BAB 41-SAKIT

8.4K 177 44
                                    

Fiona membuka matanya perlahan-lahan apabila badannya terasa sengal. Matanya terpisat-pisat memandang siling biliknya.

'Aku dekat mana?'

Fiona cuba untuk bangun walaupun kepalanya terasa berpinar-pinar. Ketika dia duduk dikepala katil, badannya terasa sejuk teramat. Matanya terus bergerak memandang badannya.

DUP!

Rasa mahu tercabut jantung Fiona apabila melihat badannya tanpa seutas benang. Dirinya bertelanjang bulat tanpa disarung pakaian. Pantas selimut di pinggangnya ditarik menutupi badannya.

Fiona bingung.

'Apa sudah terjadi kepadanya? Kenapa dia tidak mengenakan sebarang pakaian?'

Fiona terus memalingkan kepalanya ke arah sebelah kanan. Kelihatan seorang lelaki sedang tidur membelakannginya. Lelaki itu tidur tanpa baju seperti keadaannya tadi.

Sekelip mata, air mata mula memnuhi ditubir mata Fiona. Dia cuba mengingati apa yang sudah terjadi dengannya. Namun semakin dia cuba mengingati, kepalanya makin sakit. Yang hanya dia ingati adalah Daniel.

Dia hanya ingat Daniel.

Daniel yang mengajaknya untuk menemani lelaki itu makan. Daniel menghulurkan dia minuman. Selepas itu dia minum minuman itu dan....

PAP!

Bagai dihempap batu yang besar jiwa Fiona kini.

Hancur memikirkan kemungkinan yang difikirkan sekarang.

'Ada...Adakah dia.... di..per..kosa Da..niel?' gugup hatinya menyoal diri. Tangisannya mula pecah apabila memikirkan lelaki di sebelahnya ialah Daniel.

Dia tidur bersama Daniel?

Tak!

Tak mungkin!

"No!!!!"jerit Fiona meraung bersama tangisannya. Dia menangis teresak-esak memikirkan dirinya yang telah dirogol adik iparnya sendiri. Sedangkan suaminya sendiri tidak pernah menyentuh, tetapi Daniel? Daniel telah menyentuhnya.

Tangisan Fiona bergema diruang bilik itu walaupun dia menyembam wajahnya dikepala lutut. Tangisannya dilepaskan semahunya menunjukkan yang dia rasa kotor dan jijik dengan diri sendiri.

Dia melakukan hubungan haram bersama ajnabi.

Kenapa dia terlalu bodoh semalam? Kenapa dia terlalu bodoh memikirkan Daniel mula bersikap baik dengannya semalam? Kenapa dia tidak pergi sahaja meninggalkan Daniel semalam?

KENAPA?

KENAPA KAU BODOH SANGAT FIONA?

Tangisan Fiona makin menggila sehingga Marc yang sedang nyenyak tidur terbangun mendengar tangisan itu.

Marc memusingkan badan apabila mendengar tangisan Fiona yang bergema dibilik mereka. Wajahnya diraup dan dia terus bangun dan menyandarkan badannya dikepala katil. Fiona didekati perlahan. Sesungguhnya dia teramat penat sekarang ini namun melihat keadaan Fiona, dia gagahkan diri untuk bangun.

Fiona yang merasakan katil yang didudukinya bergerak mula menggigil. Daniel? Daniel bangun?

"JANGAN SENTUH AKU!" Jerit Fiona sekuat hati walaupun wajah masih ditekup dikepala lutut. Dia tidak sanggup mengangkat wajahnya dan melihat wajah lelaki itu. "KAU TAK GUNA DANIEL! TAK GUNA!!!"sambung Fiona. Tangisannya semakin menggila.

Marc yang ingin mendekati Fiona, terus berhentikan tindakannya. Fahamlah dia bahawa pasti Fiona fikir dirinya disentuh Daniel. Mesti dia fikir dirinya adalah Daniel.

Marc senyum segaris. Walaupun hatinya sakit melihat Daniel yang hampir memperkosa Fiona tadi, namun dia bersyukur dia sempat datang menyelamatkan isterinya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin