BAB 29.0-TEGUR

4.3K 181 35
                                    

________________
| Awang=Asfia |
________________

Mereka adalah orang yang sama cuma nama bertukar-tukar dalam plot. Nama penuh dia sebenarnya Awang Asfia thats why asyik tertukar jer nama watak. Sdgkn org yg sama. Sorry di atas kekeliruan ini. Mungkin lepas novel ni tamat, baru saya edit. Now mcm mls....



* * *

Pagi itu, Fiona terus menuju ke ibu pejabat untuk melaporkan misi mereka kelmarin. Suasana di dalam ibu pejabat sedikit tegang apabila pihak atasan terkilan dengan sikap Fiona yang terburu-buru bertindak di dalam misi.

Mujur sahaja Fiona bijak menjawab segala pertanyaan dan kekesalan pihak atasan kerana dia sedar dia menjadi punca kecederaan beberapa orang anggota yang terlibat dalam misi kelmarin. Jadi, dia perlu bertanggungjawab.

"Walau apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada awak Leftenan Fiona sebab telah menjayakan misi dengan beberapa orang anggota lain" ujar Panglima Tengku Khalid. Dia akui, dalam silap Fiona, ada kebaikan dan hikmah yang terselit. Buktinya mereka berjaya menumpaskan kes penyeludupan senjata dalam masa yang singkat.

Fiona sekadar mengangguk. Sudah menjadi tanggungjawabnya memberikan yang terbaik buat pasukan mereka.

Fiona terus keluar dari ibu pejabat setelah semuanya selesai. Dia telah diberi cuti berehat selama 2 hari kerana pihak atasan tahu, Fiona juga penat. Lagi pula anggota yang cedera turut bercuti ketika ini.

Fiona membuka telefon pintarnya sebaik sahaja pintu ibu pejabat ditutup.

Banyak mesej yang diterimanya melalui aplikasi Whatsappnya. Antaranya mesej dari ibunya, abangnya dan beberapa kenalan dari anggotanya. Namun matanya tertancap pada satu nombor yang tidak dikenali.

Pantas jemarinya menekan mesej itu.

01968xxxxx
Hai sayang. I miss you.

"Ewwww... Siapa ni?"soal Fiona sambil membuat muka jijiknya.

Gila tak jijik. Tetiba mesej orang dengan mesej sebegitu.

Fiona yang tertanya siapakah gerangan mangkuk menghantar mesej kepadanya itu, terus membalas mesej menjijikkan itu.

Siapa ni?

Telefonnya terus disimpan di dalam poket seluar. Kaki melangkah ke arah kereta. Dia ingin pulang dan berehat. Sesungguhnya badannya terasa sakit sekarang. Barangkali kesan daripada aktiviti tembak-menembaknya di gudang kelmarin.

Fiona memandu pulang ke rumah Marc. Sesampai sahaja di depan pagar rumah, kelihatan kereta Alphard warna putih kemas diparkir di halaman rumah.

Mama

Ayah

Fiona mula rasa tidak sedap hati.

Kenapa kedua orang tuanya berada disini?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now