BAB 36-SANGSI

3.9K 161 39
                                    

2 months ago...

Fiona memandang dinding pejabatnya seumpama dinding itu adalah musuh yang ingin diterkamnya bila-bila masa sahaja.

Fikirannya melayang entah kemana. Kerjanya diletak tepi dahulu memandangkan sekarang adalah waktu berehat.

Dia memikirkan seseorang...

Siapa?

Marc Handley.

Sylvester Marc Handley ataupun Yusuf Marc Handley.

2 bulan lelaki itu pergi meninggalkannya dan selama 2 bulan ini lelaki itu langsung tidak membalas dan menghubunginya langsung.

Langsung tiada!

Memikirkan itu, Fiona rasa kecewa dan marah dengan Marc yang seolah-olah melupakan dia disini.

Mesej yang dihantarnya melalui whatsapp hanya double grey tidak dibuka ataupun lelaki itu hide blueticknya.

Ingin menelefon lelaki itu, dia tidak mempunyai nombor kerana pernah sekali dia hubungi, nombor itu dimatikan. Semestinya Marc telah menukar sim cardnya di luar negara.

Tetapi, lelaki itu ada menghubungi Megat Rudin dan Engku Zaidah.

Tapi mengapa dia tidak dihubungi?

"Yusuf bila balik?" soal Megat Rudin yang baru selesai menghirup kopi buatan Engku Zaidah.

Mereka kini sedang bersarapan bersama-sama. Hanya ada Megat Rudin, Engku Zaidah dan Fiona. Zul dan keluarganya sudah pulang ke rumah mereka sendiri.

Fiona diam apabila disoal ayahnya. Bagaimana dia ingin menjawab soalan itu jika dia mesejnya langsung tidak dibalas lelaki itu?

"Dia tak bagitau apa-apa pun yah" balas Fiona bersama sengihan cuba menghilangkan perasaan gugup disoal begitu.

Dia tidak mahu ayahnya menghidu sesuatu mengenai hubungan mereka berdua.

Hubungan yang dingin.

"Ayah tanya dia pun, dia cakap 'tak pasti bila balik'. Dia cakap kerja dia belum settle..."beritahu Megat Rudin.

Fiona tersentak.

'Kerja dia belum settle?'

Macam mana ayah tahu?

Adakah Marc ada menghubungi ayahnya?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now