BAB 52-TARING

4.5K 183 49
                                    

"Kalau urusan pelaburan, kamu sepatutnya bertemu Datuk Siva Tuan Handley. " ujar Datuk Hisyam bersama senyuman kecil.

Marc tergelak kecil.

"Tidak. Bukan urusan pelaburan. "jawab Marc.

Datuk Hisyam tertanya kedatangan lelaki itu ke mari. Jika bukan perihal pelaburan, maka urusan apa?

"Tapi urusan peperangan yang sedang berlaku sekarang."

Datuk Hisyam terkedu.

"Urusan peperangan?"soal Datuk Hisyam ingin memastikan yang telinganya tidak salah mendengar.

Marc menangguk.

"Ta..tapi urusan ini tiada kaitan dengan perniagaan Tuan Handley. "jawab Datuk Hisyam serius. Matanya memandang wajah lelaki muda di depannya itu. Pemuda itu beriak biasa sahaja di depannya sambil bersandar di sofa.

"Saya tanya dahulu dengan Datuk, adakah ada peluang untuk mereka memenangi peperangan ini Datuk?"soal Marc serius.

"Hal keselamatan dan pertahanan negara saya tidak boleh berkongsi dengan kamu sesuka hati Tuan Handley."jawab Datuk Hisyam tenang. Wajahnya tenang memandangkan Marc memaparkan reaksi tenang juga kepadanya. Jadi, tidak perlulah ingin bertegang urat.

"Saya tahu prosedurnya. Cuma, tujuan saya bertemu dengan Datuk adalah bersebab." Marc jeda seketika. Nafasnya ditarik agar dapat berbincang dengan baik dan lancar kepada lelaki tua didepannya ini. Berharap agar niatnya tidak disalah erti.

"Kita tahu bukan Israel itu sendiri mendapat sokongan daripada negara besar seperti Amerika Syarikat. Amerika Syarikat antara kuasa terbesar dunia dan mempunyai senjata hebat di dunia. Mereka juga turut memberi bantuan kepada tentera zionis itu. Datuk sendiri tahu bukan mereka tidak akan berhenti selagi tidak dapat rampas tanah mereka itu. Mereka akan tetap berperang walau banyak nyawa yang terkorban." Terang Marc dengan serius.

Datuk Hisyam tekun mendengar tidak menyambung.

"Saya bukan ingin merendahkan Malaysia, tidak. Cuma kedatangan saya disini ingin menghulurkan bantuan."

"Bantuan dari segi apa, Tuan Handley?"soal Datuk Hisyam mula berkerut.

"Senjata. Saya tahu, anggota tentera Malaysia kekurangan senjata di sana." Kata Marc.

Datuk Hisyam bungkam. Perlahan-lahan nafasnya ditarik lalu dihela.

"Apa tujuan Tuan Handley ingin menghulurkan bantuan ini? Kami hanya negara kecil Tuan Handley, tiada apa-apa. Hanya sekadar negara biasa yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Tiada apa-apa yang dapat kami berikan sebagai habuan." Beritahu Tuan Hisyam mula salah erti. Dia tidak akan menggadaikan negaranya jika itu tujuan lelaki itu ingin menghulurkan bantuan.

"Saya tidak mahu apa-apa. Saya Cuma ingin hulurkan bantuan. "tegas Marc.

"Ta..tapi kenapa?"

Marc memandang Datuk Hisyam tajam.

"Sebab sudah tiba masanya kita tamatkan peperangan yang hampir 103 tahun ini. Saya penat melihat mereka menderita."

"Alasan itu tidak cukup kukuh untuk saya, Tuan Handley. Kenapa bukan sebelum ini? Kenapa sekarang?"

Marc diam.

Perlukah dia berterus terang?

Sudah tiba masanya untuk dia dedahkan dirinya?

"Sebab isteri saya berada di sana. Isteri saya sedang berjuang di sana."

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now