BAB 47-RINDU

5.6K 197 19
                                    

Fiona merenung gambar yang berada di tangannya. Satu persatu wajah di dalam gambar itu diusap. Dia rindu mereka.

Wajah yang paling dirindui semestinya ibu bapanya.

Gambar dipegangannya adalah gambar ketika dia kahwin bersama Marc. Semua ahli keluarganya, Marc, Awang dan Haniza turut ada dalam gambar ini. Untuk melepaskan rindu, Fiona membawa gambar ini sahaja. Tidak perlulah dia bawa satu album untuk melepas rindu.

“Jauh termenung...”tegur seseorang lalu mengambil tempat di sebelah Fiona.

Fiona memandang sebelahnya.

Leftenan Raudhah.

“Takdelah. Aku tengok gambar.”ujar Fiona bersama senyuman tipis.

“Gambar apa? Nak tengok juga!” ujar Raudhah teruja. Dia terus menjengukkan kepalanya ingin melihat gambar di tangan Fiona.

Fiona sekadar membiarkan. Dia menghulurkan gambar itu kepada Raudhah. Dia terus memandang ke hadapan melihat pagar-pagar yang memagari kawasan mereka. Pagar besi untuk melindungi penduduk di kawasan yang mereka pantau.

“Asal macam gambar kahwin jer ni? Kau pulak dekat tengah. Kau kahwin ke Fiona?”soal Raudhah bersama mulut terlopong. Setahunya wanita di depannya ini masih sendiri. Bila masa Fiona bernikah?

Fiona tergelak melihat wajah melopong Raudhah. Tak dikawal langsung reaksi wajahnya.

“Janganlah buat muka beruk hahahaha... “gelak Fiona menutup mulutnya agar tidak terlalu kuat. Terhibur melihat wajah Raudhah.

Raudhah menampar lengan Fiona lembut. Dia serius, boleh pula nak gelak.

“Kau dah kahwin ke?”soal Raudhah lagi.

Fiona mengawal tawanya dan sekadar menganggukkan kepala.

“Asal aku tak tahu?”soal Raudhah tidak puas hati. Dia terus memeluk tubuh. Merajuk.

“Majlis tertutup. Aku dengan family jer. Anggota kita pun ramai tak tahu, pihak atasan jer tahu. So, tak payah nak merajuk sangat.”ujar Fiona lalu mengambil gambar ditangan Raudhah. Habis berkedut gambar dia nanti.

Raudhah mencebik.

“Suami kau kerja apa?”

“Kerja biasa jer.” Jawab Fiona malas.

Raudhah mengangguk.

“Dia tak kisah ke kau kerja jauh ni?”soal Raudhah lagi. Dia memandang wajah Fiona di sebelah. Wajah itu kelihatan mendung apabila disoal begitu.

Fiona diam.

“Kau pergi tanpa redha suami ke, Fiona?”soal Raudhah tegas.

“Eh! Mana ada. Suami aku tahulah. Dia sendiri izinkan...” senyuman diberikan kepada Raudhah untuk meyakinkan gadis itu.

“Baguslah kalau redha. Barulah senang kita nak jalankan tugas  bila ada redha family dengan suami. Beruntunglah kau dapat suami memahami. Aku entah bila akan dapat lelaki yang faham kerja aku macam mummy dengan daddy faham aku...”keluh Raudhah.

Fiona mengerutkan dahi. Tidak faham maksud Raudhah.

“Bukan kau dengan Bad ke? Budak UPSI dulu?”

Fiona kenal dengan Bad. kekasih Raudhah zaman universiti lagi. Selalu lelaki itu datang ke UPNM untuk bertemu Raudhah dengan menghantar makanan kepada Raudhah. Hubungan mereka sangat baik dimata dia. Sanggup lelaki itu datang dari Perak untuk bertemu Raudhah. Maklumlah cinta jarak jauh.

Raudhah terus mengeluh.

“Aku tak tahulah dengan Bad. Dia suruh aku berhenti jadi tentera. Aku plan nak tinggalkan dia kalau dia asyik memaksa jer. “

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now