BAB 44-JAWAPAN

4.8K 173 24
                                    

Fiona memandang ke luar tingkap memandang kepulan awan di langit itu. 2 jam sudah perjalanan dia dari Malaysia ke Syria masih berbaki beberapa jam sahaja lagi. Jauh dia termenung memikirkan sesuatu.

Sesuatu yang diharapkan sebelum berangkat tadi.

Iaitu suaminya, Marc.

Dia terkilan masih dengan ketidakhadiran Marc. Kemana lelaki itu?

Keluarganya pula tiada menyebut apa-apa tentang Marc apabila lelaki itu tidak menunjukkan diri di lapangan terbang itu tadi. Tidak terkilankah mereka apabila Marc tidak berjumpa dengan isterinya yang akan berangkat ke Syria? Kenapa keluarganya beriak biasa sahaja?

Sungguh dia pelik.

Fiona memandang ruang di dalam pesawat itu. Kelihatan kebanyakan rakan setugasnya sudah melelapkan mata. Barangkali menyimpan tenaga sebelum tiba ke Syria. Hanya kelihatan Mejar Amsyar sedang membelek al-Quran mininya sambil mulut terkumat-kamit. Semestinya sedang membaca ayat suci Allah SWT.

Fiona memandang sebelah.

Leftenan Muda Raudhah.

Rakannya semenjak dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Mereka belajar bersama-sama di UPNM selama 3 tahun namun berbeza kursus yang diambil. Dia mengambil kursus Ketangkasan Pertahanan manakala Raudhah mengambil kursus dalam perubatan. Mereka tidaklah terlalu rapat namun tetap selesa berkawan kerana sekepala. Fiona senang dengan Raudhah. Sekurang-kurangnya dia ada kawan di sana nanti.

Fiona tersenyum melihat Raudhah.

Gadis itu sedang terlelap di sebelahnya. Nyenyak sahaja. Mulut Raudhah sedikit terbuka dengan air liur yang mula mengalir dihujung bibir. Mahu tergelak Fiona melihat keadaan Raudhah.

Fiona mencapai beg sandangnya yang diletakkan di sangkut dibelakang seat depannya. Dia merasa bosan apabila dari tadi merenung ke luar tingkap. Sudahlah asyik terkenangkan Marc yang langsung tidak hadir menghantarnya tadi. Kemana lelaki itu?

Fiona menghela nafasnya kasar. Sekali lagi dia terkilan.

Terkilan dengan Yusuf Marc Handley bin Abdullah

Beg sandangnya dibuka. Tangannya diselukkan ke dalam, mencari telefon bimbitnya. Apabila tangannya sudah menjumpai telefonnya, Fiona ingin menzipkan kembali begnya namun matanya tertancap pada sampul surat warna coklat segi empat yang tertarik sekali dengan telefonnya tadi.

Dahi Fiona berkerut.

Sampul siapa ini?

Sejak bila dia simpan sampul surat warna coklat di dalam beg ini?

Fiona mengambil sampul coklat itu lalu menutup begnya kembali dan disangkut ditempatnya tadi. Sampul coklat itu dibelek depan belakang. Kosong.

"Siapa punya?" soal Fiona sendiri.

Dia terus membuka sampul surat itu dan melihat isi di dalamnya.

Kertas warna putih yang dilipat kemas ditarik dari sampul coklat tersebut. Fiona semakin tertanya-tanya isi kandungan kertas berwarna putih itu.

Lipatan kertas itu dibuka.

Terpampang tulisan yang kemas tertulis di kertas tersebut.

Tidak tahu mengapa, hati Fiona mula berdegup. Jantung mula mengepam darah dengan laju apabila melihat nama penulis surat itu.

Marc.
To Fiona.

Tahulah Fiona bahawa surat ini dari Marc dan ditulis untuknya. Sejak bila lelaki itu letak surat di dalam begnya?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now