BAB 45-DUGAAN

4.9K 157 35
                                    

"Ayah tak rasa pelik ke dengan rumah tangga Fiona dan Marc?"soal Zul sambil wajah berkerut memandang Megat Rudin yang fokus dengan surat khabar di tangannya.

Mereka berdua kini sedang bersantai di halaman rumah sambil menemani anak-anak Zul bermain di taman bunga Engku Zaidah. Engku Zaidah berada di dapur bersama isteri menantunya. Hanya tinggal mereka berdua di situ.

"Pelik apa?"soal Megat Rudin tidak mengalihkan surat khabarnya.

"Peliklah. Mereka tak mesra. Itu apa yang Zul tengok."

"Macam mana nak mesra kalau seorang ke hulu, seorang ke hilir. Ayah ni dah tua Zul, ayah tahu hubungan mereka berdua memang ada masalah. " balas Megat Rudin mula menjatuhkan surat khabarnya. Pandangan dihalakan ke wajah Zul.

Zul menghulurkan secawan kopi kepada ayahnya untuk diteguk namun ditolak Megat Rudin. DIa belum mahu minum.

"Dua-dua dingin. Fiona dengan degil dia, Marc bukan Zul tak tahu perangai dia. Dingin jer orangnya. Jenis tak kisah orang sekeliling. Jumpa pula dengan adik macam tu, tak akan dilayan Marc. "ujar Zul.

Megat Rudin menghela nafasnya.

"Ayah tunggu Yusuf balik. Nanti ayah borak dengan dia. Dia cakap dia ke London sekejap."

"Ha... Itu satu hal. Fiona berangkat kelmarin, dia tiada. Mesti budak itu terkilan." Ujar Zul. Bukan Fiona sahaja terkilan malahan dia turut terkilan apabila Marc tiada untuk menghantar pemergian Fiona ke Syria. Namun hanya di diamkan sahaja. Tidak mahu Fiona bersedih.

"Dia ada kecemasan katanya. Cawangan di sana bermasalah. Lagipun dia ada hulur surat kat ayah kelmarin. Dia suruh ayah letak dalam beg Fiona. Nanti fahamlah budak itu."

Zul menangguk.

"Zul bukan apa ayah. Marc tu darah orang putih. Mualaf pula tu. Kemungkinan untuk dia balik kepada kehidupan lama itu tinggi. Sudahlah dia sudah dapat berjalan sekarang. Fiona pula buat perangai. Silap hari bulan, janda budak tu nanti." Keluh Zul.

Dia risau sebenarnya. Risau dengan rumah tangga adiknya. Kelihatan dia, Dausi dan Lutfie tidak ambil kisah tentang adiknya, namun hakikatnya mereka sering berhubung berbincang dengan keanehan Marc dan Fiona.

Dingin.

Abang mana tak sayang adik?

"Jangan bersangka buruk Zul. "

"Zul bukan nak bersangka buruk. Zul risau ayah. Suami mana akan tahan dengan Fiona jika dia masih begitu? Kita memang tahu dia tentera ayah. Tanggungjawab dia bukan kita sahaja tapi negara dan agama. Tapi kalau dia fikir panjang, dia boleh sahaja tidak libatkan diri ke Syria. Just laksanakan tugas di Malaysia. Tapi Fiona tetap berdegil ke sana. Marc pula setuju sahaja isteri ke sana. Ayah tak nampak ke semua itu?"

Zul meraup wajahnya. Bingung dengan Fiona dan Marc.

"Fiona janji dengan Zul nak didik Marc tentang Islam dulu. Tapi kalau asyik busy memanjang, ayah rasa Marc kenal Islam ke?"sambung Zul lagi.

Megat Rudin diam.

"Zul risau dengan mereka berdua ayah. Mereka dua ini bermasalah sebenarnya. Tapi dua-dua macam keras kepala. Ego." Luah Zul lagi.

"Nanti Marc balik. Ayah bincang dengan dia. " balas Megat Rudin setelah diam.

"Jangan nasihat Marc sahaja. Kalau Fiona ada call, ayah basuh dia sekali. Kepala budak tu jangan diturutkan sangat. "

Megat Rudin sekadar mengangguk lalu mencapai cawan berisi kopi dan menghirupnya. Dia sekadar mengangguk mengiakan. Jika dibalas, makin panjang bebelan anak sulongnya itu. spesies ibunya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now