BAB 9.0-SYARAT

3.5K 114 2
                                    


"Apa cite adik kau?" soal Asfia kepada Zul yang sedang mengasingkan ubat Marc di dalam bakul ubat. Marc pula hanya diam memerhati mereka berdua berbual.

Zul mengunjungi rumah Marc untuk memeriksa tahap kesihatan Marc sebab Marc perlu dijaga dan sentiasa dibawah pemantauannya.

"Dah 2 bulan aku tak jumpa dia. Balik rumah pun tak. Mak bapak aku hairan tengok dia tak balik.." terang Zul. Tangannya masih ligat menyimpan barangannya ke dalam beg.

"Dia pergi mana?" soal Marc tetiba. Berminat untuk mengetahui kisah gadis kasar itu walaupun menyakitkan hatinya.

"Merajuk! Dia start tak balik rumah sejak kita bertiga tengking dia hari tu.." balas Zul.

Memikirkan perangau adiknya, semestinya menyakitkan hati. Sikap degil adiknya memang tidak boleh dibawa bincang.

"Takkanlah..." jawab Asfia. Sebab baru harituh dia dah minta maaf dengan Fiona. Reaksi Fiona pun bersahaja. Dia anggap itu jawapan positif dari Fiona iaitu sudah memaafkan mereka bertiga.

"Takde yang mustahilnya adik aku tu. Selagi kita tak minta maaf, selagi tu dia takkan balik atau tegur orang tu.." ujar Zul.

Adiknya degil.

Adiknya takkan mengalah.

Dia ego!

"Aku ada jumpa di 2 bulan lepas. Aku adalah minta maaf, tapi tak tahulah dia maafkan ke tidak. Tengom gaya dia macam positif." ujar Asfia.

"Aku pun ada mintak maaf hari tu tapi dia kata dia tak puas hati lagi selagi ketiga tiga kita tak minta maaf kat dia.." kata Zul. Kiranya Marc seorang lah lagi belum memohon maaf.

Marc minta maaf?

"Aku? Minta maaf?" soal Marc tak percaya. Tiba-tiba nama dia pula dikaitkan.

Zul mengangguk. Tangannya berhenti menyimpan barang. Wajahnya melihat wajah Marc yang jelas bengang.

"Dia takkan balik selagi kita bertiga tak minta maaf. Marc, kau minta maaf kat dia lah...Lama betul dia tak balik rumah dah..Please?!!!" rayu Zul sambil mata dikerlipkan. Berusaha untuk memberi reaksi paling comel kepada Marc agar termakan dengan rayuannya.

Marc diam. Sakit pulak hatinya dengan karenah Fiona.

"jangan buat muka macam tu lah bodo.  Kau gay ke apa?" carut Marc. Geli melihat wajah yang dibuat-buat oleh Zul.

" Come on Marc?!" kali ni Asfia pula merayu demi ibu bapa Zul yang merindui anak perempuannya.

Dia faham Marc memang ego tapi kalau dilenturkan pasti egonya berjaya dikurangkan.

Marc melepaskan keluhan.

"Ajak adik kau datang rumah aku malam ni. Kita makan sama!" Marc terus berlalu ke biliknya.

Zul meraupkan wajahnya. Bersyukur kerana Marc merendahkan egonya.
Bukan senang Marc nak mengalah.


*********************

"Hish! Taknak! Pergilah sendiri!" tolak Fiona geram. Mulutnya masih mengunyah keropok ring.

Bayangkan, dia yang tengah tengok cite cartoon tetiba sahaja diganggu abangnya yang tiba ke rumah sewanya itu.

Mengacau jer!

"Jangan nak mengada! Tukar baju tu! Sekarang!!" suara Zul naik seoktaf.

Haniza hanya diam mendengar pertengkaran dua beradik itu. Nak masuk campur, tak berani. Salah cakap nanti, badan binasa. Biarlah dorang selesaikan masalah diorang sendiri.

Fiona diam ditengking abangnya. Dia mengalah lalu menuju ke biliknya dan tukar baju. Geram betul dipaksa abangnya.

Nak menolak, tak berani dah sebab ditengking abangnya. Sesiapa sahaja takkan berani melawan abangnya kalau abangnya dah angin.

Sepanjang perjalanan, Fiona diam. Tanda memprotes abangnya. Pertanyaan abangnya langsung tidak dihiraukan. Hanya suara dicorong radio menemani suasana didalam kereta itu.

"Kita buat apa kat rumah ni?!!" soal Fiona angin apabila tiba di depan rumah Marc. Rumah dimana dia dimarahi oleh 3 manusia.

Dia memang dah lupakan peristiwa itu tapi dia tak terfikir untuk kembali semula ke rumah ini.

Segan.

"Lawat orang mati!" jawab Zul geram
Fiona keluar dari kereta dan menghempas kereta BMW series abangnya.

"Jomlah!" ajak Zul menarik tangan adiknya. Tanda memujuk.

Masuk sahaja dalam rumah,  Zul dan Fiona terus dijemput ke meja makan. Sepanjang makan, Fiona diam. Hanya Zul dan Asfia saja yang rancak borak. Marc kenkadang saja menyampuk.

"So, how your life?" soal Marc kepada Fiona yang membatu saja dari tadi. Seolah mulutnya dijahit.

Kalau ditengok rupa, Fiona semestinya seorang yang banyak cakap.

"Kau tanya aku ke?" soal Fiona sarkastik.

"Fiona.." tegur Zul apabila menyedari sikap kurang asam adiknya itu. Tidak senang dengan cara adiknya melayan Marc.

"Look...aku jemput kau makan ni bersebab. Sebabnya aku dgn Asfia dan abang kau nak minta maaf kat kau. Abang kau dah bagitau aku yang kau marah kami tiga sampai tak balik rumah 2 bulan ni. So, kami minta maaf.." terang Marc tanpa berdalih lagi. Lebih baik berterus-terang daripada memberi ayat kiasan.

Fiona diam. Memikirkan kata maaf daripada Marc.

Pelik tapi dia suka. Fikiran Fiona  tetiba memikirkan sesuatu. Sesuatu yang penting dan harus diselesaikan dengan segera. Dia tersenyum apabila jalan penyelesaiannya ada didepan mata.

"Dengan satu syarat setiap sorang?!" kata Fiona dengan senyuman.

Senyuman yang penuh makna dan tersirat. Mindanya sudah merangka perkara itu.

"Nak maafkan pun bersyarat ke?" soal Asfia.

"Yup!" jawab Fiona bersama anggukan.

"Setakat budak macam kau, sejuta syarat pun aku boleh tunaikan.." jawab Marc riak.

Berkata seolah dia sanggup melakukannya.

"Okey! Lepas makan aku nak bincang dengan kau. Hanya kita berdua! Alang dengan Asfia kemudian.." ujar Fiona
Fiona tersenyum.

Tak sabar..

Tunggu jerlah kau Marc.

Marc, Zul dan Asfia pelik melihat senyuman Fiona. Tadi senyap, lepas Marc minta maaf, senyum pula. Siap dengan syarat lagi. Seolah-olah Fiona telah merancang sesuatu.

Apa yang Fiona fikirkan sebenarnya?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now