CHAPTER 24

3.6K 345 40
                                    

p/s - abaikan typo dan kemerapuan ayat.

"Seronok tak hari ni?" Soal Jungkook yang sedang memandu kereta. Yeoreum yang disebelah dikerling seketika.

"Seronok."

"Betul ni, tak tipu?" Soal Jungkook lagi. Barangkali masih risau jika Yeoreum masih marah akan dirinya. Perasaan bersalah tak akan hilang selagi gadis itu tidak menerima ucapan maafnya.

"Ya, tak tipu." Kata Yeoreum jengkel dengan jelingan. Nak kata orang menipu pula.

"Baguslah. Lega hati saya kalau awak gembira." Jungkook menarik nafas lega. Terasa seperti sudah boleh bernafas dengan betul.

"Tapi jangan ingat yang saya dah maafkan cikgu."

"Alaa, kenapa pula?" Rungut Jungkook bersama mulut yang sengaja dimuncungkan. Baru tadi dia berasa seperti boleh bernafas, sekarang berasa seperti tersesak nafas kembali.

"Masih sakit hati." Balas Yeoreum pendek. Dia membuang pandang keluar kereta. Senyuman yang ingin melebar dibibirnya cuba ditahan sebaik mungkin. Sengaja dia berkata seperti itu. Mahu melihat kesungguhan Jungkook dalam memujuk hatinya kembali. Cepat mengalahkah lelaki itu?

"Cikgu minta maaf kalau awak masih sakit hati pada cikgu. Tapi jujur, cikgu betul-betul lupa. Bukannya cikgu sengaja tak nak datang. Kalau awak masih marah, tak apa cikgu faham. Memang awak berhak nak marah. Tapi tolong jangan bagi hubungan kita retak disebabkan perkara ni." Luah Jungkook. Segala yang berada dihatinya dituturkan dengan tenang.

"Hubungan kita dah memang retak pun kan?" Yeoreum menjawab sinis. Tidak nampak lelaki itu akan keadaan hubungan mereka ketika ini? Tunggu masa sahaja untuk pecah dan mengakhiri segalanya. Kaca itu juga yang akan melukai hati salah seorang daripada mereka.

Jungkook terdiam dengan jawapan Han Yeoreum. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh gadis itu. Mereka bertunang bukan atas dasar cinta dan dia sendiri mencintai gadis lain. Bagaimana hubungan ini dapat dipertahankan dan berakhir dengan ikatan yang suci jika hati mereka tidak saling mencintai?

Wajah Jungkook bertukar mendung. Nampaknya gadis ini masih dingin akan dirinya walaupun sudah dipujuk dengan pelbagai cara.

15 minit perjalanan, Jungkook terus berdiam diri. Mungkin mahu memberi ruang berfikir kepada tunangnya.

Yeoreum menundukkan wajahnya. Terasakah Jungkook dengan kata-kata sinisnya sebentar tadi? Yeoreum menarik nafas panjang. Mungkin egonya patut dibuang. Yeoreum juga tidak mahu masalah mereka berlanjutan seperti ini.

"Cikgu janji yang cikgu tak akan ulang kesalahan cikgu lagi? Kalau cikgu janji, baru saya maafkan cikgu."

Mata Jungkook membulat. "Betul ni?"

"Hmmm." Yeoreum bersuara malas.

"Cikgu janji. Cikgu janji yang cikgu tak akan ulang kesalahan cikgu lagi." Jungkook mengangkat sebelah tangannya. Senyuman manis terlakar dibibirnya. Gembira benar hatinya tika ini.

"Dah, tengok depan." Yeoreum menolak pipi Jungkook. Tak pasal-pasal masuk hospital pula nanti.

"Baik!" Kata Jungkook dengan semangat.

Yeoreum tertawa kecil. Kelakar melihat muka Jungkook yang penuh dengan semangat.

🍁

"Terima kasih sebab bawa saya jalan-jalan harini." Ucap Yeoreum. Seatbelt yang dipakainya dibuka perlahan-lahan.

"Sama-sama. Jangan marah lagi tau." Jungkook mengusap pipi Yeoreum. Entah bagaimana dia boleh terfikir untuk berbuat sedemikian. Dari mana datangnya keberanian juga dia tidak tahu.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now