CHAPTER 37

3.9K 381 80
                                    

Yeoreum berdiri tegak disebelah pengarah Seonam Seoul Hospital, Tuan Pengarah Lee Jongsuk. Dihadapannya pula berdiri sebahagian doktor yang berkhidmat di Seonam Seoul Hospital. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja sebagai doktor di hospital itu.

Dia meramas jari-jemarinya yang sejuk dengan perlahan dan resah gelisah. Berdebar sungguh. Melihat wajah-wajah yang masih baru menambahkan lagi resah dihatinya.

"Hari ini kita menerima seorang doktor baru yang berkelulusan dari University of Ottawa, Canada. Saya perkenalkan, Doktor Han, Han Yeoreum." Lelaki dipertengahan usia 30 tahun itu memperkenalkan Han Yeoreum secara rasminya.

Yeoreum mendudukkan sedikit badannya sebanyak 45 darjah sebagai tanda hormat. Senyuman manis diukir buat mereka yang bakal berkhidmat dan berganding bahu bersamanya nanti.

"Sila beri tunjuk ajar." Kata Yeoreum sopan. Matanya sesekali melirik wajah-wajah doktor Seonam Seoul Hospital.

"Awak semua boleh berkenalan dahulu tetapi jangan lama sangat. Saya ada kerja di pejabat. Saya pergi dulu." Pamit Pengarah Lee Jongsuk.

"Saya Doktor Kim, Kim Taehyung." Taehyung menghulurkan tangannya untuk bersalam sebagai tanda perkenalan. Yeoreum menyambut dengan senyuman nipis.

"Saya Doktor Hwang. Hwang Minhyun." Hwang Minhyun menghulurkan tangannya pula bersama senyuman.

Yeoreum menyambut dengan senang hati.

"Selamat berkenalan semua." Yeoreum menundukkan badannya sedikit. Doktor-doktor disini baik-baik belaka. Tidak seperti yang dia fikirkan sebelum ini iaitu sombong dan tidak mesra alam.

Rengusan seseorang membuatkan Yeoreum berpaling.

"Budak baru macam kau mesti tak tahu nak buat apa-apa kan?" Cemuh seorang doktor perempuan yang masih muda.

Oh, nampaknya bukan semua yang berperangai sopan dan mesra.

Yeoreum mengerling tanda nama yang terselit pada kot putih yang dipakai oleh perempuan itu. Yoon Yeonwa.

"Saya masih baru disini. Saya harap anda semua dapat ajar saya." Balas Yeoreum lembut. Tidak ingin menimbulkan sebarang pergaduhan diantara mereka. Pasti tidak nyaman jika terdapat perang dingin diantara rakan sekerja.

Lee Wayeon menjeling. Dia berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Sesekali dia menghentak kasut tumit tingginya dilantai hospital.

"Jangan layankan sangat perangai dia tu. Dia memang macam tu, mulut tak ada insurans. Doktor Han jangan ambil kisah sangat dengan apa yang dia kata." Nasihat seorang doktor perempuan yang bertanda nama Bae Dawon.

"Tak apa. Saya tak kisah. Bukan semua manusia suka akan diri kita." Yeoreum membalas bersama senyuman. Memang dia tidak kisah kerana dia tahu bukan semua orang akan menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka.

"Oh, sebelum saya terlupa. Doktor Han akan handle pesakit yang berada di wad B64 buat masa ini. Nanti saya akan atur semula senarai pesakit yang akan berada dibawah jagaan Doktor Han. Ini fail pesakit wad B64." Doktor Kim menghulurkan fail yang berada ditangannya kepada Han Yeoreum.

Yeoreum mengambil fail itu lalu dipegangnya kemas. Tidak berminat lagi untuk meneroka data-data pesakit dibawah jagaannya itu.

"Terima kasih. Saya pergi dulu." Pamit Han Yeoreum.

Kakinya melangkah ke wad pesakit yang berada dibawah jagaannya. Butang lift untuk ke tingkat atas ditekan lalu ditunggu dengan penuh sabar. Terbuka sahaja pintu lift, Yeoreum melangkah masuk dengan penuh yakin.

Namun entah mengapa, perasaan gugup datang bertandang. Fail hitam yang berada ditangannya dipandang dengan pandang yang sukar ditafsir.

"Kenapa aku gugup ni?" Soal Yeoreum didalam hati. Dia mengusap dadanya perlahan, cuba mengurangkan rasa gugup yang menyelumbungi dirinya. Tak ada apalah, mungkin sebab hari ni hari pertama kerja kot. Yeoreum cuba menyedapkan hatinya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now