BAB 5.0-GERAM

3.6K 124 2
                                    

6 hari sudah berlalu. Fiona masih lagi tenang sungguhpun masa untuknya mencari suami semakin berjalan. Baginya, hidup kena chill. Tak boleh menggelabah.

Masih berbaki 2 bulan 24 hari lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Sebelum bersurai. Aku nak tanya, lelaki kalau nak cari isteri dia cari yang macam mana? Atan jawab!" Soal Fiona direct.

Sekarang ini dia ada latihan dengan kadet kumpulan 3. Latihan baru sahaja tamat, jadi tak salah dia nak tanya soalan merepek.

"Saya cari yang punggung besar tuan!" Jawab Atan jujur. Matanya tajam memandang depan. Tak nak gelak.

"Kepala hotak kau!" Balas Fiona terkejut dengan jawapan Atan. Tak sangka jawapan itu yang Atan berikan.

Jawapan budak nakal.

Budak lain tahan ketawa apabila mendengar jawapan Atan. Percuma sahaja Atan kena marah.

Jujur itu menyakitkan.

"Sabri! Kau pulak?!" Soal Fiona lagi. Mata Fiona tajam memandang Sabri.

Menggeletar kepala lutut Sabri apabila mendengar namanya dipanggil.

Nak tipu? Atau jujur?

"Kaki panjang Tuan! " jawab Sabri dengan wajah serius. Jujur lebih baik. Biar perempuan tahu siapa kami.

"Kenapa kaki panjang?" dahi Fiona berkerut.

"Lagi seksi tuan!" Jawab Sabri bersama senyuman yang ditahan.

"Anjir kau!" Balas Fiona geram dengan jawapan anak buahnya. Semua otak kuning. Takde ke jawapan warak sikit?

"Diorang memang takde fikir lain tuan!'ujar Michella turut geram. Dia perhati jer kadet lelaki dari tadi. Jawapan jujur yang menyakitkan hati.

" Memang! Kerjanya kuning jer. Sebagai hukuman! Pusing padan 50 kali!"arah Fiona.

Geram dengan mereka.

"Celaka kau Sabri, Atan!!" Marah budak lelaki lain dengan dua makhluk itu.
Meletus tawa kaum perempuan mendengarnya.

Padan muka!

"Dah, Puan tanya, kitorang jawab jujurlah.." Kata Atan membela diri. Sakit hati apabila dirinya disalahkan.

Benda memang betul, buat apa nak tipu.

"Kau tak payah lah nak jujur sangat! Hish, korang berdua ni!!" Rungut mereka lagi. Tak pasal-pasal semua kena hukum.

Benci betul!

"Pusing padang sekarang! 50 kali. Perempuan balik bilik! Mandi, pastu solat!" Pesan Fiona.

Skuad wanita terus berlalu. Manakala Fiona memantau skuad lelaki yang mula pusing padang. Suka tengok anak buah kena hukum.

Ketika pusingan ke 4, tetiba telefon Fiona berdering minta diangkat.

A

lang calling

"Yer Alang?!" Jawab Fiona. Matanya masih tajam merenung ke arah anak buahnya.

"Tolong Alang kejap. Pergi kat klinik. Ambil kotak dalam bilik Alang. Pastu hantar kat Alang sekarang. Nanti Alang send alamat rumah ni. Pandai pandai Fiona cari pakai GPS. Cepat tau Fiona, Alang nak pakai ni..." Ujar Zul memberi arahan.

Fiona melepaskan keluhan. Alang memang jenis pelupa. Asal lupa jer gerenti dia mangsa menghantar. Nasiblah waktu kerja dah habis.

"Stop! Balik bilik, mandi solat!" Arah Fiona tetiba.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now