BAB 43-DOA

5K 176 19
                                    

Pagi itu, semua keluarga Fiona menghantar Fiona ke lapangan terbang dan bergerak ke tapak lapangan terbang. Fiona akan berangkat ke Syria dengan pesawat peribadi milik Angkatan Tentera Diraja Malaysia dengan beberapa orang ahli lain yang turut bertugas ke sana. Suasana di tapak itu sedikit hening apabila ahli keluarga turut menemani sebelum mereka berangkat ke Syria. Seperti keluarga Fiona, mereka turut berat hati untuk melepaskan orang yang mereka sayang ke Syria.

Fiona memasuki barisan kerana ada taklimat bersama Kapten Zaquan yang turut dihantar ke Syria. Keluarganya masih berada dibelakang merenung dia.

“Kita pergi sama-sama. Kita balik sama-sama. Faham?!”soal Kapten Zaquan.

“Faham Tuan!” balas mereka semua.

Kata-kata semangat agar mereka tidak gentar menempuhi dugaan sepanjang bertugas kerana nyawa mereka seolah menjadi taruhan. Taruhan adakah akan menang atau tersungkur menyembah bumi. Namun berkat doa dan kuasa Ilahi, mereka percaya Allah ada sentiasa.

Selepas sahaja taklimat ringkas itu, ahli keluarga diminta berkumpul bersama anggota tentera yang akan berangkat ke Syria sebentar nanti untuk bacaan doa bersama-sama.

Fiona sekadar menunduk. Tidak sanggup melihat wajah Engku Zaidah dan Megat Rudin. Wajah orang tuanya yang berat ingin melepaskan dia.

Suaminya?

Marc tidak datang untuk bertemunya sebelum pergi. Dimana lelaki itu? kenapa lelaki itu enggan bertemu dengannya sebelum dia pergi? Tidak sudikah dia berjumpa dengan dia?

Selama beberapa hari ini, Marc menetap dirumah orang tua dia. Mereka tinggal sebilik namun tidak bercakap. Masing-masing buat hal sendiri. Marc seolah membiarkan dia, dia pun turut memainkan peranan membiarkan Marc. Akhirnya, hubungan mereka kekal dingin dan semakin dingin.

Bahana, kurang komunikasi dalam hubungan.

Dia tahu, antara dia dan Mar, dua-dua keras kepala.

Fiona menghelakan nafasnya. Sebaik sahaja bacaan doa bermula, Fiona mula memberi tumpuan dengan kalimah doa yang dibaca oleh Mejar Amsyar.

“Bismillahhirahmannirrahim...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Hari ini kami berhimpun Ya Allah, merafak syukur ke hadratMu kerana masih memberi kami peluang untuk bernafas dimuka bumi ini Ya Allah.

Ya Allah...
Kau ampunilah dosa kami Ya Allah. Dosa kedua ibu-bapa kami, dosa guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami, sahabat-sahabat kami dan kaum muslimin dan muslimat dimuka bumi ini Ya Allah.

Ya Allah ya zajalal ni wal ikram...
Sesungguhnya kami berhimpun ini ya Allah memohon perlindungan darimu Ya Allah.
Kami mohon padamu Ya Allah, lindungilah anak-anak kami, suami, isteri, ayah, dan ibu kami yang akan menjalankan tugas mereka demi agama, negara dan bangsa Ya Allah. Lindungilah mereka Ya Allah, lindungilah mereka Ya Allah dan lindungilah mereka.
Sesungguhnya kami amat menyayangi mereka yang akan melangkah ke Syria mempertaruhkan nyawa mereka demi membela insan yang teraniaya disana Ya Allah. Kami merayu padamu Ya Allah, lindungilah mereka untuk kami, jagalah mereka untuk kami dan selamatkanlah mereka dari ancaman bahaya untuk kami. Hanya Engkau yang berkuasa dan hanya Engkau yang kami percayai.”

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now