EPILOGE (1)

6.3K 197 26
                                    

Marc menyandarkan badannya di pintu dapur melihat isterinya yang baru sahaja pulang setelah menghilang selama seminggu selepas sahaja majlis makan malam seminggu yang lalu. Fiona sedang sibuk menuang air suam di dalam gelas lalu diminumnya. Fiona sememangnya baru sahaja pulang dari operasi. Tiba sahaja di rumah, dia terus mencampak tudungnya di sofa dan bergerak ke dapur untuk minum.

“Seminggu you menghilang without khabar berita.” Ujar Marc sambil berpeluk tubuh memandang isterinya.

Fiona yang sedang minum, terkejut mendengar suara suaminya. Mujur sahaja dia tidak tersedak. Minumannya cepat-cepat ditelan dan gelas terus dicuci selesai sahaja dia minum.

“Sorry awak. Saya tak dapat buka handphone seminggu ni. Sibuk sangat.” Ujar Fiona menghampiri suaminya. Fiona kini berdiri depan suaminya. Wajah Marc beku tanpa perasaan. Hanya pandangan biasa diberikan oleh Marc kepada Fiona.

Dan Fiona mula beraa gerun.

Gerun melihat wajah yang tidak berperasaan itu.

“Hantar mesej?” soal Marc lagi bersama bulu kening yang diangkat sebelah. Nadanya sedikit tidak puas hati.

“Tak sempat. Lepas jer saya gerak malam tu, saya off handphone. Maaf sangat.” Ujar Fiona lalu memegang baju di pinggang suaminya. Wajahnya dimaniskan agar dapat memancing jiwa lelaki itu. Dia sudah faham sangat dengan sikap dingin Marc setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama. Lelaki itu sukar ingin menunjukkan rekasinya sehingga kita sukar nak tahu perasaan sebenar lelaki itu. Sedikit demi sedikit Fiona belajar mengenai Marc, dan dia mula faham lelaki itu.

“Hmmm... Dah makan?” soal Marc lalu menarik pinggang Fiona merapatinya. Kini jarak antara mereka sangat dekat dan tiada ruang langsung untuk sebarang serangga lalu kerana laluan sudah ditutup oleh badan Marc dan Fiona. Ditutup dengan kemas sekali.

Fiona mula segan dengan keadaan mereka sekarang. Ingin menolak, terasa rugi. Bukan selalu mereka berkeadaan begini kerana kekangan masa dan kerja. Jika dia bekerja, Marc seorang diri di rumah. Jika Marc bekerja, dia pula seorang di rumah. Jarang sekali mereka ada masa bersama. Dan masa bersama mereka sangat terhad.

“Dah. Sebelum balik tadi, saya makan dengan kawan-kawan.” Jawab Fiona memandang mata laut milik Marc. Biru laut cair umpama air laut biru yang berombak tenang menghempas gigi pantai.

Mata itu juga turut berombak tenang menikam hatinya.

Marc jarang tak menggugat hatinya dengan mata biru itu.

Mata biru yang menawan dan seksi.

“ Rindu saya tak, Yusuf?” soal Fiona dengan nada berbisik. Fiona menatap wajah itu dengan penuh kasih. Wajah yang sudah mendapat tempat dalam hatinya.

“Yusuf? Tiba-tiba panggil Yusuf. Haha..” gelak Marc dengan wajah sedikit berkerut. Namun pandangannya masih tertancap pada wajah isterinya yang tenang memandangnya juga. Pandangan mereka seolah pandangan melepaskan rindu masing-masing.

“Saja. Nampak seksi pula panggil Yusuf. “ ujar Fiona bersama tawa kecilnya. Terhibur dengan diri sendiri apabila merasakan nama Yusuf itu cukup seksi dan menawan buatnya.

“May I know, orang Melayu will call their husband dengan panggilan abang ke, Fiona?” soal Marc menukar topik perbualan. Sudah lama dia ingin menyoal perkara ini kepada isterinya namun kerana masing-masing sibuk, maka dikuburkan sahaja persoalannya.

"Tidak juga.” Balas Fiona lalu menarik Marc menuju ke ruang tamu mereka. Kakinya terasa sakit apabila terlalu lama berdiri. Jadi, dia ingin duduk sambil berbual dengan suaminya sambil melepaskan rindu.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now