BAB 67-MENUNGGU KAMU

5K 172 21
                                    

Kini, Fiona masih lagi tidak sedar diri walaupun sudah hampir seminggu wanita itu berada di wad ICU. Sudah menjadi rutin harian Marc ulang-alik dari rumah-pejabat-hospital untuk melawat isterinya walaupun  hanya dapat melihat Fiona dari jauh sahaja. Hanya Marc sahaja dibenarkan untuk datang ke hospital untuk melawat Fiona manakala keluarga yang lain tidak dibenarkan terutamanya Engku Zaidah dan Megat Rudin berikutan penularan COVID-19 ini.

Engku Zaidah dan Megat Rudin amat terkejut apabila mendengar berita mengenai anak perempuan mereka. semestinya hati tua itu ingin bertemu anaknya namun dihalang oleh anak-anak kerana tidak mahu mereka berdua dijangkiti virus. Peratusan untuk orang tua dijangkiti virus itu amat tinggi berbanding orang muda.

Hanya doa dari Engku Zaidah dan Megat Rudin mengiringi Fiona agar anak mereka selamat.

Fiona kesayangan mereka, mereka ingin wanita itu sembuh dan selamat.

Marc memasuki hospital Kuala Lumpur itu selepas menandatangani beberapa dokumen penting di pejabatnya. Seperti biasa, dia akan bertemu Zul terlebih dahulu untuk memakai pakaian PPE sebelum ke wad ICU Fiona. Dia perlu mengikut prosedur hospital agar dirinya tidak dijangkiti virus COVID-19.

Ketika Marc berjalan menuju ke bilik Zul, dia ternampak Zul seolah bergegas keluar dari biliknya. Pantas sahaja Marc melaung nama lelaki itu agar lelaki itu tidak meninggalkannya.

Zul menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

“Nak kemana? Ada kes ke?”soal Marc mendatar.

Wajah penat Zul jelas terpancar di matanya. Wajah barisan hadapan yang berusaha untuk mengawal dan menghentikan penularan virus ini. Wajah barisan hadapan yang sedaya upaya ingin selamatkan kluster yang positif.

“Fiona.. Fiona dah bangun! Aku nak ke bilik dia!” balas Zul dengan wajah gembiranya. Dia masih terkejut apabila Dr. Yati menghubunginya dan memberitahu bahawa Fiona sudah sedar. Dia yang sedang berehat di sofa terus bangkit ingin berjumpa adiknya.

“Tunggu aku. Aku pakai PPE dulu.” Ujar Marc jelas terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Zul.

Is...isterinya sudah bangun.

Ya Allah. Isterinya sudah sedar.

Dengan pantas Marc memakai pakaian PPEnya. Dia tidak sabar untuk bertemu isterinya. Sebaik sahaja Marc selesai memakai PPE, mereka berdua terus ke ICU. MAisng-maisng mendiamkan diri tanpa kata. Mereka masih terkejut di samping teruja dengan berita Fiona sudah sedar. Selama wanita itu di ICU, keadaannya kritikal.

Tiba sahaja di depan pintu, Zul menghalang pintu.

“Kau sepatutnya tak boleh masuk Marc. Fiona masih positif. “ ujar Zul serba salah memandnag wajah Marc. Marc berhak berjumpa isterinya tapi dalam keadaan sekarang, sukar untuk melawat Fiona begitu sahaja.

Marc menghela nafasnya.

“Risikonya aku tanggung. Yang penting aku nak jumpa dia.” Ujar Marc dengan suara perlahan. Dia terlalu ingin menemui Fiona ketika ini.

“Marc. Bahaya. Kau dahlah balik rumah nanti. Mama ayah warga emas. Kalau kau positif nanti then bawak penyakit ni, mereka berdua teruk Marc.” terang Zul lagi tidak mahu lelaki itu membuat keputusan melulu. Perlu jaga keselamatan orang sekekeliling juga. Marc tidak boleh pentingkan diri sendiri.

“Aku akan stay rumah aku for 14 days. I will quarantine myself but please lemme meet my wife. Im begging you...” ujar Marc separuh merayu mohon Zul fahami dirinya.

Zul mengehala nafasnya. Dengan rasa berat hati, Zul izinkan Marc masuk. Ketika mereka masuk,  hanya Dr. Yati sahaja terdapat di dalam ruang ICU itu.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now