BAB 16.0-IBU

3.7K 109 1
                                    


"Tuan okey?" Soal Faizal sebaik saja Fiona membuka mata.

"Aku kat mana ni?" Soal Fiona dengan mata terkelip-kelip akibat cahaya yang menembusi retina matanya.

"Kat bilik rawatan. Nasiblah tembakan tadi tak kena jantung tuan hanya kat usus jer.." Terang Faizal lega.

Bagai nak tercabut jantung Faizal apabila melihat Fiona rebah ditembak sebentar tadi. Bayi dikendongnya menangis tidak berhenti-henti.

Panik teramat.

Fiona bangun dan bersandar di kepala katil. Dadanya sakit.

"Mana perempuan yang kita tolong tadi?" Soal Fiona

"Dah meninggal dunia. Selepas jer tuan kena tembak tadi, mereka terus serang perempuan tu. Nasib baik saya sempat sambut tuan tadi. Saya terus bawak tuan pergi dari situ. Bayi tu pulak Hairul yang bawak tadi."

"Mana mayat dia?" Tanya Fiona dengan hati yang pedih.

Pedih kerana dia tak mampu selamatkan wanita itu.

"Kitorang tak sempat bawa tuan. Dia mintak kitorang pergi selamatkan diri dan anak dia sebelum dia meninghal dunia." Jawab Faizal

Fiona diam.

Dia memejamkan matanya.

"Keluar sekarang!" Arah Fiona tegas.

"Maafkan saya tuan sebab tak selamatkan dia?!" Pinta Faizal lalu keluar dari bilik tersebut.

Air mata Fiona mula mengalir. Fiona menundukkan kepalanya.

Dia gagal.

Gagal selamatkan wanita itu.

"Ya Allah! Sungguh besar pengorbanan ibu sampai sanggup gadaikan nyawanya untuk anaknya. Kau tempat kanlah dia di kalangan orang beriman. Aamiin." Ujar Fiona lalu mengaminkan doanya bersama tangisan.

Lama Fiona mengalirkan air matanya. Bila sedar terlalu menangis, Fiona terus bangun dan menuju ke ruang kanak kanak yang diselamatkan.

"Mana bayi yang baru diselamatkan tadi?," soal Fiona kepada lelaki yang berkawal di situ.

"Di dalam.." Jawabnya.

Fiona terus masuk dan melihat ada seorang bayi dibaringkan di lantai berlapikkan tikar.

Dia yakin, itu bayi yang dia selamatkan tadi memandangkan pakaiannya masih pakaian yang tadi.

Air mata Fiona mengalir.

Sekeras manapun hati Fiona, apabila melibatkan hal sebegini dia lemah. Jiwanya rapuh.

"Maafkan akak sebab tak dapat selamatkan ibu adik. Maafkan akak.." Ujar Fiona lalu menangis di sisi bayi itu.

Gadis itu nyenyak tidur.

Faizal yang berdiri di sebalik dinding turut mengalirkan air mata. Sungguh dia terharu apabila memikirkan pengorbanan seorang ibu sebentar tadi.

Dia tak sempat untuk menyelamatkan wanita itu apabila zionis mula mengepung mereka. Dengan keadaan Fiona yang ditembak hendap, tanpa berfikir panjang dia terpaksa membawa mereka keluar dengan cepat.

Dua tiada pilihan lain.

Kalau dia cuba selamatkan wanita itu tadi, kemungkinan besar mereka akan mati semua.

******************

"Saya risaukan Fiona lah bang...Dah nak dekat sebulan kita tak dengar khabar dia. " kata Engku Zaidah resah.

"InshaAllah dia baik baik..." Jawab Megat Rudin.

"Mana tak risaunya saya bang. Sanggup dia tipu kita cakap yang dia ke Jepun sedangkan dia ke Syria. Dahlah tengah rusuhan. Saya takut terjadi apa apa kat dia.." Kata Engku Zaidah lagi dengan nada risaunya.

"Awak doa kepada Allah semoga dia selamat. Takyah awak nak fikir yang bukan bukan. Positiflah sikit sayang oi" pesan Megat Rudin menggeleng kepalanya.

Engku Zaidah sentiasa berfikiran negatif. Normal seorang ibu risau akan anaknya, tapi kita sebagai orang tua hendaklah mendoakan yang baik-baik.

Engku Zaidah diam. Geram apabila memikirkan anak gadisnya.

'Siap dia pulang nanti'

"Saya nak dia berhenti jadi askar lepas ni" luah Engku Zaidah.

Keputusannya yang selalu ditentang Fiona.

"Awak nak dia merajuk macam dulu lagi ke? Berbulan lari dari rumah sebab tak izinkan dia jadi askar..." Balas Megat Rudin.

"Itu untuk kebaikan dia bang. Saya sayang dia. Dia lah satu satunya anak perempuan kita. "

Ibu mana yang mempu terima apabila anak perempuannya ingin menjadi askar?

"Saya pun tak tahu nak kata apa lagi Dah. Yang pasti jangan halang minat dia..." Pesan Megat Rudin.

"Saya tak nak kita menyesal kemudian hari. Saya tak sanggup tengok dia sakit sebabkan minat dia tu..." Balas Engku Zaidah tekad dengan keputusannya.

Megat Rudin menggeleng kepala. Ibu dgn anak, sama sama DEGIL!

"Dia tu isteri orang bang. Suami dia, dia tinggalkan macam tu jer." sambung Engku Zaidah.

"Hal mereka suami isteri kita tak boleh masuk campur Dah. Nanti Fiona balik, cakap elok-elok dengan dia. Bukannya marah dia nanti." pesan Megat Rudin.

Faham sangat dengan isterinya. Pasti akan bertikam lidah apabila berbincang dengan Fiona.

" Bincang macam manapun, awak tetap nak back up anak perempuan awak tu" dengus Engku Zaidah tak puas hati.

"eh. Anak awak jugak. "perli Megat Rudin.

Dah mula perangai budak-budak isterinya.

" Anak saya tak degil"

"Awak tuh degil, sebab tuh anak kita degil jugak. Ambik perangai awak" perli Megat Rudin lagi dengan senyuman.

Engku Zaidah melihat wajah suaminya dengan tajam.

" Nih saya benci ni!" balas Engku Zaidah

"Nih saya sayang nih. Hahahaa"

Engku Zaidah terus berlalu meninggalkan suaminya. Lama-lama dia di situ, makin sakit hatinya.

Benci!

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now