BAB 8.0-KAU?!

3.3K 106 4
                                    


"Ermm...Fiona?!" panggil lelaki itu lembut. Tangannya cuba untuk membantu Fiona namun pantas Fiona menarik lengannya.

Wajah lelaki itu kelat apabila menyedari perbuatannya salah.

"Apa? Aku nak balik!" balas Fiona dan bangun dari mencangkung selepas dibantu oleh lelaki itu tadi.

Lelaki itu memandang Fiona dengan rasa serba-salah.

Nak cakap?

Tak nak cakap?

Hmmmm....

"Saya nak minta maaf pasal marah awak tentang bubur hari tu.." ujar lelaki itu iaitu Asfia. Nafasnya dihela perlahan apabila isi hatinya sudah terluah.

Fiona diam seketika.

Matanya mengecil melihat Asfia.

Tak percaya apabila lelaki itu memohon maaf kepadanya.

Lagipun dia tak kisah langsung pun perihal dia dimarahi oleh tiga orang lelaki minggu lepas. Dia dah lupakan pun.

Baru sahaja Fiona ingin membalas kata maaf Asfia, percakapannya terbantut apabila suara seorang lelaki mencelah.

"Sayang!" panggil seseorang yang Fiona benci. Semestinya telah diisytiharkan sebagai musuh tegarnya. Kalau tidak, masakan perkataan BENCI itu wujud begitu sahaja.

Fiona mendecit. Hatinya mula panas tetiba.

"Kau jangan panggil aku sayanglah Adam. Aku muaklah! Aku bagi warning kat kau, jangan nak dekat dengan aku kalau kau tak nak rasa penampar maut aku.." kata Fiona keras. Tangannya menggigil ingin terbang ke wajah lelaki itu.

Besar kecil, besar kecil jer dia tengoj Adam sekarang. Persis semut sahaja didepannya. Nak saja dia pijak kasi mati.

"Bagi saya peluang!" pinta lelaki itu lembut. Matanya redup melihat wajah Fiona yang bertakhta di sudut hatinya.

"Peluang apa? Peluang kau nak hancurkan hati aku?! Hish, pi mampus lah dengan peluang kau tu! Aku tak nak tengok kau cuba ambil hati aku. Aku tak hingin" ujar Fiona panjang lebar bersama kegeraman melihat wajah Adam.

Istighfar Fiona.

"Saya takkan berhenti berusaha pikat hati awak!" balas Adam tekad. Wajahnya penuh keyakinan seolah pasti Fiona pasti menjadi miliknya.

Yakinnya kamu?

Hebatnya kamu?

Fiona geram lalu menghampiri Adam dan menyepak kemaluan Adam dengan kuat sekali. Geram sangat dia tengok wajah Adam.

Orang disekeliling langsung tidak dipedulikan. Biar orang nak kata drama bagai. Yang penting dia sakit hati, dia geram dengan Adam dan dia berhak sepak anu Adam.

"Aduh!!!" erang Adam menahan sakit disepak Fiona di bahagian kemaluannya. Badannya membongkok menahan sakit. Wajahnya berkerut-kerut menahan pedih. Mahkotanya dicabuli oleh seorang wanita.

Iaitu Fiona.

"Itu baru sikit! Cubalah lagi kalau berani!" Fiona terus berlalu sambil menarik Haniza yang tergamam melihat Fiona menyepak kemaluan Adam.

Mukanya tergamam melihat Fiona sekejam itu. Aset lelaki kot. Sampai hati Fiona berbuat demikian.

Asfia pula tercengang! Dengan perasaan takut dia beredar cepat dari situ meninggalkan Adam. Takut dia pulak yang kena nanti! Kakinya lantas bergerak enggan menoleh kebelakang.

"Bangsat punya perempuan! Aku takkan mudah mengalah Fiona. Aku akan pastikan kau milik aku!" kata Adam geram dengan Fiona yang telah memalukannya di depan orang.

Orang sekeliling melihatanya pelik. Adam sekadar memberi jelingan tajam. Tidak berminat untuk bertikam lidah memandangkan kesakitan yang ditanggungnya kini sungguh perit.

Adam terus ke keretanya dan pulang bersama kesakitan!

Hatinya penuh dengan pedih bersama kesakitan daripada orang tersayang.


***********************



Asfia masuk ke dalam rumah sebaik sahaja memberi salam. Kaki Asfia melangkah menuju ke arah Marc yang berada di tepi kolam.

Marc leka dengan dunianya sendiri. Tidak sedar akan kehadiran Asfia.

"Cuba teka? Aku jumpa siapa tadi?" Soal Asfia kepada Marc yang sedang memberi anak ikannya makan di kolam.

Marc senyap. Baru sedar dari lamunannya.

"Siapa?" Soalan berbalas soalan.

"Fiona " jawab Asfia.

Marc diam. Rasa menyampah tetiba mendengar nama itu. Namun apakan daya, gadis itu merupakan adik kepada doktor peribadinya.

"Perempuan tu...Kau buat apa jumpa dia?" Soal Marc biasa sahaja. Tangan masih rancak menabur makanan kepada ikannya.

"Terserempak. Dan ada adegan panas berlaku tadi.." Ujar Asfia teruja. Wajahnya bersinar sengaja ingin membuat Marc tertanya.

"Adegan apa? 18sx?" Soal Marc bersahaja. Kurang berminay dengan cerita Asfia namun dilayankan sahaja.

"Bolehlah...Fiona terajang batang sorang mamat ni tadi kat mall! Punyalah kuat dia sepak batang budak tu. Kalau aku memang menangislah!" Terang Asfia dengan wajah ngilunya. Membayangkan dirinya disepak dibahagian alat sulit.

Pedih.

Sakit.

Seksa.

Hilang maruah.

"Siapa lelaki tu?"

"Entah! Tapi kalau ditengokkan gayanya, dia sukakan si Fiona tu tapi Fiona tak layan. Siap kena marah lagi dengan Fiona tadi! "

Asfia tergelak kecil apabila melihat lelaki tadi ditolak mentah-mentah olah Fiona.

"Siapa nama dia?"

"Adam tak silap akulah!" Jawab Asfia.

Marc diam.

Asfia melihat jam dilengan kanannya. Waktu Zohor tidak lama lagi akan berakhir.

"Aku masuk dulu. Nak solat Zohor..." Pamit Asfia.

Marc angguk.

Sungguhpun Asfia berkerja dengan Marc yang bukan islam, namun dia tetap menunaikan kewajibannya sebagai umat islam iaitu solat 5 waktu. Dia tidak akan abaikan tanggungjawabnya walaupun sibuk. Lagipun, Marc faham Asfia sebagai umat islam.

"Ade jugak rupanya jantan sukakan perempuan tomboi macam kau yer?" Soal Marc sendiri pabila mengenangkan sifat Fiona.

"Apa hebatnya kau budak?"

Marc menggeleng kepala apabila mengenangkan gadis kasar itu. Sememangnya menyakitkan hatinya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin