BAB 60-MASA

6.7K 236 46
                                    




First of all, terima kasih sebab dah doakan saya. Terima kasih sangat. Hanya Allah dan Tuhan mampu membalas kebaikan awak semua. Maaf lambat update, saya tengah cari mood menulis. Lama sangat tak menulis sampai lupa plot cerita. Dalam bab  ni, santai-santai jer sebab saya baru nak panaskan enjin yang lama tak dihidupkan.

So, jangan lupa komen yerr... TATA




********************************





"Mama tahu kita tak balik?"soal Fiona kepada suaminya yang sedang berbaring dipahanya kini.

Mereka berdua sedang bersantai dipondok yang terdapat dihalaman rumah Marc. Pondok kecil yang dikelilingi pelbagai jenis bunga dan sebuah kolam kecil. Kolam yang mempunyai ikan-ikan kecil di dalamnya. Suasana malam itu sungguh mendamaikan jiwa yang menikmatinya. Mereka berdua sengaja menghabiskan masa disini selepas makan malam tadi.

"Tahu. Aku dah call tadi."jawab Marc dengan mata yang terpejam menikmati usapan tangan Fiona dirambutnya. Usapan lembut yang membuatkan matanya terasa kuyu.

Fiona diam. Dia memandang wajah suaminya yang tenang itu. 4 bulan yang lalu mereka berpisah kerana tugas bahkan dia sebenarnya merajuk dengan lelaki itu tapi kini... Mereka seolah seperti biasa. Seolah tiada apa-apa yang terjadi sebelum ini.

Dia tak faham sebenarnya tentang hubungan dia dan Marc.

Adakah mereka hanya sekadar suami isteri dalam kertas?

Atau sebenarnya ada cinta antara mereka?

"Rasanya ini pertama kali kita spend time macam ni. Selalunya, gaduh. Huh.." tertawa kecil Fiona meluahkan rasa hatinya. Dia memandang langit gelap yang ditaburi bintang dan ditemani pasangan setianya iaitu bulan.

Marc diam. Mata yang terpejam tadi terus dibuka. Jelas wajah isterinya dari pandangannya.

"Kita tak pernah sehaluan sebelum ni." Sambung Fiona lagi.

"Sekarang sehaluan ke?"

PAP!

Sekejap sahaja tamparan berbisa menghinggap bahu Marc.

Geram sahaja Fiona dengan suaminya. Sarkastik dan menyakitkan hati sangat. Baru nak sedih-sedih, dia potong mood sedih itu.

Marc mengukir senyuman kecil sesaat lalu kembali ke wajah asalnya. Enggan Fiona perasan bahawa dirinya terhibur dengan tingkah si isteri.

"Kita tak pernah kenal each other walaupun hampir setahun kahwin. Komunikasi pun kurang. Banyak problems dalam hubungan kita ni."luah Fiona sedikit kecewa apabila dia juga punca hubungan perkahwinan mereka bermasalah. Masing-masing ego.

Marc diam lagi. Dia memeluk tubuhnya lalu memusingkan badan menghadap perut isterinya.

"Aip! Apa makin dekat ni?"terkejut Fiona dengan tindakan suaminya. macam ambil kesempatan pula.

"Aku mengantuk."jawab Marc sudah menyembamkan wajahnya diperut Fiona.

"Alaa jangan tidur lagi. Saya nak tanya soalan ni." Gumam Fiona tak puas hati.

"hmmm..."

"Awak. Nak tanya soalan ni. Jangan tidur dulu."pinta Fiona memegang bahu suaminya.

"What? Faster. I want to sleep."

Amboi bukan main cakap omputih dia mentang-mentang asal sana.

"Awak kerja apa sebenarnya? Saya tak tahu pun awak kerja apa? Yang saya tahu awak kerja pejabat macam tu bila tengok awak asyik pegang fail then kertas bertimbun bagai."

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now