BAB 66-DUA'

5.3K 207 30
                                    

Sebaik sahaja Zul tiba di Hospital Kuala Lumpur, dia terus dipakaikan dengan pakaian PPE untuk memasuki ruangan ICU. Wajahnya tegang kerana terlalu risau dengan keadaan adiknya. Dalam mindanya kini hanya Fiona difikirkan. Segala penat lelahnya terhapus begitu sahaja kerana keutamaannya kini hanya adik perempuannya, Fiona.

"Where Dr. Yati?" soal Zul sebaik sahaja tiba di kaunter.

Fatimah yang melihat kelibat Dr. Zul terus keluar dari ruang kaunter.

"ICU. Mari Dr." ujar Fatimah lalu berjalan mendahului Dr. Zul.

Kaki mereka bergegas ke ruangan ICU. Tiba sahaja di ruang ICU, Zul menekan butang di tepi pintu masuk. Beberapa saat tunggu, Dr. Bella muncul dihadapan Zul lalu menggamit Zul masuk.

"Your sister sesak nafas. " ujar Dr. Bella di sebalik penutup wajahnya.

Zul senyap. Dia terus menghampiri Fiona yang sudah dipasang dengan alat bantuan pernafasan bersama tali wayar yang berselirat dibadannya adiknya. Jiwa abangnya runtun melihat keadaan adiknya yang baring tidak sedarkan diri itu.

Adik yang lincah dan lasak tapi kini terlantar di atas katil.

"Kami maksimumkan gas oksigen Fiona. Keadaannya sangat teruk sekarang. Tiada respon langsung." Ujar Dr. Yati dengan nada sayu. Dia sebagai doktor yang ditugaskan memantau Fiona semestinya terkesan dengan keadaan pesakitnya. Wanita yang ceria sepanjang berada di hospital itu namun tiba-tiba sahaja sakit dan rebah begitu sahaja.

"Kandungan dia?" soal Zul lalu matanya memandang Dr. Yati.

Dr. Yati menghelakan nafasnya.

"Kandungannya lemah Zul. Semuanya bergantung dengan keadaan Fiona sekarang. Kita sama-sama doakan dia dan anaknya." Ujar Dr. Yati lemah. Dia juga seorang ibu semestinya dia faham perasaan apabila anak dalam kandungan berada dalam keadaan berbahaya.

"Buat masa sekarang dia tak sedarkan diri sebab kami dah suntik ubat dalam badan dia supaya dia dapat rehatkan diri." Sambung Bella pula turut bersimpati dengan keadaan adik sahabatnya itu.

Zul mengangguk.

Mereka bertiga keluar dari ruangan ICU itu. Dr. Yati dan Dr. Bella terus berlalu meninggalkan Zul yang masih berdiri di hadapan pintu ICU tersebut. Matanya melihat Fiona yang baring di atas katil melalui cermin kecil di pintu tersebut.

Telefon bimbit yang berada di poket seluar di ambil lalu nama Marc dicari dan laju sahaja jarinya menekan punat hijau untuk menghubungi lelaki itu.

Lelaki itu perlu tahu.

Fiona isterinya.

"Hello..." kata Marc sebaik sahaja panggilan Zul dijawab. Pen di jarinya dilepaskan dan badannya disandarkan di kerusi kerjanya.

"Kau dekat mana?"soal Zul mendatar.

"Aku kat office. Buat kerja sikit. Kejap nanti balik. Kenapa?" soal Marc pelik.

"Kau datang hospital sekarang."

"Kenapa?" Marc mula rasa tidak senang.

"Fiona kat ICU. Ak..aku tak tahu kenapa. Dia mengejut sesak nafas... Kau datang. Aku tunggu di kaunter." pinta Zul sayu. Hatinya sayu mengenangkan keadaan adiknya tadi.

Marc bungkam mendengar bicara Zul. Panggilan Zul terus dimatikan. Dadanya mula berombak kerana terkejut dengan berita itu.

Isterinya...

Baru tadi dia berbual dengan isterinya.

Tapi... sekarang...

Ya Allah...

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now