BAB 22.0-HEROIN

4.5K 124 3
                                    

2 minggu Fiona terpaksa berehat dirumah. Kadaan dia pun semakin pulih berkat daripada jagaan ibunya.

Marc ada juga jaga tapi jaga waktu malam jer. Waktu malam semestinya Fiona akan mengada-ngada dgn dia.

Nak dengar dia nyanyilah.
Nak dia dodoikanlah.
Nak dia tidur disebelah Fionalah.

Dia pun tak tahu kenapa dia ikut sangat permintaan tak betul Fiona.

Simpati kerana Fiona sakit barangkali. Nasib sahaja kesabarannya tinggi untuk melayan karenah Fiona.

"Ketot ketot..." Panggil Fiona manja kepada Marc yang leka menghadap laptopnya. Faham sangat Fiona dgn Marc yang akan sibuk waktu siang dengan kerjanya. Asal siang sahaja terus menghadap laptop. Waktu malam kadang-kadang Marc turut menghadap laptop. Naik rimas Fiona.

Rasa kena madu dengan laptop pun ada.

"Ape??" Soal Marc tanpa memandang wajah Fiona. Tangannya masih ligat menaip pada papan kekunci komputer ribanya.

"Nak keluar jap?" Pinta Fiona dengan mata berkelip kelip. Berharap Marc akan mengizinkannya.

"Pergi mana?" Soal Marc.

"Keluar kejap jer. Boleh lah..." Ujar Fiona dengan lembut sekali.

"Jangan balik lambat sangat..," pesan Marc dingin.

Tersenyum lebar Fiona lalu terus kebilik untuk menukar bajunya. 10 minit tukar baju. Fiona berlari ke rak kasut.

"Bye Marc. Thanks" ujar Fiona gembira sekali. Dia terus masuk ke dalam kereta dan melangkah keluar dari rumah tersebut.

"Fiona pergi mana Marc?" Soal Engku Zaidah dari dapur. Terdengar suara anak perempuannya sebentar tadi.

"Dia kata keluar kejap." Balas Marc melihat wajah mak mertuanya. Takut digelar tidak sopan kalau bercakap tak tengok muka nanti.

Engku Zaidah angguk dan ke dapur kembali. Ingin menyambung kembali aktiviti memasaknya.




**********************






"Tuan!!!" Jerit mereka semua teruja melihat Fiona tiba di padang latihan askar tersebut.

Fiona memberikan senyuman kepada anak buahnya.

Teruja!

"Rilek rilek. Excitednya korang aku datang ni??" Soal Fiona bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.

"Kami rindu tuan. Dekat 2 bulan kami tak jumpa tuan" ujar Atan pilu bersama wajah yang pura-pura sedih.

"Takyah nak drama sangat lah. Aku tk mati lagi. Dah lah...Jom berlatih," ujar Fiona dah mencapai senapang untuk berlatih bersama yang lain.

"Tuan dah sihat ke nih nak main senapang nih,??" Soal Mila risau akan Fiona.

Fiona baru sahaja keluar hospital 2 minggu yang lalu. Risau jika kesihatannya akan terjejas.

"Aku dah okey. Chill jer. Jom berlatih"

Bermulalah sesi latihan menembak. Fiona tidak menggunakan sebarang perisai di badannya. Sekadar menembak ke papan peluru. Dia sekadar mengenakan sarung tangan sahaja agar tidak melecet. Manakala yang lain lengkap dangan alatan keselamatan.

Bang Bang Bang

"Asal kau menembak macam pondan, Asri?!!" Tegur Fiona melihat Asri yg lemah semacam sahaja menembak.

Macam tak ada tenaga.

"Manada Tuan. Okey apa" balas Asri masih lagi fokus ingin melepaskan tembakan.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now