BAB 62-KESUSAHAN

5.5K 190 18
                                    

Tepat jam 3 petang, Perdana Menteri iaitu Datuk Mutakhir mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Darurat berkuat kuasa apabila bilangan rakyat Malaysia yang dijangkiti oleh virus COVID-19 semakin meningkat bahkan meningkat dengan mendadak. Kini bilangan rakyat yang sedang dirawat adalah seramai 1000 dalam masa 4 hari. Hal ini jelas menunjukkan bahawa virus ini menular dengan cepat dan telah menjangkiti ramai individu. Kerajaan dan pihak kesihatan bertungkus lumus untuk mengawal penularan ini dengan mengambil langkah pertama iaitu mengeluarkan arahan Perintah kawalan Pergerakan.

Rakyat diarahkan untuk duduk di rumah dan diberi cuti dimana semua tidak dibenarkan bekerja untuk mengurangkan penularan virus tersebut. Pihak polis dan angkatan tentera diraja turut dikerahkan untuk menjaga sempadan setiap negeri dan melakukan rondaan untuk setiap kawasan jagaan mereka. Hal ini bertujuan untuk memastikan rakyat tidak melanggar arahan yang telah dikeluarkan.

Kerjasama rakyat amatlah penting ketika ini untuk mengawal penularan virus ini. Sama-sama kita membantu barisan hadapan dengan duduk di rumah. Kini mereka tidak cukup tangan menguruskan pesakit yang positif sehingga mereka tiada masa untuk berehat. Hargailah penat lelah mereka dengan mendengar arahan yang dikelaurkan. Jangan jadi rakyat yang ingkar dan menyusahkan orang lain.

Fiona juga turut terlibat dalam operasi sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan kenderaan dan pergerakan rakyat untuk mengelakkan penyebaran virus COVID-19. Setiap kenderaan yang lalu, pasti akan disiasat ke mana destinasi mereka kerana buat masa sekarang, rakyat dilarang merentas daerah dan negeri. Yang dibenarkan keluar rumah hanya ketua keluarga sahaja.

“Tuan nampak tak pakcik yang berjalan bawa guni tu?” soal Sarjan Ilya menyoal Fiona yang sedang membelek kertas di depannya untuk memeriksa senarai nama individu yang tercatat di dalam kertas tersebut.

Tumpuan Fiona terus terarah kepada lelaki tua yang dimaksudkan Sarjan Ilya. Mata Fiona mengecil untuk melihat figura itu. kelihatan lelaki tua itu sedang mengutip tin yang berada di tepi jalan raya. Lelaki tua itu nampak uzur.

“Sepatutnya mana boleh kutip tin Tuan, waktu macam ni. Semua kena duduk rumah kecuali nak beli barang” ujar Sarjan Ilya seolah tidak puas hati dengan perbuatan orang tua itu. Suka hati sahaja orang tua itu melanggar peraturan.

“Tuan.” Panggil Inspektor Fadzil iaitu anggota polis dari Bukit Aman yang ditugaskan bersama dengan Fiona.

“Kenapa?”soal Fiona seolah dapat mengagak tujuan lelaki itu memanggilnya.

“Ada seorang lelaki mengutip tin. Macam mana tuan? Kalau diikutkan lelaki tua itu boleh dikenakan kompaun kerana melanggar arahan” ujar Inspektor fadzil.

“Betul tu” sokong Sarjan Ilya.

Fiona diam. Sememangnya itu tindakan yang perlu dikenakan kepada lelaki tua itu namun hati Fiona tidak sekejam itu. Dia terus bangun dari kerusi lalu memakai sarung tangan sebelum keluar berjalan dari khemah tempat mereka berteduh itu. Sarjan Ilya mengiringi Leftenan Fiona dari belakang.

“Tuan. Tuan kan tidak dibenarkan keluar dari khemah? Sebab kesihatan Tuan?” soal Sarjan Ilya lagi. Mereka disitu sedia maklum bahawa Leftenan Fiona kurang sihat jadi dia hanya diarahkan untuk berada di dalam khemah. Mereka tahu pun disebabkan Leftenan Umar yang memberitahu mereka. Leftenan Umar sekadar memberitahu Fiona tidak sihat. Namun sebenarnya, isu Fiona mengandung tiada siapa yang tahu. Cukup sekadar alasan tidak sihat.

“Takpa. Saya okay.” Ujar Fiona bersama sneyuman kecil.

Fiona terus melangkah ke arah lelaki tua yang dilihat oleh mereka tadi. lelaki tua itu sedang duduk di bawah pokok seolah sedang berteduh.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ