BAB 26.0-MISSION

4.8K 138 8
                                    

Pagi itu, selepas solat Subuh Fiona terus menuju ke dapur dan menyediakan sarapan pagi. Kelibat Marc dengan Awang masih tidak kelihatan. Masih tidur barangkali.

Jam tangan dipandang sekilas.

8:15a.m

Sarapan disusun kemas di atas meja supaya Marc dengan Awang hanya datang makan sahaja nanti.

Nasi goreng.

Telur dadar.

Sandwich.

Air kopi dan teh.

Sarapan yang simple sebagai permulaan menjadi seorang isteri.

Isteri?

Sebulan berlalu baru nak buat sarapan untuk suami.

Nampak sikit derhaka di situ.

HAHA!

"Tidur mati ke apa? Aku lambat nanti" gumam Fiona.

Dia mengemas ruang dapurnya dengan cepat. Pukul 9 nanti dia nak masuk kerja dah. Namun, Marc masih belum tahu dia akan ke tempat kerja hari ini. Niatnya pagi ini baru dia ingin beritahu Marc.

"Wow!! Brekkie(breakfast) Delicious!" ujar satu suara di ruang makan.

Fiona yang mendengarnya sudah dapat mengagak siapa.

Awang.

Awang si mulut manis.

"Mana Marc?" soal Fiona di dapur.

Fiona akan memanggil nama Marc apabila di public. Namun dia akan panggil nama Yusuf kalau mood dia nak. Lagipun nama Yusuf sexy kalau disebut dengan bibirnya yang mungil.

Gittew.

"Dah turun dah tadi. Kejap nanti adalah tu."

Awang mengambil tempat duduknya. Tidak sabar mahu menjamah sarapannya. Semalam dia tak makan sebab banyak sangat kerja ingin disiapkan sehingga mengabaikan keperluan asasnya itu.

Marc yang baru tiba terus menuju ke meja makan. Fiona terus menceduk nasi untuk suaminya dan menuang air kopi untuk Marc. Marc sekadar senyap. Tiada bicara antara mereka bertiga.

Setelah selesai menghidang, Fiona terus menuju ke biliknya. Dia ingin menukar pakaiannya kepada uniform askarnya. Dia perlu ke kem sebentar nanti.

Marc dengan Awang sekadar melihat kelibat Fiona yang naik ke tingkat atas.

"Marc. Aku takutlah Daniel apa-apakan dia. Kau sendiri tahu macam mana adik kau" ujar Awang memulakan bicara. Suasana di meja makan itu sedikit hambar tadi.

"She will be fine."

"Better berjaga-jaga. Aku takut bini kau mangsa seterusnya"balas Awang. Nasi dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyap dengan lambat. Menikmati kesedapan air tangan Fiona.
Rasa nak ada isteri pun ada.

Marc sekadar merenung nasi didepannya. Dia sebenarnya memikirkan setiap kata-kata Awang. Dia tahu, adiknya itu unexpected. Dengan keadaan dia yang sudah menukar agama, dia seolah dapat mengagak reaksi adiknya. Adiknya cukup panas baran dan sangat kuat dengan pegangan agamanya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن