CHAPTER 13

3.4K 414 10
                                    

Pada petang itu, Jungkook datang ke rumah Yeoreum seperti yang dijanjikan. Mereka berdua duduk di gazebo yang terdapat dihalaman rumah Han Yeoreum. Cuaca petang itu agak baik, mendung sahaja.

"Awak buat soalan ni. Tak tahu tanya cikgu." Arah Jeon Jungkook. Yeoreum hanya mengganguk lalu mengambil helaian ya g dihulurkan oleh lelaki itu.

Minda gadis itu tiba-tiba teringat kejadian dimana dia terlihat Jeon Jungkook bersama Kim Jineul. Lantas, ringan saja mulutnya bertanya akan hal itu. Jika disimpan, buat penting kepala sahaja, jadi baiklah dia bertanya.

"Tadi cikgu balik dengan Jineul?" Soalnya. Tangannya ralit membuat jalan kira pada kertas soalan matematik.

Jungkook mengangkat mukanya.

"Haah. Macam mana awak tahu?" Lelaki kacak itu berkerut dahi.

"Saya nampak cikgu tadi dekat persimpangan lampu isyarat." Kata gadis itu malas. Apa-apa yang berkaitan dengan Kim Jineul sungguh merosakkan moodnya.

"Cikgu hantarkan dia tadi. Dia kata ayah dia tak dapat ambil dia sebab ada meeting." Terang Jungkook. Jarinya laju menekan papan kekunci komputer ribanya, sedang memasukkan markah peperiksaan murid barangkali.

"Oh." Hanya itu yang dibalas Han Yeoreum.

Jungkook memandang Han Yeoreum sambil mengecilkan matanya.

"Awak cemburu ya?" Tanyanya dengan nada usikan. Sengihan nakal mula muncul dibibirnya.

"Cemburu? Hell no." Bantah gadis itu. Dia memadam jalan kiranya yang salah dengan kasar. Hampir terkoyak kertas itu. Eee, geram pula hati ini bila teringatkan perkara tadi.

"Habis tu, kenapa tanya? Awak lupa yang awak tak boleh masuk campur urusan cikgu? Cikgu nak keluar dengan siapa atau bercinta dengan sesiapa sekalipun, awak tak boleh masuk campur." Kata Jungkook bersama senyuman, cuba mengingatkan gadis itu tentang perjanjian mereka.

"Saya masih ingat lagi."

"Jadi cikgu boleh keluar dengan sesiapa yang cikgu suka."

"Saya tahu."

"Jadi apa masalahnya?"

"Tchh, saya tanya je kan?!" Bentak gadis itu. Matanya menjeling Jeon Jungkook yang berada dihadapannya. Dengusan kasar keluar dari mulutnya.

Jungkook hanya berdiam diri. Entah apa yang membuatkan mood gadis itu kurang baik sehingga memasamkan muka. #jungkooktaksedardiri2k17

Kicauan burung menjadi peneman mereka berdua. Yeoreum dengan latihannya manakala Jungkook dengan kerjanya.

Brrr brrrr.

Jungkook memegang perutnya.

"Aduh, laparlah pula." Bisik hatinya. Dia baru teringat yang dia belum makan apa-apa sejak pagi tadi. Sarapan pula hanya bertemankan susu panas dan sekeping roti. Memang seronoklah perutnya mendendangkan lagu mic drop mic mic bungee.

"Yeoreum-ahh." Panggilnya manja. Mata gadis itu masih melekat pada helaian kertas yang diberinya. Kusyuk betul melakukan kerja.

"Apa?" Sahut gadis itu dingin.

"Saya laparlah." Rengek Jungkook. Tangannya menggosok perutnya yang kempis.

"So, apa kaitan dengan saya?"

"Awak masaklah."

"Kaki dengan tangan adakan? Pergilah beli makanan."

"Alaaa, awak masaklah. Pleasee." Mata dikedip-kedipkan, berharap gadis itu cair dengan kecomelannya lalu bersetuju untuk memasakkannya makanan. Memang muka comelnya dikurniakan untuk digunakan pada saat-saat kecemasan seperti ini.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now