood sedih terus bertukar ke mood harimau.

"Aduh aduh... ma sakit..." ringid Fiona menahan tangan ibunya. Harimau mamanya sudah bangun dari tidur.

"Mama risau kamu cakap cengeng. Mama takut apa-apa jadi dekat kamu. Mama... ma..ma tak boleh bayang kalau kamu..." Engku Zaidah jeda kerana mula ingin sebak. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.

Fiona yang melihat air mata ibunya menggelengkan kepala. Badan Engku Zaidah terus ditarik ke dalam pelukan.

"Korang jaga mama, mama memang asyik nangis ke?"soal Fiona kepada ketiga-tiga abangnya yang berada di sofa berhadapan dia dan ibunya. Mereka bertiga dari tadi berborak sesama sendiri.

"Kitorang jaga, takde mama nangis okay. Kau punca mama nangis."perli Lutfie lalu menjulingkan matanya ke atas. Suka hati jer nak salahkan mereka bertiga. Mereka bertiga anak lelaki yang bertanggungjawab okay?

Fiona mencebikkan bibirnya. Tanya sikit dan sentap.

"Ayah... tengok tu. Nak marah Fiona lahtu?" adu Fiona kepada ayahnya yang sedari tadi lebih gemar memerhati.

"Takde kamu, kata rindu. Dah ada depan mata, bergaduh."ujar Megat Rudin sambil menyandarkan badan dan tangan mendarat di atas perut.

"Siapa rindu?"soal Fiona terkejut.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now