CHAPTER 10

4.4K 427 39
                                    

"Saya dah pulang." Kata Yeoreum sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumahnya. Semasa dihadapan pagar tadi, dia dapat melihat sebuah kereta terpakir elok dihalaman rumahnya. Mungkin kawan mamanya.

Kakinya beralih ke ruang tamu apabila terdengar suara mamanya. Dengan langkah yang perlahan dia menghampiri ruang tamu namun langkahnya terhenti sebaik sahaja susuk tubuh tetamu yang datang bertandang ke rumahnya bermain di ruang mata.

"Dia buat apa kat sini?" Soal Yeoreum didalam hati. Kakinya masih berdiri statik ditempat dia berhenti.

"Yeoreum-ahh." Panggil mamanya. Jelas kelihatan riak wajah mamanya yang kecewa dan terluka.

"Kenapa mereka ada kat sini mama?" Gadis itu menghampiri mamanya. Matanya memandang tajam tetamu-tetamu yang tidak diundang itu.

"Mereka datang nak melawat kita." Balas mamanya lembut namun tetap tidak dapat menyejukkan hati gadis itu.

"Kenapa nak lawat kita? Kita sakit ke? Dan pernah ke dia hiraukan kita sebelum ni? Kita sakit , kita susah, ada dia tanya? Yeoreum rasa kita dah cukup bahagia sebelum ni tanpa dia." Yeoreum menahan air matanya yang kian jatuh. Kemunculan tetamu itu memuatkan dia kembali merasai luka yang telah lama tidak dirasai.

"Yeoreum-ahh, papa minta maaf. Papa tahu semua ni silap papa. Papa lepaskan tanggungjawab papa pada Yeoreum dan kakak kamu Yeona begitu saja. Maafkan papa, sayang." Tuan Han meminta maaf. Mata sayunya memandang Yeoreum dengan pandangan bersalah. Dia sedar akan kesalahannya dan dia tidak menyalahkan anaknya jika membencinya. Semua salah ini memang berpunca dari dirinya sendiri.

"Papa baliklah. Yeoreum dan mama tak perlukan papa. Papa dah bahagiakan dengan keluarga baru papa. Papa tak perlukan kami dan kami tak perlukan papa. Kami dah bahagia tanpa papa." Luah Yeoreum bersama suara seraknya. Matanya memandang kearah lain, tidak sanggup bertentangan dengan mata ayahnya.

"Awak baliklah Dong Wook. Betul cakap Yeoreum, kami tak perlukan awak." Kata Puan Han setelah lama berdiam diri. Sejak kedatangan bekas suaminya dan keluaganya, dia masih terkejut. Tidak menyangka selepas 10 tahun mereka bertemu kembali.

Mula-mula Yeoreum memang tidak mengerti kenapa mereka tidak tinggal bersama papanya. Namun apabila dia meningkat dewasa, dia semakin faham apa yang terjadi sebenarnya. Papanya meninggalkan mereka demi perempuan lain.

"Baik, saya akan pulang. Tapi tolong maafkan saya. Yeoreum-ahh, tolong jangan benci papa. Papa sayang kamu." Tuan Han Dong Wook mencium dahi anaknya sekilas. Serentak itu, air mata Yeoreum jatuh membasahi pipi. Ciuman itulah yang paling dirinduinya, ciuman dari seorang lelaki yang bergelar ayahnya.

Han Dong Wook dan keluarganya melangkah keluar. Jujur hati Dong Wook terluka dengan sikap Yeoreum. Namun, apa yang mampu dia lakukan? Anaknya sudah tidak dapat menerimanya.

"Papa." Seru Yeoreum perlahan. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya berat.

"Ya?" Tuan Han menatap wajah cantik anaknya. Hatinya berasa rugi kerana tidak dapat melihat anaknya membesar menjadi gadis yang amat cantik.

"Yeoreum akan bertunang dua minggu depan. Yeoreum harap papa datang sebagai papa kepada Han Yeoreum." Katanya bersama senyuman nipis. Walau apapun yang terjadi, Tuan Han masih ayahnya. Dia mahu papanya hadir pada majlis pertunangannya.

Mata Tuan Han Dong Wook sedikit berair namun senyuman manis terukir di wajahnya. Dia gembira yang anaknya masih menganggapnya sebagai ayah. Cukup gembira.

"Papa akan datang. Pasti datang." Tuan Han memeluk anaknya. Rindu dengan pelukan itu, Yeoreum membalas pelukan papanya. Terasa tapak tangan papanya yang hangat membelai rambutnya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now