BAB 1.0- STRES

7.7K 161 4
                                    

Suka ingin saya nyatakan

Asfia dan Awang adalah orang yang sama. Saya tertukar nama. Nama penuhnya Awang Asfia. Akan ada kekeliruan nama Awang dengan Asfia kelak.

Sekian.




°°°



"Selamat pagi tuan!" Tegur sekumpulan kadet yang masih dalam latihan sebab baru jer masuk training. Mereka memberi tanda hormat lepada Fiona yang lalu di depan mereka.

Fiona tundukkan kepalanya separa dan berlalu. Mukanya yang tegas amat menakutkan budak latihan di kem askar itu. Muka yang jarang senyum. Muka macam nak telan orang pun ada.

"Aku takut lah kalau dia lalu sebab muka dia macam singa! Garang sangat!" Ujar Amir berbisik di telinga Abu.

Mereka berdua rehat sebentar sementara nak solat Asar sebentar nanti. Macam malang jer nasib bertembung dengan Puan Fiona.

"Sekurang kurangnya dia baik" balas Abu membela Fiona yang merupakan orang atasan. Dia memang akui ketegasan dan kedinginan Fiona. Waktu latihan, wajahnya serius memanjang.

Dia memang akui yang Fiona memang garang namun disebalik sifatnya, dia teramatlah baik. Buktinya, Fiona telah membantu membiayai kos rawatan adiknya yang barah otak. Dia pun pelik kerana baru sebulan dia training di kem itu, namun Fiona sudi menghulurkan bantuan secara percuma dan bantuan Fiona dipinta agar dirahsiakan dari sesiapa. Dia bersyukur sekali kerana Fiona sudi untuk membantunya.

"Baik memang baik. Cuma garang sangat!"balas Amir tak mahu kalah.

" hmm. Yelah Mir..Jomlah..Dah nak masuk Asar ni. Kejap nanti ada latihan lagi.."ujar Abu lalu bangkit dari duduknya diikuti kawannya yang lain.

Begitulah rutin harian sebagai seorang Askar. Sibuk dengan latihan fizikal.

Demi semangat ingin mempertahankan negara; tempat kelahiran sendiri, sanggup mereka menghadapi risiko latihan yang sememangnya menyakitkan buat mereka yang tak tahan.

Namun rasa sakit diletak tepi. Keutamaan mereka adalah keselamatan negara. Keselamatan ahli keluarga tersayang.

Mereka mula bangun dan beriringan menuju ke surau di kawasan kem askar tersebut lalu bersama sama mengerjakan solat Asar.

Fiona pula berjalan-jalan di kawasan kem askar itu dimana tempatnya mencari rezeki. Hatinya bercelaru sekali memikirkan arahan yang baru diterima sebentar tadi. Arahan itu amatlah berat baginya dan berat untuk dilaksanakan.

Fiona fikir ada tugasan yang perlu dia laksanakan. Rupanya hal lain.

Flashback

" Tahniah kerana awak bakal dinaikkan pangkat setelah selama ini awak bersusah payah dalam melaksanakan kerja..." Ujar Leftenan Jeneral Jaafar kepada Fiona yang berdiri tegak didepannya.

"Tapi, sebelum awak dinaikkan pangkat awak perlu kahwin kerana ia salah satu syarat jika ingin naik pangkat sebagai Leftenan Muda.." Ujar Leftenan Jeneral Jaafar.

Ternganga terus mulut Fiona mendengar syarat ingin menaiki pangkat. Dia seolah tidak percaya bahawa itu syaratnya.

Kahwin?! Benda yamg amatlah dielak sungguhpun umurnya dah mencecah 28 tahun. Bak kata orang tua, sesuai sangat jadi mak orang dah.

Ataupun bosnya sudah gila?

"Terpulang pada awak ingin mengikuti syarat tersebut. Jika awak inginkan pangkat tersebut, awak kahwin. Jika tak nak, abaikan syarat tersebut. Tempoh untuk awak memenuhi syarat tersebut ialah selama 3 bulan. Jika dah kahwin, pangkat awak akan diisytiharkan. Jadi, buatlah keputusan terbaik Fiona sebab saya tahu awak memang inginkan pangkat tersebut"

Ya! Dia memang inginkan pangkat Leftenan Muda itu setelah lama memegang Pangkat sebagai Pegawai Waran 1. Dia memang inginkannya tapi syarat itu menghalangnya.

Argh!!! Dia inginkannya!!!!

Aku rasa nak picit jer telur Leftenan Jeneral Jaafar sekarang ni!!! Geramnya!!

End flashback

"Argh!! Stressnya!!!" Jeritnya Fiona di padang latihan tersebut. Orang disekeliling tidak dihiraukan lagi kerana dia amat tertekan kini.

Tertekan kerana dia inginkan pangkat itu tapi dalam masa yang sama kenapa syaratnya mesti KAHWIN?

K.A.H.W.I.N!

"Kenapa Puan Fiona tu?" Soal Syikin kepada Zaina di sebelahnya yang sedang memakai kasutnya kerana sebentar lagi latihan mereka akan bermula bersama Fiona.

"Manalah aku tahu. Kau fikir aku ni bulu ketiak dia ke yang dia usung 24 jam. Macamlah aku ni tahu.." Bebel Zaina.

Syikin tersengih kerana sedar dia silap.
Mereka yang berada di kawasan padang tersebut mula berkumpul di tengah padang kerana latihan akan bermula.

Itulah rutin yang bakal mereka hadapi selama 6 bulan sebelum sah sebagai kadet askar.

"Aku kira sampai 5! Yang aku tahu semua dalam barisan! 1! " jerit Fiona tegak berdiri memberi arahan. Mood dia kurang baik harini, jadi jangan nak macam-macam.

Semua kadet askar berlari terkocoh kocoh masuk barisan kerana takut didenda jurulatih mereka.

Bukan merek tak tahu, kalau seorang buat salah, pasti semua akan dihukum.

Prinsip askar; Seorang salah, semua kena.

Mereka tanamkan semangat kerjasama dalam diri mereka.

"5!" Kata Fiona.

Fiona melihat ke semua barisan anak latihnya. Struggle membaiki barisan masing-masing. Takut betul nak dihukum.

"Hisham! Aku nak kau pumping 100 kali sebab kaki kau tak lurus. Turun sekarang sebelum aku picit telur kau!!" Kata Fiona tegas bersama lawaknya.

Semua budak kadet menahan tawa mendengar ayat terakhir Fiona. Pipi ditahan dari tersenyum dan tawa. Takut turut kena hukum. Sia-sia jer gelak nanti.

Fiona pun turut tahan tawa dengan kata katanya sebentar tadi. Ayat spontan keluar dari mulutnya.

Hisham terus pumping. Yang lain pula kepala lurus ke hadapan. Badan ditegakkan. Muka ketat. Taknak turut kena hukum.

"Kalau korang tak nak kena denda, korang jangan buat silap. Kalau buat jugak, tahulah aku nak buat apa. Pumping ni sikit sangat. Kalau boleh, aku nak denda yang lagi teruk. Biar muntah masuk hospital sana. Jadi, kalau tak kena denda dengan aku, dengar arahan! Faham kadet?!" Soal Fiona.

"Faham!!" Jawab mereka semua serentak.

"Good. Jangan datang sini buat kepala sendiri jer. Kau datang tempat aku, kau ikut cara aku" kata Fiona tegas.

Semua dengar dengan elok. Ada yang telan air liur sebab gerun melihat wajah tegas Fiona.

"Faham tak?!" soal Fiona dengan suara nyaringnya.

"Faham Puan!"

Latihan pun bermula seperti biasa

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now