BAB 7.0-TERKEJUT

3.4K 117 6
                                    


Hari Ahad adalah hari yang ditunggu Fiona kerana hari itu adalah hari rehat baginya. Namun angan angannya untuk berehat meleset apabila kedengaran suara teman serumahnya menyeru namanya.

Siapa lagi? Kalau tak si Haniza.

"Hari ini kita pergi beli barang dapur. Barang dapur dah habis." Ujar Haniza yang sedang menuju ke bilik air untuk mandi. Kain tuala tersangkut kemas dibahu.

"Malaslah...Kau pergi soranglah...Aku nak rehat..." Kata Fiona malas. Baru nak bermalasan ditilam harini. Ingat senang ke dapat cuti?

Dahlah kerjanya tak menentu.

"Aku pun malas sebenarnya, nak rehat. Tapi barang dapur dah habis. So, kena rajinlah..." Balas Haniza.

"Malasnya.,." Fiona terus berguling guling di atas katilnya sambil menghempas bantal. Tanda dia memprotes.

Haniza menggeleng kepala. Tahu sangat perangai Fiona yang suka memprotes. Ingat dia kisah?

"Kau bersiaplah. Pukul 8 nanti jalan." Haniza terus berlalu ke bilik air. Enggan melayan perangai Fiona.

Fiona mengerling ke arah jam G-shock dilengannya.

'7:45pagi'

Masih ada masa lagi. Lagipun dia dah mandi, so TIDUR dulu jawabnya! Perempuan mandi lebih lambat dari kura-kura.

Jam 8:10pagi

"Ya allah!!! fiona!!! Aku suruh kau bersiap! Bukannya tidur!! Kau bangun sekarang!!" Haniza terus mennggoncang badan Fiona yang lena diulit mimpi itu. Patutlah senyap dari tadi. Dia ingatkan sibuk main handphone, rupanya sibuk membuta.

"Kau pakai baju dulu..." Jawab Fiona dengan suara serak. Matanya terpisat-pisat. Sungguh dia rasa malas nak keluar sekarang.

Takde hari lain ke?

"Aku ni tinggal jalan jer lagi. Kau bangun sekarang. Tukar baju sana! I SAY NOW!" suara mandatori Haniza kedengaran. Tanda dia serius.

"Malasnya..." Ujar Fiona lalu bangkit dan memakai tudung pakai masuk jer yang dikira saiz L berwarna hitam. Wajahnya kosong tanpa secolek make up.

"Kau pakai tracksuit dengan baju panjang lengan ni jer ke?" Soal Haniza terkejut dengan penampilan Fiona yang teramat ringkas.

"Jangan banyak tanya! Jom jalan!" Mereka berdua terus ke kereta Fiona. Haniza mengambil kunci kereta lalu memanaskan kereta terlebih dahulu. Manakala Fiona memakai stokin untuk menutup auratnya dan mengenakan selipar jepun sahaja.

Simple. Buang masa nak bersiap cantik-cantik. Bukannya pergi mana pun. Pergi market jer pun.

"Let's go!"

***************

"Teman aku pergi mall kejap. Beli barang.." Ajak Haniza selepas mereka selesai membeli barang dapur di market sebentar tadi.

"Nak beli apa? Kan semua barang dapur dah ada.." Ujar Fiona bosan. Dia penat berjalan ke hulu-hilir dengan Haniza tadi.

"Beli hadiah jap untuk tunang aku. Lusa birthday dia..." Ujar Haniza.

Mulut Fiona ternganga huruf 'O'

Untung ada tunang.

"Kau nak bagi apa kat tunang kau tu?" soal Fiona saja memenuhi masa yang sunyi.

"Entah! Nantilah tengok!" Kata Haniza malas. Dia pun masih belum fikir ingin beri barang apa kepada tunangnya itu.

Fiona mengangguk. Sesampai saja di Mall. Ramai mata memandang Fiona. Macamlah Fiona itu persalah.

Fiona yang rasa dirinya diperhati, mengerutkan dahinya. Fiona memandang Haniza.

"Aku penjenayah ke?" Soal Fiona pada Haniza.

Haniza ketawa mendengar soalan Fiona. Dia tahu Fiona pelik apabila ramai orang melihat dirinya. Siapa jer tak pelik tengok penampilan Fiona.

"Diorang tengok kau sebab kau pakai tracmsuit dengan tshirt lengan panjang jer. Pastu pakai selipar jepun jer. Inikan Mall. Tempat orang berfesyen, orang kaya apa semua. Jadi, bila tengok kau pakai baju macam ni, diorang anggap kau selekeh dan kau tu macam kat bawah tapak kaki diorang jer..." Terang Haniza panjang lebar sekali. Mulut main sembur jer.

"Sedap mulut kau kata aku bawah kaki diorang. Kau dah lama hidup ke?" Soal Fiona bengang dengan kenyataan akhir Haniza.

"Aku cakap jer! Tapi itulah kenyataanya. Manusia ni hanya pandai judge orang jer. Hehehe.." ujar Haniza tersengeh-sengeh.

"Hmm...Lantak dioranglah..Dah jom!" ajak Fiona malas menghiraukan pandangan manusia di sekeliling. Lebih baik buat kepala sendiri.

Macamlah dia berbogel dengan Mall ni sampai nak kena tengok kena perati bagai.

Pelik!

Mereka berdua terus masuk ke sebuah kedai yang menjual baju kemeja lelaki.

"Aku tak tahu saiz dia lah.." ujar Haniza merungut. Tangan ligat membelek satu persatu baju tshirt lelaki.

"Apa ke bangang kau ni! Saiz tunang sendiri pun tak tahu. Apalah gunanya korang bercinta 4 tahun ni kalau saiz tunang sendiri tak tahu!" bebel Fiona.

Haniza tersengeh. Mata Haniza liar mencari badan seseorang untuk menjadi ukuran baju tunangnya.

"Hah! Badan Hafiz macam dia lah!" ujar Haniza sambil tangannya menunding ke arah seorang lelaki yang sedang memilih baju kemeja berdekatan dengan mereka.

"Lelaki tu?" soal Fiona sambil tangannya juga menunjuk ke arah lelaki tu.

Haniza mengangguk.

Fiona meluru ke arah lelaki itu.

"Excuse me. Saiz baju encik berapa?" soal Fiona tanpa segan silu.

Lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah Fiona apabila dirinya dipanggil. Baju ditangan dilepas.

Terkejut beruk nak beranak Fiona apabila melihat gerangan pemilik tubuh.

"Engkau?! " soal Fiona dengan muka bengis.

"Sayang!" ujar lelaki itu teruja. Senyuman mula terukir dibibir merahnya. Gembira apabila melihat gadis manis itu berada didepan matanya.

"Sayang jambul hotak kau! Huh! Gila!" ujar Fiona lalu berlalu meninggalkan lelaki itu dan menarik Haniza keluar dari kedai itu. Haniza hanya menurut.

"Sayang please! Wait!. Beri saya peluang! Saya call awak haritu, langsung awak tak jawab.." ujar lelaki yang bernama ADAM ARMAN itu. Adam mengejar Fiona dari belakang.

Orang sekeliling memandang Adam yang mengejar Fiona dan Haniza.

Persis drama melayu!

Fiona terus jalan tanpa melihat sekeliling sehinggalah...

"Bukk!!" habis berterabur barang seseorang yang telah Fiona langgar.

"Allahu akbar " kata Fiona menggelabah. Dia terus bantu lelaki yang dilanggarnya itu. Menggelabah Fiona mengutip barang lelaki itu. Fiona melihat wajah lelaki yang dilanggarnya itu dan lagi sekali dia terkejut.

Lelaki itu!

Siapalah yang kau langgar kali ni Fiona?

Ada mata letak kat lutut.

Inilah yang jadi!

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora