Epilogue

6K 524 90
                                    

Yoongi menutup pintu keretanya perlahan. Kunci kereta dimasukkan kedalam poket seluar lalu cafe yang berada diseberang jalan dituju.

Seminggu sudah berlalu sejak dia bertemu dengan Han Yeoreum di Sungai Han. Kad kecil yang bewarna coklat muda digengam erat pada tangan kanan.

"Moga-moga muka aku tak lebam nanti." Doa Yoongi dalam hati. Pintu cafe ditarik lalu matanya melilau mencari seseorang.

Lelaki yang segak berkemeja hitam menarik perhatiannya. Pantas kaki dihalakan menuju kearah lelaki itu.

"Cikgu Jeon." Panggil Yoongi setelah tiba dihadapan lelaki itu. Yoongi meneguk liur dalam diam. Janganlah dia dapat penumbuk percuma daripada Jeon Jungkook. Tak pasal-pasal cafe ni buka gelanggang tinju nanti.

"Min Yoongi, duduklah." Kata Jungkook tegas. Nada suaranya agak keras membuatkan Yoongi dilanda debar.

"Terima kasih." Ucap Yoongi. Punggung dilabuhkah diatas kerusi dihadapan Jungkook.

Jungkook memandang Yoongi lama. Kata lelaki itu, dia ada perkara penting yang hendak diberitahu mengenai Han Yeoreum.

"Kenapa kamu nak jumpa cikgu?" Soal Jungkook dingin. Bukannya dia tidak tahu yang Yeoreum kerap kali keluar bersama Yoongi kebelakangan ini. Sudah semestinya dia cemburu dengan Yoongi.

"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab rampas hak cikgu." Kata-kata itu meluncur dari mulut Yoongi. Dia cuba berlagak tenang.

"Rampas? Apa yang kamu mengarut ni? Cikgu tak faham." Jungkook menggelengkan kepalanya. Yoongi dipandang lama. Rampas apa? Hak apa?

"Saya akan kahwin dengan Han Yeoreum." Luah Yoongi tanpa selindung.

Jungkook terkedu. Tidak lama itu dia tersenyum sinis.

"Kamu ingat cikgu nak percaya cakap kamu?" Jungkook menyoal Yoongi bersama senyuman sinis.

Yoongi mendengus.

"Terserah cikgu nak percaya atau tidak. Yang penting saya dan Yeoreum dah setuju nak kahwin." Tegas Yoongi mengeluarkan kata-kata. Dia bangun dari duduk. Kad kecil yamg dipegang sejak tadi diletakkan kasar diatas meja cafe.

"Ini kad jemputan kami. Saya dan Yeoreum harap cikgu datang." Kata Yoongi lalu melangkah keluar dari cafe.

Jungkook terkesima. Perlahan-lahan pandangannya jatuh pada kad kecil yang terletak diatas meja. Kad itu dicapai lalu matanya membaca bait-bait kata yang tercetak.

 Kad itu dicapai lalu matanya membaca bait-bait kata yang tercetak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook mengengam kad itu kuat. Tidak sangka yang gadis itu bersetuju untuk mengahwini Min Yoongi.

Jungkook menggeleng kepalanya. Tak, dia tidak akan berputus asa. Tidak akan sesekali jika perkara itu berkaitan dengan orang yang dia sayang dan cinta. Selagi Han Yeoreum tidak sah menjadi milik Min Yoongi, dia masih ada peluang. Yang berkahwin boleh bercerai-berai, apatah lagi Yoongi dan Yeoreum yang baru sahaja menjalinkan hubungan? Perasaan diantara meraka pasti belum kuat. Tambahan lagi, Jungkook yakin yang namanya masih tertanam elok dalam hati Yeoreum. Mustahil bagi gadis itu untuk membuang cintanya pada Jungkook dalam masa yang begitu singkat.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now