BAB 42-BEGGING

6.6K 193 48
                                    

"Apa yang jadi sebenarnya ni Yusuf?" soal Megat Rudin dengan suara risau. Dia risau apabila melihat keadaan Fiona pulang bersama tangisan pagi tadi. Sudahlah pulang bersama dua bagasi besar. Seolah baru lari dirumah. Ditanya namun Fiona terus berlalu meninggalkan dia dan isteri begitu sahaja. Tanpa menunggu lama, Megat Rudin terus menghubungi menantunya itu.

Marc yang tidak menyangka ayah mertuanya akan menghubungi, turut merasa bersalah. Bersalah kerana wanita itu menangis dan kecewa kerana dia sehingga membuatkan mertuanya risau.

"Ada salah faham sikit ayah. Marc nak explain but she just left me tanpa sempat Marc explain."terang Marc lalu memicit dahinya. Kepalanya mula pening apabila terlalu banyak benda yang perlu dia fikir dan selesaikan. Sudahlah dia sedang menyiapkan kerjanya di pejabat rumahnya yang mempunyai sedikit masalah sekarang.

"Ayah tak tahu apa masalah Fiona dengan Yusuf. Tapi ayah nak pesan, selesaikan baik-baik. Sudah menjadi norma kehidupan suami isteri, pasti ada pasang surutnya Yusuf. Tak semuanya indah dalam alam perkahwinan. Selesaikan elok-elok. Komunikasi itiu penting dalam hubungan. Jangan terlalu tinggikan ego kita lelaki jika hal itu akan menjadi punca keretakan tumah tangga kita."pesan Megat Rudin.

Dia hanya mampu menasihati berdsarkan pengalamannya bergelar seorang suami hampir 45 tahun. Dia tidak mahu anak-anak lelakinya serta menantunya gagal menjadi seorang suami. Selagi mampu dinasihati, dia akan cuba. Selebihnya, biar diri sendiri menilai dan mencari cara menyelesaikan masalah mereka.

Marc yang mendengar sedikit tersentap.

Komunikasi.

Ego.

Dia...

Dia kurang berkomunikasi dengan Fiona kerana egonya. Adakah ini punca Fiona begitu?

Marc menghela nafasnya. Perasaan bersalah menyelubungi diri.

"Fiona ada di rumah ke Yah?"soal Marc.

"Ada. Kejap nanti pukul 9 rasanya dia turun kerja." Jawab Megat Rudin. Matanya memandang tangga rumah. Tiada kelibat sesiapa. Hanya ada Engku Zaidah yang sedang merenung mendengar dia bercakap di telefon kini. Pasti pelbagai soalan akan dilontarkan oleh isterinya kepada dia nanti.

"Marc balik rumah ayah. Nak jumpa Fiona." Putus Marc. Tangannya ligat menutup komputer ribanya dan mula bangkit dari kerusi.

"Baliklah Yusuf. Rumah ini, rumah Yusuf juga. "

Marc tersenyum. Walaupun dia dah menyakiti anak lelaki itu, namun lelaki yang bergelar ayah mertua itu tetap melayannya baik.

Tetap berbuat baik kepadanya.

"Terima kasih ayah."

"Sama-sama. Cepat balik. Boleh kita borak-borak nanti. Rindu ayah nak borak dengan Yusuf."beritahu Megat Rudin.

Marc tergelak kecil. Ada-ada sahaja ayah mertuanya.

Panggilan terus ditamatkan selepas salam Marc disambut oleh Megat Rudin. Marc bersiap untuk berangkat ke rumah mertuanya. Jeans biru gelap dipakai bersama baju t-shirt berkolar berwarna putih.

Segak.

Lelaki itu sangat segak dengan pemakaiannya. Kakinya terus melangkah ke pintu rumah namun terserempak dengan Awang yang baru pulang.

"Nak pergi mana?"soal Awang memandang lelaki itu di atas dan ke bawah. Pakaiannya cukup kemas.

"Rumah mertua. Daniel macam mana?"soal Marc lalu menyarung cermin mata hitamnya. Selipar leadernya disarung. Hari ini dia malas untuk mengenakan kasut. Bukannya ingin kemana-mana. Hanya ke rumah mertua dan bertemu isterinya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now