Sidang Dewan

By comradenami

50.8K 2.2K 107

Ahli politik adalah tempat di mana rakyat mengadu nasib, dan tempat di mana rakyat melemparkan marah. Tetapi... More

Preteks
1985 part 1
1985 part 2
1985 part 3
1985 part 4
1985 part 5
1985 part 6
1985 part 7
1985 part 8
1985 part 9
1985 part 10
1986 part 1
1986 part 2
1986 part 3
1986 part 4
1986 part 6
1986 part 7
1986 part 8
1986 part 9
1986 part 10
1986 part 11
1986 part 12
1987 part 1
1987 part 2
1987 part 3
1987 part 4
1987 part 5
1987 part 6
1987 part 7
1987 part 8
1987 part 9
1988 part 1
1988 part 2
1988 part 3
1988 part 4
1988 part 5
1988 part 6
1988 part 7
1989 part 1
1989 part 2
1989 part 3
1989 part 4
1989 part 5
1989 part 6
1989 part 7
1989 part 8
1989 part 9
1989 part 10
1990 part 1
1990 part 2
1990 part 3
1990 part 4
1990 part 5
1990 part 6
1990 part 7
1990 part 8
1990 part 9
1990 part 10
1990 part 11
1990 part 12
1990 part 13
1990 part 14
1990 part 15
1990 part 16
1990 part 17
1991 part 1
1991 part 2
1991 part 3
1991 part 4
1991 part 5
1991 part 6
1992 part 1
1992 part 2
1992 part 3
1992 part 4
1992 part 5
1992 part 6
1992 part 7
1992 part 8
1992 part 9
1992 part 10
1993 part 1
1993 part 2
1993 part 3
1993 part 4
1993 part 5
1993 part 6
1993 part 7
1993 part 8
1993 part 9
1994 part 1
1994 part 2
1994 part 3
1994 part 4
1994 part 5
1994 part 6
1994 part 7
1995 part 1
1995 part 2
1995 part 3
1995 part 4
1995 part 5
1995 part 6
1995 part 7
1995 part 8
1995 part 9
1995 part 10
1995 part 11
1996 part 1
1996 part 2
1996 part 3
1996 part 4
1996 part 5
1996 part 6
1996 part 7
1996 part 8
1996 part 9
1996 part 10
1997 part 1
1997 part 2
1997 part 3
1997 part 4
1997 part 5
1997 part 6
1997 part 7
1997 part 8
1997 part 9
1997 part 10
1998 part 1
1998 part 2
1998 part 3
1998 part 4
1998 part 5
1998 part 6
1998 part 7
1998 part 8
1998 part 9
1998 part 10
1999 part 1
1999 part 2
1999 part 3
1999 part 4
1999 part 5
1999 part 6
1999 part 7
1999 part 8
1999 part 9
2000 part 1
2000 part 2
2000 part 3
2000 part 4
2000 part 5
2000 part 6
2000 part 7
2000 part 8
2000 part 9
2000 part 10
2000 part 11
2000 part 12
2000 part 13
2000 part 14
2001 part 1
2001 part 2
2001 part 3
2001 part 4
2001 part 5
2001 part 6
2001 part 7
2001 part 8
2001 part 9
2002 part 1
2002 part 2
2002 part 3
2002 part 4
2002 part 5

1986 part 5

333 16 0
By comradenami

Lagu Rise Above cover Black Flag dari band Ali bernama Punk Cock (kalau main barai macam gampang, kitorang panggil band pungkoq) sedang perform di gig punk di HouseNoizy.

Budak-budak punk sedang moshpit dan bertolakan.

Natasha ketakutan, terus dia memeluk Azlan tak lepas jaket kulitnya.

"Alan, dorang gaduh ke tu?"
"No, dorang moshpit."
"This is scary. My mor will angry me about this."
"I ada, jangan takut."

Lepas Ali perform, dia lepak belakang, berlenggeng seorang diri dengan tayang tattoo keris bersilang dan gagak merah di dada, mengeringkan diri dari peluh, kemudian dia suntik dirinya dengan dadah.

Bila Natasha nampak Ali suntik jarum, dia tutup mata dan menyorok belakang Azlan.

"Alan, I don't want to see him taking drugs. My daddy will kill me. Please?"

Azlan sedikit mengeluh.
"Alright, it's okay. I'll talk to him, kejap?"
Natasha buat muka, tapi biarkan sahaja Azlan bertemu Ali.

"Ali, apa ni?" Azlan cekak pinggang.
"Ala, rilek la Lan!"
"Kalau Pengetua tau ni, mampos kau."
"Lantak dia laaa! Dia bukannya kisah pun pasal aku. Kau ya laaa!"
"Ali, berhenti la main jarum ni. Kena AIDS nanti."
"Alah kau ni Lan, kau jangan risau la, ni jarum baru la!"
"Aku kisah dengan kau Li. Berubah la. Aku balik dulu."

Azlan meninggalkan Ali yang sedang khayal dengan heroin yang disuntiknya.

"Kirim salam awek lu tu, beb!" jerit Ali dari jauh.

--

Ali tahu, Natasha takut dengannya. Dia dah tak peduli siapa, kecuali Azham, Izham, dan keluarga Syafie I'zzat.

Misinya, untuk menjadi orang paling kanan dengan Azham, dan apabila Izham menyertai politik, dia dapat juga naik, sekurang-kurangnya pegang ahli majlis perbandaran.

Kerja Ali ialah mengutip 'cukai' perlindungan. Cukai ini digunakan untuk keadilan dan ketenteraman di Underworld.

Setiap hari, kerja Ali ialah ke pasar-pasar, kerjanya kutip cukai kawasan Gagak Merah.

Selain itu kerjanya ialah main band punk, cat banner banter pasukan lawan, bakar rumah orang, rompak rumah musuh, culik anak Datuk untuk ugutan politik, semua kerja Ali dah buat, dan dah ikut dan brother senior.

Hobinya minum beer, bergaduh, tengok wrestling, berjudi, bertumbuk, moshpit, pijak muka orang, belajar menembak, lumba motor, kaki scam jadi bomoh, semua dia dah pernah buat.

Ali mengaku, kadang-kadang dia rasa seperti dia berada dalam golongan terbuang. Terpisah dengan ayahnya sejak kecil, hidup mengemis dengan ibunya sejak kecil, kemudian berpisah dengan ibunya, hidupnya seperti dedaun kering di tepi jalan, ada atau tidak ada, orang tidak peduli.

Apabila orang seperti Azlan masih mahu berkawan dengannya, dia rasa gembira, namun dia rasa antara Azlan dan dia, ada satu jurang yang besar.

Dan dia rasa memang sukar untuk dia ikut cakap Pengetua, walaupun Pengetua yang menjaganya menerusi abang Azham.

--

Izham dan Azham adalah dua orang adik beradik. Izham yang tua, Azham yang muda. Izham lebih berfikiran korporat, banyak berurusan dengan golongan elit dan CEO multinasional, sementara Azham pula banyak berurusan dengan golongan buruh dan mereka yang bekerja di bawahnya.

Keduanya membantu Datuk Syafie, ayah mereka dalam perniagaan. Sejak Datuk Syafie menyertai politik mengikut jejak ayahnya, Datuk Izzat, pemimpin Parti Kongmegayu pada zaman pra-kudeta 1969, urusan perniagaan diuruskan oleh Izham.

Datuk Syafie mendapat banyak manfaat dari Pengetua, tapi dia main dua kolam. Dia juga ada hubungan dengan Sayap Kuning.

Ini kerana background korporatnya yang memerlukan untuk dia mencari jalan selamat, dan menentang keluarga al-Daulah bukanlah jalan selamat di Gelanggayu.

Pengetua ada kabel antarabangsa, lain cerita. Bukan semua boleh peluk-peluk dengan Henry Kissinger dan panggil Presiden Reagan sekadar 'Ron' macam Pengetua.

Pakcik kepada Datuk Syafie, Datuk Seri Imad bin Salleh merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Imad merupakan juga merupakan Timbalan Presiden Parti Persekutuan dan Ahli Parlimen Tanjung Emas, pusat perdagangan utama Wijayapura.

Nama pun Tanjung Emas, macam mana dia punya kaya tu.

Imad bersaing dengan Naib Presiden Parti Persekutuan, Datuk Rahizan Abu Talib, Menteri Pendidikan.

Sejak perjanjian Freemason Hall antara Pengetua dan Tengku Norman pada tahun 1981, mereka berdua akan berada dalam situasi 'détente' atau gencatan senjata politik, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi sebagai orang tengah yang neutral antara Pengetua dan Tengku Norman.

Datuk Seri Imad terbaca surat Azlan, merasakan projek aero angkasa di negeri Melaut, bakal membantu merancakkan ekonomi, sekaligus menewaskan gerakan GMM.

Tetapi surat itu akan tiba ke Datuk Rahizan selaku Menteri Pendidikan.

Datuk Rahizan, seperti diketahui umum, berpihak dengan Pengetua. Dan apabila Azlan menghantar surat itu, Datuk Seri Imad nampak seperti Pengetua sedang 'groom' Azlan untuk misi utamanya.

Datuk Seri Imad, menyuruh Datuk Syafie I'zzat, dan 'pantau' budak bernama Azlan ni.

"Budak ni, Sayap Kuning tengah perhatikan," kata Datuk Imad, kepada Datuk Syafie I'zzat.
"Kenapa?" tanya Datuk Syafie.
"Baca kitab Sayyid Muluk."
"Budak ni ke bakal jatuhkan kerajaan al-Daulah macam Sayyid Muluk cakapkan tu?"
"Mungkin. Sebab tu kena perhatikan budak ni elok-elok," kata Datuk Imad.

--

Keesokan harinya, Azlan dan Natasha berjalan berdua berpimpin tangan selepas menonton filem Pretty In Pink di pawagam.

Sedang berjalan, tiba-tiba ada dua orang yang cuba merompak Azlan dan Natasha.

"Wang atau nyawa?"

Azlan ketawa. Dia tahu dirinya selamat dan ada orang di keliling sedang melindunginya. Orang-orang Pengetua.

"Atau," jawab Azlan, sarkastik.
"Kau kenal tak kitorang ni siapa?"
"Patutnya kau yang tanya, aku ni siapa?" kata Azlan.

Kejap lagi, Ali keluar dari tepi lorong bawa botol beer.

"Wei, Lan! Pe cerita lu?"

Natasha terkejut melihat Ali datang memeluk Azlan.

"Ada apa hal? Nak pow dia ni ke? Dia ni, member boss aku. Kau pow dia, besok aku kirim kain kapan kat rumah kampung kau. Faham?" Ali tarik baju dua budak tu.

Kedua-dua budak tu ketakutan dan lari tak cukup tanah. Brader Ali memang terkenal kesadisannya.

"Pe cerita ni, Alan?"
"Budak-budak baru nak belajar mengepow, kau apa cerita, Li?"

Ali mengetuk rokok, kemudian bakar.

"Rokok?" Ali hulur pada kepada Azlan. Azlan capai rokok dan bakar.
"Hi, errr, thanks tau pasal tadi," kata Natasha.
"Takde hal, beb. Makwe Alan pun masuk dalam protection program. Kau jangan bimbang. Weh, korang lapar tak?"

Natasha mengangguk lapar.

"Berminat tak, makan dim sum Kwantung?" kata Ali. Mendengar betapa exoticnya nama tu, Natasha jadi kecur air liur.

"Weh, halal tak?" tanya Azlan.
"I tak kisah!" kata Natasha.
"Serious, makan babi?" Ali tanya direct pada Natasha. Natasha mengangguk.

Azlan dah pening kepala.

"Kau ni kejap makan halal, kejap tak. Amende kau ni?"
"Asal lak?"
"Hari tu kat St Pierre kau tanya halal ke tak?"
"Aku saja je lah masa tu."
"Weh, tak boleh weh. Aku bab halal ni, aku ikut."
"Kuat agama la you ni, Alan. Romen takpe pulak, hiks!" Natasha gelak.

Bab perli ni, Azlan kena surrender.

"Ada makanan Islam, kau jangan risau."
"Kau dah kenapa, Ali? Macam mafia Cuba snot kokain, minum arak, makan babi," kata Azlan kepada Ali.
"Haha, Tony Montana!"
"Ali, you suka minum arak apa?"
"Beer, kadang-kadang boss belanja tequila."
"Beer juga. Jupiler."
"Jupiler? Cantik, give me five!" kata Ali.

Azlan pandang Natasha, tak puas hati.

"Dah berhenti dah," Natasha tersengih.
"Dah berhenti? You cakap you tak minum masa hari tu?" tanya Azlan.
"Ala, janganlah marah. My mor kan Danish, memang minum beer apa dalam culture kitorang."
"Poyo sial Alan, kongkong awek!"

Azlan geleng kepala tak puas hati sebab Natasha menipunya. Dia cakap hari tu yang dia tak minum arak. Tapi sekarang dia kata dia dah berhenti. Dan sekarang dia nak minum balik.

Tapi sebab depan Ali, Azlan cuba bertindak tenang.

"Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan bila aku jadi ketua keluarga bila dah kahwin nanti," doa Azlan, geleng kepala.

Mereka duduk di meja jade, iaitu meja golongan taiko je boleh duduk.

"Meja Datuk Kim ni. Kroni Datuk Imad. Masyuk dia ni. Boss suruh aku protect dia jugak. Jadi dia kasi aku duduk sini la. Makan semua dia bayar. Boss, menu!" kata Ali kepada waiter.

"Ni, Kung Pao Chicken, ni halal. Kau jangan risau la, Alan! Halal la!"

Aku mengangguk. Sambil tu Natasha sedang membelek menu.

"Pempek Kundur," kemudian dia ketawa.

Mata Azlan pandang panas sahaja ke arah Natasha, masih tak puas hati pasal perkara ni.

"Macam p*pek kendur nama dia," Natasha berbisik kepada Ali. Ali tergelak. Azlan buat muka tegak.
"Pempek tu sejenis makanan. Macam keropok lekor, tapi kukus. Cicah dengan kuah cuka. Yang ni versi dari Kundur," kata Azlan.

"Sedap tu, try la. Kuah cuka dia, letak sos hoisin, lepas tu cili potong. Peh, mengancam beb!" Ali menunjukkan jari bagus pada Natasha.

"Pempek Kundur ni satu, lagi satu nak Phoenix Dragon Dim Sum ni."
"Fuh, kemain kau ni! Okay okay, takpe! Boss!"

Phoenix Dragon Dim Sum dan Pempek Kundur, serta Kung Pao Chicken dihidangkan.

Natasha dan Ali minum bir Jupiler.

"Cheers!" Natasha dan Ali berlaga cawan.
"Yamseng!" jerit Ali.

Azlan minum chinese tea.

"Macam ahli falsafah je minum teh Cina," kata Natasha.
"Bukan, macam sifu cerita Bruce Lee," kata Ali pula.

Boleh pula Ali dan Natasha jadi tagteam bahan Azlan hari ni.

"Ali, nak tanya, boleh?" tanya Natasha.
"Tanya lah?"
"Sini ada jual corlitas tak?"
"Corlitas? Kejap, haa, Bob Marley! Kau nak ke?"
"Nak!"
"Kau nak, aku pergi ambik! Kejap, kau tunggu dulu."

"What?" Natasha perasan muka Azlan masam mencuka.
"Bukan main lagi you dengan Ali ni?"
"You jealous dengan Ali ke?"
"No, I tak jealous. Apa yang I tak puas hati, you lied to me. You cakap dulu you tak minum, tiba-tiba you cakap dah berhenti. And, dulu bukan main lagi you cakap takut daddy marah lah kawan dengan Ali."
"But he's cool."
"I know he's cool. But you tu yang tak cool. You tipu I."
"You ni nak membesar-besarkan isu I minum ni dah kenapa? You baik sangat ke?"
"You know kan yang my dad meninggal accident kena langgar kereta sebab orang mabuk?"
"Yeah, just because your father died because someone's mabuk, doesn't mean you have to hate everyone who drinks beer. Come on."

Azlan terus mendiamkan diri saat pelayan meletakkan makanan di meja.

--

Ali dengan relaxnya jalan dua blok dari kedai makan tu, naik tingkat dua tepi 7-Eleven, terus ketuk bilik kawannya, Jared Bongbang.

Jared Bongbang merupakan tauke bong di lorong kecil Pasar Merdeka. Dah kalau namanya tauke bong, mestilah tauke corlitas juga.

"Red, barang ada, barang?"
"Nak berapa?"
"Lima puluh sen!"
"Kejap!"

Lubang kecil dibuka. Ali hulur not lima puluh ringgit. Seketul corlitas dihulur.

"Nice having business bro!" jerit Ali kepada Jared. Tengah barai la tu.

Ali berlari menuju ke restoran Kwantung balik, kemudian menuju ke meja jade.

"Ada," Ali keluarkan corlitas dari begnya.
Natasha menghulurkan not seratus ringgit.
"Tak payah, under me," Ali rilek. Kemudian dia give me five pada Azlan.

"Ali, Alan jealous dengan you," kata Natasha.
"Mana ada aku jealous dengan kau, Ali. Aku tak puas hati sebab Nat dulu cakap dia tak minum, sekali tengok, dia cakap dah berhenti. Lepas tu minum dengan kau. Amende?"
"Hak ela lu mat! Amende la kau ni. Alan ni, bajet macam bapak-bapak. Minum arak salah, itu salah, ini salah!" kata Ali.
"Anak emas Pengetua la katakan," kata Natasha.
"Ha, banyak bunyi kau ni. Hisap daun dulu. Kasi rileks kepala kau tu," Ali hulurkan gulungan daun lima jari kepada Azlan.

Maka berhisaplah corlitas dari meja jade, melihat kesesakan jalan di depan Pasar Merdeka, pasar basah terbesar di Wijayapura.

Pengetua beritahu aku, dalam sesebuah negara, ada tiga peringkat pentadbiran. Pentadbiran kelas atasan, atau elit, ialah politik peringkat CEO dan pelabur.

Pentadbiran kedua ialah kelas rakyat, maknanya politik macam selalu tengok kat TV tu lah.

Pentadbiran ketiga ialah kelas underworld, yang diperintah para gangster.

Gagak Merah, Diamond Hijau, Merak Kayangan, Jagindas, dan banyak lagi kumpulan gangster yang menyusun gerakan dari bawah.

Seperti pawn dalam permainan catur, mereka hanya mara ke depan dan menjadi umpan perancang di peringkat lebih tinggi.

Lepas makan, Ali jalan je, tanpa membayar. Sebab tugas Ali ialah melindungi kawasan ni. Boss kedai ni tiap-tiap minggu bayar 'ufti' kepada Ali yang pegang kawasan blok ni, mewakili Abang Azham.

--

"Ali tu cool lah!" kata Natasha tepi jalan.
Azlan hanya menjeling.
"Dia ni boleh ajak lepak la!"
Azlan diam lagi.
"Next time nak lepak dengan dia lagi la!"
"Nat, you're stoned, and drunk."
"Alamak, dead meat la kalau I balik rumah macam ni. My mom akan sembelih I buat frikadeller kalau macam ni."
"Sayang, you're drunk. Tadi you datang sini naik apa?"
"Kereta."

Azlan dan Natasha masa janji date, dari dua tempat berasingan dan jauh, jadi Azlan naik public transport, tapi Natasha drive kereta. Tapi tak beritahu Azlan yang dia drive.

"Nat, you drive, lepas tu you mabuk? Damn it!" Azlan hilang kesabaran dengan perangai Natasha.

"Sayang..."
"Pantang la aku orang mabuk drive ni! I la drive kalau macam ni! Habis tu, I nak balik rumah, jalan kaki la!"
"I tidur rumah you?"
"I nak jawab apa dengan ibu I? You takpe la, sekular liberal! Nak mabuk ke, nak jahanam ke, tak kisah!"
"What did you say, Alan?"
"Come on Nat! Damn it!"
"Okaylah, I tidur rumah Cindy je lah! Why today you're such an arse?"
"I? I yang arse? First, you tipu I, you cakap you tak minum. Then you cakap you dah berhenti. Lepas tu you minum. Second, you nak mabuk, tapi lepas tu tak fikir yang you datang sini naik kereta. Nat, I thought you're smarter than this."
"Alah, drive je lah you ni. Bebel macam mak nenek la you ni, Alan!"

Azlan terus capai kunci kereta, dan terus berjalan, pegang tangan Natasha.

"Hey! Heyyy!"
"I drive you home."
"I nak jawab apa dengan my mor?"
"Masa minum mabuk tadi takde pulak nak fikir!"
"Hantar je lah I pergi rumah Cindy, bangang! Tak faham bahasa ke! Nak kantoikan I depan my mor ke? You kawan dengan gangster, you nak I terima you seadanya, I macam ni, you tak boleh terima pulak?"
"I didn't mean in that way..."
"Lepaskan tangan I!"

Azlan lepaskan tangan.

"Fine, fine. I hantar you pergi rumah Cindy," kata Azlan, merayu lemah.

Dalam kereta, mereka berdua senyap. Hanya mendengar DJ radio membebel seorang diri dalam Carta Top 10 Nescafe.

"Alan, I'm sorry for my behavior."
"It's okay. Sampai rumah Cindy, call your mor."
"Okay."

Setiap kali Azlan dan Natasha bertentang nilai, pergaduhan akan jadi macam ni. Lepas tu baik balik.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9M 161K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
197K 22.3K 59
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
393K 22.3K 41
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...
776K 21.5K 60
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...