EPILOGE (FINAL)

7.3K 212 38
                                    

“ Kau buat apa kat sini?” soal Fiona malas. Wajahnya jelas menunjukkan ketidak selesaan selepas melihat kehadiran Adam Arman. Senyuman lelaki itu kelihatan seram dan psiko.

Adam Arman tergelak namun beberapa saat gelak, wajahnya mula serius.

“Salah ke aku nak datang tempat kerja isteri aku?” soal Adam Arman sambil menjongketkan kening kanannya.

“Isteri? Kau dah kahwin?” soal Fiona jelas terkejut. Tidak sangka lelaki psiko itu sudah bernikah.

“Of course. Ingat muka aku tak laku ke? Dah lah aku nak balik. Chao!” ujar Adam Arman lalu memakai kembali memakai cermin mata hitamnya yang disangkut di butang atas bajunya tadi. Lelaki itu  berura-ura ingin beredar.

“Adam.” Panggil Fiona dan badannya sudah menghadap belakang Adam Arman.

Adam Arman berhentikan langkahnya namun tidak menoleh.

“Aku minta maaf dengan kata-kata kasar aku dulu. Aku doakan kau dan isteri kekal hingga ke jannah.” Ujar Fiona tulus. Sungguh dia enggan ada permusuhan dengan sesiapa dan dia tidak mahu menanggung dosa kerana bersikap kasar dengan lelaki itu dulu.

Adam Arman tersenyum sinis. Dia menolehkan  badannya untuk menghadap Fiona dan lelaki barat serta anak kecil di sebelah Fiona.

“You too. “ jawab Adam lalu mengangkat tangan kanannya dan terus berpusing meninggalkan kawasan tersebut. Dia perlu cepat kerana ada kerja yang ingin dilakukan.

“Dia ke lelaki yang kejar Mi dekat mall dulu?” soal Marc lalu memandnag wajah isterinya.

Dahi Fiona berkerut.

“How do you know?” soal wanita itu jelas terkejut.

“Awang told me. Dia ada bertembung dengan sayang time tu katanya.” Ujar Marc biasa.

“Yer. Dia lah. Dia kawan dekat universiti dulu. Tapi dia tak nak masuk pertahanan, dia terus kerja dengan fmaily dia.” Terang Fiona biasa.

Mereka bereempat terus bergerak menuju ke pejabat Fiona. Sebaik sahaja tiba, Fiona terus mengambil barang-barangnya untuk dibawa pulang dan beberapa fail penting untuk disemak.

“Ami. This cool!” ujar Haiyyun teruja melihat pejabat ibunya.

Fiona pula melihat sekeliling biliknya. Cool apa bendalah yang Haiyyun kata. Biliknya biasa sahaja. Ada meja kerja dan tiga buah kerusi. Almari yang dipenuhi fail dan sofa serta meja rehat. Sangat ringkas dan ruangnya juga terhad.

“Yun. Papa’s room more cool.” Bantah Haiyyan yang mengatakan pejabat ayah mereka lebih cantik berbanding pejabat ibu mereka. Pejabat ayahnya siap ada bilik rahsia lagi dan ada katil tempat tidur. Bukan itu sahaja, bilik pejabat Marc turut dipenuhi dnegan mainan Haiyyan dan haiyyun yang dibawa dari rumah dan terus ditinggal di pejabat ayahnya. Senang untuk mereka bermain jika mereka mengikuti ayah mereka ke pejabat.

Haiyyun berfikir sejenak.

“Yes! Papa’s room more eautipul (beautiful).” Jawab  Haiyyun teruja.

“Mana tak cantiknya kalau pejabat daddy Yun dan yan penuhkan dengan toys jer. “ celah Fiona tersenyum dengan keletah anak-anaknya.

“Bilik daddy dah penuh dengan toys dorang. Rasanya dua kotak besar toys kat pejabat tu.” Ujar Marc menggeleng kepala dengan sikap anak-anak lelakinya yang membuat bilik pejabatnya seperti bilik di rumah. Penuh dengan mainan mereka. Ingin mengalihnya, nanti anaknya akan menganggunya buat kerja. Maka, dibiarkan sahaja mainan itu di biliknya.

“Nanti Haiyyun dengan Haiyyan dah ada adik, kena jaga adik pula. Jangan nak main toys sahaja.” pesan Fiona kepada anak-anaknya. Fiona sudah duduk di kerusi kerjanya dengan dipangku oleh Haiyyun manakala Haiyyan di dalam gendongan Marc.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now