BAB 11.0-MARAH

4K 104 1
                                    

Fiona duduk didepan abangnya dengan rasa berdebar-debar. Menunggu reaksi abangnya seolah menunggu keputusan SPM.

"What?!! Kahwin?!! Fiona dah gila ke apa?!" Lenting Zul apabila mendengar kata kata Fiona yang ingin berkahwin dengan Marc.

Baru tadi dia tengok Fiona dengan Marc bertikam lidah, sekarang cakap nak kahwin pula?

"Takde gilanya alang hah...betullah tu! Fiona nak kahwin dengan Marc.." Jawab Fiona tenang. Wajahnya ditenangkan agar tidak ketara takutnya.

Takut alang meletup.

"Jangan buat lawak bodoh Fiona!" Bidas Zul geram dengan sikap selamba adiknya yang seolah-olah menganggap benda ini main-main.

Kahwin benda main-main bagi Fiona.

TAPI

Bukan dia!

"Ini tak lawak lang. Macam nilah, walau apapun alasan korang. Fiona tetap akan kahwin!" Tegas Fiona lagi.

Tekad dengan keputusannya.

Zul meraup wajahnya. Manakala Asfia dan Marc hanya diam di duduknya. Tidak berani masuk campur. Cukup dia digoda Fiona tadi. Taknak benda lain pula yang dibuat Fiona.

"Fiona. Marc bukan seagama dengan kita.."

Inilah alasan kukuh kenapa Zul menentang.

Tak semua orang ingin bertukar agama.

"So, tak bermakna ia penghalang. Marc masuk islam than we married. Settle.." Ujar Fiona senang.

Senang seperti berak then basuh jer. Cakap memang senang tapi situasinya amat berbeza dengan percakapan.

"Fiona ada apa-apa motif ke kahwin dengan Marc? Tetiba jer ajak kahwin?!" Soal Zul pelik dengan sikap adiknya yang tetiba gila.

Fiona seorang yang penuh muslihat. Mustahil tindakannya tiada sebab. Memandangkan Marc dan Fiona bukannya sekepala sebelum ini. Jumpa pun jarang. Apatah lagi ingin berkenalan.

"Fiona takde motif pun. Mungkin Fiona dah suka dia, sebab tu lah Fiona ajak dia kahwin.." Jawab Fiona berbohong. Bab berbohong dia memang suka.

Masuk neraka kena potong lidah nanti, baru tahu penyesalan menipu.

"Tipu!"

"Terpulang pada alang. Tapi yang pasti next week kitorang kahwin." ujar Fiona tenang. Tangannya diletakkan di atas paha dengan kemas.

"What?!! Fiona dah gila ke apa hah?!" tengking Zul geram dengan keputusan adiknya. Adiknya buat keputusan memang membabi buta.

Perangai dulu dengan sekarang, sama sahaja. Dulu masuk bidang askar, langsung taknak berkompromi dengan sesiapa. Walaupun sudah dilarang, masih juga menyertai bidang askar.
Sampaikan sanggup lari keluar rumah, pergi ke rumah Haniza sebab merajuk.

"Esok Fiona akan bawak Marc jumpa papa dengan mama. Alang jangan risau. Pandailah Fiona cakap kat mereka nanti..." ujar Fiona.

Zul menggenggam tangannya! Sungguh dia amat marah dengan adiknya kini. Suka membuat keputusan tanpa berbincang dengan orang.

Ikut kepala dia jer.

"Marc, please say something?!" pinta Zul pula.

"Aku pun tak tahu nak kata apa Zul. Aku terpaksa terima lamaran dia.." balas Marc tertekan.

Nak jer dia balas balik kata-kata Fiona tapi tersekat apabila mengingati kejadian intim antara dia dengan Fio a tadi.

"Dia buat apa kat kau?" soal Zul merasakan Fiona seperti ada melakukan sesuatu terhadap Marc.

Fiona licik. Apa yang diinginnya pasti dia akan berusaha mendapatkannya.

Marc diam. Tak tahu nak jawab apa. Kalau dia bagitau, pasti sukar untuk Zul percaya.

Fiona dara dagingnya, pasti Zul lebih mempercayai adiknya.

"Jomlah balik. Fiona penat. Marc ingat. Aku bawak kau jumpa parents aku esok..bye..." Fiona terus berlalu sambil melambai tangan kepada Marc.

Kaki Fiona terus melangkah keluar meningalkan ketiga-tiga jejaka disitu. Enggan berlama-lama kerana pasti akan disoal lagi oleh alangnya.

Zul berdiri. Dia menarik nafas dan dihembus dengan kasar.

"Seriusly, kalau dia bukan adik aku memang dah lama dia arwah aku kerjakan.." marah Zul masih tak boleh terima dengan keputusan adiknya.

Dia bengang dengan adiknya Fiona.

"Bro...jangan berkasar. Dia perempuan.." tegur Asfia dari tadi diam.

Dia enggan masuk campur kerana dapat dirasakan ketegangan antara Zuk dan Fiona. Kalau salah cakap nanti, diri dia sendiri yang akan binasa. Jadi, lebih baik senyap dan tengok sahaja.

Zul terus berlalu setelah bersalaman dengan Marc dan Asfia. Langkah longlai Zul terus keluar dari rumah agam itu.





*****************



Suasana di dalam kereta terasa dingin. Tiada siapa bersuara sehingga suasana hening pecah apabila Zul memulakan bicara.

"Fiona lupa ke? Mama dengan papa tak izinkan Fiona kahwin dengan mualaf..." kata Zul tetiba. Dia masih tak puas hati dengan adiknya.

Amaran ibu bapanya dibangkit semula. Sekadar ingin menyedarkan Fiona bertapa perkahwinannya ini amat kurang menyenangkan hati dia.

"Fiona ingat! Pandai pandailah Fiona cakap kat diorang esok. Look... Jangan racist sangat boleh tak?" balas Fiona rasa menyampah. Matanya melihat suasana luar. Enggan melihat wajah abangnya yang marah itu.

"Alang tak tahu apa yang ada dalam fikiran Fiona. Tapi jujur alang kata better Fiona fikir masak masak sebab Fiona akan menyesal nanti..Bukan alang nak kata Marc tu jahat! Tak sama sekali! Cuma alang nak Fiona pilih orang lain, bukan Marc!" terang Zul lembut.

Cara kasar tak jalan, tukar step.

"Fiona tetap nak kahwin dengan dia!" tekad Fiona.

Pujuk macam manapun, dia tetap dengan keputusan dia.

"Huh! Hati batu! Susah betul dibawak berbincang!" dengus Zul.

Zul terus diam menahan marahnya. Fiona hanya memalingkan wajahnya melihat suasana luar. Keadaan semakin terasa dingin antara mereka.

Akhirnya perjalanan pulang sunyi tanpa kata. Apabila Fiona tiba dirumah Haniza, dia terus keluar. Tiada sesi bersalaman antara mereka. Zul pun terus berlalu begitu sahaja tanpa menegur adiknya.

Perang Dingin bermula.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now