BAB 71-ISU

6K 202 24
                                    

Melopong mulut Fiona melihat baju-baju yang disediakan kepadanya untuk majlis makan malam di syarikat tempat Marc bekerja. Tiada satu pun baju yang menutup aurat. Semuanya terdedah di bahagian dada, bahagian belakang, bahagian paha. Semuanya menjolok mata. Takkan lah Marc ingin dia mengenakan pakaian seperti ini di majlis nanti?

“Cik boleh pilih nak yang baju mana? Lepas tu kami akan make up dan siapkan cik.” Ujar dua orang penggaya pakaian peribadi Marc dan seorang juru mekap yang ditempah Marc tadi. Mereka bertiga sememangnya sudah diarahkan untuk menyiapkan dan mencantikkan wanita di depan mereka iaitu Fiona.

Mereka pada mulanya pelik dan tertanya siapa wanita di depannya kini. Sudahlah wanita itu memang sudah berada di rumah Marc. Kekasih Marc atau pun sekadar wanita simpanan? Kalau isteri, mustahil sekali. Tiada sebarang khabar berita pun menyatakan lelaki itu sudah bernikah.

Wanita bernama Fiona itu masih menjadi tanda tanya kepada mereka bertiga. Dan kewujudan wanita itu di dalam rumah Marc sememangnya menimbulkan cerita panas dan kontroversi lebih-lebih lagi jika wartawan tahu. Pasti berita ini akan jadi berita panas dalam media sosial.

“Marc!” panggil Fiona dengan keadaannya masih merenung pakaian yang bersangkut banyak di atas pengangkut baju besi di depannya itu. Tangannya memeluk tubuh dengan reaksi muka berkerut.

Marc yang berada di dapur, terus bergerak ke ruang tamu iaitu tempat isterinya dan beberapa gadis upahannya berkumpul untuk memilih baju buat Fiona.

“Yes?” soal Marc dalam keadaan sedang meneguk air dalam gelas. Marc sekadar mengenakan singlet putih dan kain tuala paras pinggang. Gaya santai sebelum pakai pakaian rasminya nanti. Lagipula jam baru sahaja menginjak pukul 5 petang. Dia bersiap sekejap sahaja. Fiona itu yang akan mengambil masa yang lama untuk bersiap nanti.

“Are you sure Marc, wanna me to wear that baju yang sexy nak mati tu?!” soal Fiona geram lalu memalingkan wajahnya memandang tajam wajah Marc. Wajah suaminya dipandang dengan tidak puas hati.

Marc terus memandang baju-baju yang disediakan oleh pereka fesyen miliknya. Hampir tersedak Marc setelah melihat baju yang ditayangkan itu amat menjolok mata. Gila apa nak suruh isterinya mengenakan busan yang disediakan itu?

“What kind of baju yang all of you bawa ni?”soal Marc sedikit tegas dengan wajah serius.

“We thought your girl pakai baju begini, Tuan. So, thats why kami bawa baju -baju elegant begini.” Jawab Tasha gerun melihat wajah serius Marc.

Marc meraup wajahnya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya masih memegang gelas. Silapnya kerana lupa untuk memberitahu mereka  gaya pakaian yang perlu mereka sediakan. Sepatutnya dia beritahu mereka untuk sediakan pakaian yang menutup aurat namun kerana terlalu sibuk dan banyak benda ingin fikirkan, dia lupa untuk beritahu.

“Look. She weared hijab. Sediakan baju yang menutup aurat yang tak nampak bentuk badan and tudung yang labuh paras dada but elegant. Can you?” soal Marc kepada Tasha dan Nad yang bertanggungjawab menyediakan pakaian buat Fiona.

Sebaik sahaja Marc menyatakan arahannya, terkedu Tasha dan Nad. Bukan mereka berdua sahaja yang terkejut, Sha yang merupakan juru mekap Fiona juga terkejut. Wanita itu Islam? Dan menutup aurat? Wajah terkejut mereka cuba dikawal. Tidak sangka wanita yang bersama Marc kini seorang muslim sedangkan Marc sendiri bukan beragama Islam. Adakah Marc bercinta dengan seorang wanita Islam?

“Hmm... Boleh Tuan bagi kami masa? Kami akan hubungi butik untuk hantar pakaian yang Tuan inginkan.” Jawab Nad dengan suara yang dikawal agar tidak terlalu ketara dia takut dengan lelaki itu.

Marc diam. Dia terus melabuhkan dirinya di sofa single dan mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja depannya. Marc pasti, berita mengenai Fiona pasti akan tersebar selepas ini setelah Nad, Tasha dan Sha melihat kewujudan Fiona di dalam rumahnya kini. Berita dia bercinta dengan seorang Islam semestinya akan menjadi bualan hangat terutamanya dalam dunia perniagaan. Dia memang sudah jangkakan perkara ini pasti akan berlaku. Hampir dua tahun dia sembunyikan hubungannya dan status agamanya dari khalayak ramai. Jadi, mungkin ini masanya?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora