BAB 6.0-MASIN

3.4K 107 0
                                    

Fiona tidak mengambil masa yang lama untuk memasak bubur ayam. Sekejap sahaja. Bahan-bahan yang sudah digunakan, disimpan semua ke tempat asalnya.

Setelah selesai masak bubur ayam yang disuruh Zul tadi, Fiona terus membawa 3 mangkuk yag berisikan bubur di dalam dulang. Fiona hidangkan bubur itu di depan 3 lelaki itu. Disusun didepan mereka semua.

"Makanlah.." Jemput Fiona. Fiona terus duduk di sebelah abangnya.

"Along suruh masak dekat Marc jer. Bukannya untuk kami berdua jugak.." Kata Zul.

"Makan makan jerlah!" Bidas Fiona dengan abangnya yang banyak songeh itu.
Zul terus membuat Rolling eyes. Geram pulak dengan Fiona yang suka menjawab kata.

Fiona melihat wajah Marc.

Tak sabar.

Marc mencapai buburnya dan menyuakannya di dalam mulut.

3

2

1

"Bshhh!!!!!..." Habis tersembur semua bubur yang Marc makan keluar dari mulutnya.

Air ditepi mangkuk diambil lalu diminum dengan rakus. Bergegar badannya setelah merasa bubur SEDAP itu.

Zul dengan Asfia yang baru nak makan, terkejut melihat bubur tersembur dari mulut Marc. Habis bersepah sisa bubur dimeja makan itu.

Melihatkan wajah Marc, mereka tahu. Ada yang tak kena dengan bubur itu.

"Ini bubur ayam ke? bubur garam hah?!!!!" Jerkah Marc. Gelas dihempas di atas meja. Tanda dia benar-benar marah sekarang. Mangku bubur ditolak kuat.

Terkejut Fiona mendengar jerkahan itu. Namun wajah dikawal. Perkara biasa dijerkah sebegitu. Dekat kem, lagik teruk kena jerkah orang atasan.

Dah lali.

"Buburlah! Kau kenapa? Tak tahu beza bubur ayam dah?" Bidas Fiona geram dijerkah Marc. Matanya tajam melihat Marc didepannya.

"Bubur ayam kepala hotak kau! Kau ada rasa tak bubur ni tadi?!!" Soal Marc garang sekali. Mukanya sudah memerah menahan marah. Tunggu masa ingin meletup.

Nak jer Marc baling mangkuk bubur ini dekat kepala wanita itu.

Bodoh!

"Ada. Okey jer..." Jawab Fiona selamba. Muka selamba yang sememangnya saja ditayangkan untuk menyakitkan lagi hati Marc.

"Okey kau kata?!! Kau rasa sekarang?!!" Arah Marc dengan nada kerasnya. Sungguh dia marah sekarang.

Fiona menurut. Dia memasukkan bubur itu ke dalam mulutnya. Mata dipejam. Seolah menikmati bubur itu.

"Okey jer..." Balas Fiona selamba mengunyah bubur ayam tersebut bersama muka yang tenang sahaja.

"Okey kau kata?! Kau jangan nak menipulah..Asfia, Zul..Kau rasa bubur ni.." Arah Marc kepada mereka berdua pula. Dari tadi tercengang.

Seperti lembu dicucuk hidung, Asfia dengan Zul hanya menuruti arahan Marc.

Zul dengan Asfia pun rasa dan.....

"Bshrrrrrr!!!!!"

Strike!

Habis tersembur nasi di dalam mulut mereka. Serentak bubur itu tersembur dari mulut mereka.

"Fiona! Kenapa ni masin sangat hah?! " jerkah Zul pula. Patutlah Marc mengamuk semacam. Masin nak mati bubur dimasak oleh Fiona.

Kalau dia pun, memang dia hangin satu badan.

"Mana Ada masin!!" Kata Fiona mempertahankan maruahnya.

"Masinlah!!!" Serentak mereka bertiga menyebutnya bersama tengkingan.

"Kau pandai masak ke tidak hah?!!." Tengking Marc lagi.

Fiona yang rasa sakit hati ditengking 3 jejaka itu, mula air mata bergenang di tubir matanya. Tadi rasa happy dapat kenakan Marc, sekarang rasa sakit hati dijerkah mereka bertiga.

"Shit!" Sebut Fiona geram. Dia bangkit dan terus meninggalkan mereka bertiga disitu. Fiona terus pulang tanpa meninggalkan kata pun.

Mereka bertiga yang berada di meja makan senyap ditinggalkan oleh Fiona. Masih marah dengan perbuatan Fiona.

Buat beberapa saat....

"Kita bertiga keterlaluan sangat ke?" Soal Asfia bersama perasaan bersalah. Rasa kesian mula terbit apabila menjerkah gadis itu tadi.

Mereka berdua senyap.

"Fiona memang macam tu. Kalau dia buat salah, dia memang berusaha tak nak ngaku salah. Sebolehnya dia sahaja nak betul" Tutur Zul. Kurang senang dengan sikap adik bongsunya itu.

Manja.

"Kemas semua ni! Aku masuk bilik..."Marc teru berlalu bersama kerusi rodanya. Dia terus ke tingkat 3 dengan menggunakan lif yang disediakan di rumahnya. Rasa marah dan sakit hatinya masih bersisa.

" Aku minta maaf dengan kebiadaban adik aku tadi..."ujar Zul sebelum Marc masuk ke dalam lif.

Marc diam. Berlalu begitu sahaja.

Zul rasa segan dan bersalah dengan sikap adiknya.

Asfia pula terus kemas bubur yang berterabur dengan bantuan Zul. Setelah selesai, Zul pulang.

**********

"Hai! Senangnya dalam hati, dapat kenakan dia! Oh seperti, dunia! Ana yang punya...." Nyanyi Fiona dengan riang sekali dengan mengubah lirik lagu Madu Tiga.

Dia menyanyi sambil mengetuk stereng kereta. Rasa terhibur dengan lakonan sebentar tadi.

Fiona ketawa lagi sambil memandu.

"Puas hati aku! Hey, ini Fionalah. Pelakon terhebat in the world. Setakat kena tengking tu? Perkara biasa dah..Hahaha. Padan muka makan bubur garam tu....hahaha" kata Fiona lagi dengan tawa jahat.

Fiona sebenarnya memang mahu masakkan bubur ayam untuk Marc tetapi tetiba dia teringatkan lelaki yang diciumnya 6 hari lalu. Dan dia pasti, Marc adalah lelaki itu. Dengan perasaan geram, satu balang garam dia tuang dalam bubur tu sebab geram dengan Marc yang dah merasa bibir sexynya dan pelukan hangatnya.

Memang salah dia haritu, tapi dia takkan puas hati selagi tak balas dendam.

"Padam muka! Hahahaha..." Tawa Fiona lagi apabila teringatkan wajah tiga jejaka itu yang memakan buburnya tadi. Dia sebenarnya buat buat okey jer waktu makan bubur tu tadi sebab nak pertahankan imej di depan Marc. Kalau tak, memang dah tersembur bubur tu kat muka tiga lelaki tu tadi.

Bapak masin bubur tuh. Nak muntah dia lepas rasa tadi tapi cuba dikawal.

Sedang kusyuk memandu, tetiba handphone Fiona berdering. Dia melihat gerangannya.

Fiona merengus. Baru sahaja nak bahagia, datang pemusnah kebahagiaannya. Langsung tak dapat tengok orang senang.

Dia matikan handphone dan memandu menuju masjid berdekatan untuk menunaikan solat Asar yang dah nak sampai ke penghujung.

Sejahat dan sebiadap mana pun dia, solat tetap dijaga.

Ingat, solat itu benda penting dalam hidup seorang ISLAM.

WAJIB ditunaikan.

Orang yang baik tidak akan meninggalkan perintah Allah iaitu solat.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now