BAB 68- PKPB KE TU???

5.1K 165 48
                                    

Amboi kemain na korang bawak geng lawan saya sorg? *lipat lengan baju*

Sejujurnya, bab 67 memang ending DEGIL. Saya mmg decide ending dia mcm tu sbb skarang saya busy dgn class online, hw, kk lagi. Rasa tak teratur masa bila blaja kat rumah.
Tapi bila baca komen awak semua dekat bab 67, tanya 'dah tamat ke?'. Saya mmg dh agak soalan itu akan timbul. Saya abaikan dulu komen tu. Bila dah sampai 11 komen tnya seolah tak puas hati, then saya update bab KETUM. Nak tengok sejauh mana korg mmg nak degil disambung. And.... Alhamdulillah saya rasa happy YALSSSSS. (BERDEKAH AKU GELAK BACA KOMEN KORANG HAHAHA) Anda berjaya ubah pendirian saya utk sambung balik next chapter!

Tpi lepas ni saya taknak kompromi dah ye hehehe. Kalau saya tulis tamat kat hujung, maka tamatlah ia. WERKKKK :-P

Ha... BANYAK SAYA BEBEL. Dah gi sambung baca sana hewhew.







_____________






Fiona menatap susuk tubuh yang sedang membaca buku di sofa depan katilnya itu dengan penuh kasih. Susuk tubuh itu duduk sambil bersilang kaki dengan matanya tajam memandang buku di tangannya. Fiona yang sudah bangun dari tidur pun dia tidak perasan. Kusyuk benar dengan bacaannya sehingga tidak sedar keadaan sekeliling.

Fiona tersenyum kecil.

Lelaki itu kerap melawatnya di ICU sejak dia sedar beberapa hari yang lalu bahkan lelaki itu sanggup masuk ke ICU dengan pakaian PPE dan menjaganya. Walaupun risiko untuk lelaki itu dijangkiti virus COVID-19 sangat tinggi namun tetap lelaki itu ingin menjaganya. Sungguh dia terharu walaupun dalam masa yang sama dia marah dengan tindakan lelaki itu.

Baginya lelaki itu degil.

Degil juga seperti dirinya.

Orang cakap jangan, tapi dia buat juga.

Puas Fiona melarang Marc memasuki biliknya namun kata-katanya seolah angin yang lalu di telinganya sahaja. Bahkan makin kerap dia melawat Fiona. Segala laptopnya dan ipadnya turut dibawa sekali ke ruang ICU itu untuk melakukan kerjanya. Boleh dikatakan amat jarang lelaki itu pulang. Masanya kebanyakannya dihabiskan di wad Fiona.

“Tak penat ke? Baliklah... “ serasanya sudah berkali-kali perkataan ‘baliklah’ itu meniti di biboir Fiona. Betapa dia berharap agar lelaki itu pulang dan berehat. Dia kasihan dengan suaminya. sudahlah kerja dibawa sekali ke ruang ICU itu. Menandakan lelaki itu sememangnya banyak kerja tetapi kerana ingin menjaganya, lelaki itu sanggup korbankan masa dan kudratnya.

Marc yang sedang membaca buku itu terus mengangkat kepalanya memandang pemilik suara yang menengurnya tadi.

“Nak air?” soal Marc mendatar. Buku di tangannya ditutup dan diletakkan di atas meja depannya. Fokusnya kini adalah Fiona.

Fiona menggeleng kepalanya.

“Saya nak awak balik. Awak nampak penat. Tak cukup rehat.” Ujar Fiona dengan suara perlahan. Wajah kepenatan suaminya jelas kelihatan dimatanya. Wajah itu kelihatan lesu namun disembunyikan seolah dia tiada apa-apa.

Kenapa Marc?

Kenapa perlu menahan kepenatan dan berlagak seolah tiada apa-apa?

“Aku okay. “ jawab Marc malas. Dia membuka kembali bukunya untuk menyambung bacaannya tadi. Tidak mahu menyambung kata-kata Fiona yang seterusnya.

“Please... Awak balik rehat. Sekejap pun jadilah. Saya kesian dengan awak. Nanti awak datang lagi.” Pujuk Fiona dengan suara merayu. Dia suka suaminya di sini tapi dalam masa yang sama dia tak mahu suaminya sakit. Cukuplah dia seorang sahaja yang menanggung sakit.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now