BAB 54-WAR:PART 4

4K 159 32
                                    

5 hari yang cukup memeritkan dan menyeksakan buat mereka semua apabila masih tiada tanda-tanda tentera musuh akan berhenti menyerang mereka dan mengalah dalam peperangan ini. Pasukan Malaysia, Brunei, Arab Saudi dan Iran juga tidak mengaku kalah apabila mereka masih ingin bertahan apabila diserang oleh musuh. Walaupun penat namun tetap digagahkan juga keringat mereka untuk menentang pihak musuh.

"Berapa angka kematian?"soal Mejar Amsyar kepada Dr. Lina selaku ketua paramedik.

"50 orang meninggal dunia, 30 cedera parah dan 40 cedera ringan." Jawab Dr. Lina sambil mata fokus memandang laporan ditangannya.

Mereka kini sedang sibuk merawat pesakit yang cedera akibat peperangan yang berlarutan sehingga kini. Manakala anggota yang lain sibuk berkawal di luar. Keadaan sedikit reda sejak kelmarin apabila pihak musuh hanya melancarkan bom sahaja untuk memusnahkan kawasan mereka. Mereka seolah tidak mahu berundur dan mengalah. Maka, pasukan  Malaysia dan yang lain-lain turut tidak mengaku kalah.

Walaupun ramai nyawa anggota yang terkorban, namun mereka tidak akan berputus asa. Perjuangan harus diteruskan.

"Esok petang ada pesawat akan bawa mayat-mayat mereka untuk dikebumikan ke tempat masing-masing. Doktor tolong uruskan identiti mereka untuk diserahkan kepada anggota keluarga." Pinta Mejar Amsyar.

Dr. Lina mengangguk lalu meminta diri untuk menyelesaikan tugasannya. Masih banyak kerja yang belum selesai dan perlu diuruskan.

Mejar Amsyar pula terus bergerak menuju ke markas utama kerana ada perkara yang ingin dibincangkan oleh ketua pasukan. Sebaik sahaja tiba di markas utama, keadaan sedikit sunyi walaupun hampir 20 orang manusia di dalamnya. Namun mereka semua senyap sambil mata memandang kertas yang terletak di atas meja.

"Esok, senjata baru akan sampai bersama bekalan makanan dan ubat-ubatan."beritahu Kapten Sahrul.

"Ada sesiapa tahu hal ini?"soal Kapten Wildad serius.

Kapten Sahrul menggeleng kepala.

"Senjata akan sampai sebelum subuh esok supaya tiada siapa tahu. Sebaik sahaja barang sampai, mohon cepat bertindak pindahkan barang ke stor. "arah Kapten Sahrul tegas.

"Baik Tuan!"

"Tuan."panggil Leftenan Tarith.

Kapten Amsyar memandang Leftenan Tarith mengisyaratkan tujuan memanggilnya.

"Tuan tidak rasa pelikkah tiba-tiba sahaja pihak musuh kurang menyerang selama 2 hari ini?"soal Leftenan Tarith dengan wajah sedikit gusar.

Kapten Sahrul dan yang lain berada di situ terdiam mendengar soalan Leftenan Tarith. Bukan Tarith sahaja memikirkan perkara itu sebenarnya tapi mereka turut memikirkan perkara yang sama. Pihak musuh telah mengurangkan pergerakan mereka sedangkan pada permulaannya mereka sangat agresif.

"Aku pasti mereka ada merancang sesuatu. Cuma kita tidak tahu apa." balas Kapten Sahrul dengan mata memandang ke hadapan. Tangannya memeluk tubuh dengan wajah tegang.

Mereka sekarang sedang berkumpul untuk berbincang. Setiap pasukan mempunyai markas mereka sendiri. Hasil perbincangan setiap pasukan akan dibawa oleh ketua pasukan untuk dibahaskan antara mereka semula. Buat masa sekarang, mereka sedang berhati-hati dan sedikit gusar apabila tiba-tiba sahaja pihak musuh senyap.

"Bagaimana dengan rakyat dibawah tanah?"soal Kapten Sahrul meminta laporan. Dia tidak mahu anak buahnya terlalu gusar memikirkan perihal musuh yang kurang menyerang mereka. Bimbang, mereka semua akan panik.

"Mereka baik-baik sahaja Tuan cuma bahagian bawah tanah mula kurang selamat. Beberapa bahagian sudah runtuh barangkali kerana letupan di atas tanah." Terang Leftenan Rasyid selaku yang menguruskan keselamatan rakyat Syria.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now