BAB 56-HENING

5.6K 215 69
                                    



Baca bab ni sambil dengar lagu sedih.



*     *     *

Fiona melipat barang-barang kepunyaan Raudhah dan disimpan di dalam beg gadis itu. Esok, anggota tentera Malaysia dan Brunei akan pulang ke tanah air bersama jenazah yang terkorban memandangkan pasukan tentera Arab Saudi dan Iran sendiri mengarahkan mereka pulang. Lagi pula, mereka sendiri menawarkan diri untuk menguruskan hal di tanah Syria dan Palestin memandangkan peperangan sudah berakhir. Segala urusan jenazah juga sudah diuruskan oleh paramedik untuk dibawa pulang bersama esok.

Anggota Malaysia sudah sibuk menyimpan barang-barang mereka untuk pulang ke tanah air selepas selesai menanam mayat tentera zionis yang bergelimpangan tadi. Segala kerja mereka dilakukan bersama-sama supaya cepat siap.

Sejak Raudhah tiada petang tadi, Fiona mengasingkan dirinya. Dia sibuk mengemas barang miliknya dan Raudhah. Fiona sebenarnya tidak tahu ingin merasa bagaimana, Raudhah telah tinggalkan dia  beberapa jam yang lalu.

Jiwanya rasa kosong.

Hatinya rasa kehilangan.

Raudhah sudah tiada. Hakikat yang  perit untuk diterima..

Baju uniform yang dipakai Raudhah petang tadi direnung oleh Fiona. Masih terdapat tompokan darah di uniform tersebut. Rantai leher milik Raudhah juga diberi kepada dia untuk disampaikan kepada ahli keluarganya. Fiona tidak tahu bagaimana penerimaan ibu bapa Raudhah. Menurut Kapten Sahrul petang tadi, senarai nama anggota yang terkorban telah dihantar ke Malaysia untuk dimaklumkan kepada ahli keluarga dan ahli media.

Fiona yakin, ibu bapa mana yang tidak akan bersedih apabila anaknya pergi meninggalkan mereka. Semestinya kedua-dua ibu bapa Raudhah sedang bersedih kini.

"Patutlah kau cakap dengan aku kau nak pergi jauh haritu... Rupanya ini maksud kau..." kata Fiona sendiri mula sebak. Air matanya sudah bergelinangan di tubir mata menunggu masa untuk jatuh. Dia masih ingat lagi saat Raudhah menegurnya 2 minggu lepas ketika dia memegang gambar keluarga. Raudhah memberitahunya dia ingin pergi jauh jika Bad tetap memaksa dia berhenti sebagai anggota tentera. Dia tahu kata-kata itu sekadar gurauan namun rupanya ia adalah petunjuk bahawa gadis itu ingin meninggalkan dia.

Kata-kata Raudhah masih teguh diingatannya.

"Kalau aku tiada jodoh dengan Bad nanti, aku doakan Bad akan dapat isteri yang baik. Isteri yang dapat jaga dia. Aku nak dia bahagia. Bad lelaki yang baik sangat. Sempurna untuk aku Cuma aku tak sempurna untuk dia." Ujar Raudhah.

"Janganlah cakap begitu. Kau berdua sesuai bersama." Fiona memeluk Raudhah untuk menenteramkan perasaan gadis itu.

"Aku cakap jer. Aku sayang Bad tu walaupun berdosa sebab kami belum kahwin. Jadi kau yang dah kahwin itu, kena sayang lagi banyak dekat suami kau sebab kau orang dah halal."pesan Raudhah bersama senyuman.

Fiona menghela nafasnya.

Sayang?

"Aku dengan Bad tipulah cakap tak pernah gaduh besar tapi kami berdua jenis end up cepat mengalah. Lepas itu kami berdua bincang. Dalam hubungan, apa-apa benda tak betul kena luahkan. Luahkan semuanya. Komunikasi penting. Jangan pendam sampai hati sendiri sakit. Lepas itu gaduh sehingga hubungan boleh retak. Tak kemana ego tu. Buang ego" sambung Raudhah lagi.



"Kalau aku merajuk, Bad confirm main tipu. Dia guna mummy daddy untuk pancing aku. Eeee menyampah aku dengan Bad. Kadang-kadang aku jealous dengan Bad sebab dia macam dan rampas kedudukan aku sebagai anak manja mummy daddy. Mummy daddy sayang gila-gila dengan Bad. Aku kalau balik kampung Bad, aku akan balas dendam. Aku akan pastikan mak ayah Bad sayang aku lebih hahahaha"cerita Raudhah lagi bersama tawa.

"See? Kahwin jerlah Raudhah. " Fiona yang mendengar cerita Raudhah turut tergelak. Terhibur dengan kisah Raudhah dan Bad.



" Nantilah kalau sempat, aku bincang balik dengan Bad. Kalau dia keras hati, aku akan tinggalkan dia buat selama-lamanya. Padan muka dia hahahaha" gelak Raudhah lagi. Wajah Bad terbayang diminda.

"Kau nak pergi mana jer Raudhah? Bad boleh jer cari kau."

"Adalah..." Raudhah menjelirkan lidahnya kepada Fiona lalu bangkit dari kerusi.


Dan gurauan itu menjadi nyata.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now