CHAPTER 18

3.2K 389 51
                                    

"Terima kasih Jimin sebab tolong aku." Ucap Jungkook. Nasib baiklah kawan baiknya, Jimin sudi menolongnya dan Yeoreum. Kalau tidak, tidak sampai lagi mereka di Busan.

"Sama-sama. No hal lah bro." Jimin menumbuk bahu Jungkook bersama senyuman manisnya. Lama juga Jungkook tidak pulang ke Busan. Alih-alih, dia menerima panggilan daripada Jungkook yang meminta bantuan daripadanya. Nasib baik dia tidak berkerja hari ini.

"Jemputlah masuk dulu." Jemput Jungkook. Rasa bersalah pula jika dia tidak membalas budi baik Jimin. Kalau tidak kerana Jimin, tidak sampai lagilah mereka di Busan. Mungkin masih berpanasan ditepi jalan.

"Tak bolehlah Kook. Aku ada urusan lepas ni. Sorry tau."

"Kalau macam tu, tak apalah. Once again, thank you ya." Jungkook melangkah keluar dari kereta milik Jimin. Bagasi miliknya dan Yeoreum dikeluarkan dari bonet kereta.

Yeoreum pula hanya melemparkan senyuman nipis kepada Jimin sebagai tanda terima kasih lalu mengekori Jungkook. Kekok untuk berbual dengan orang yang dia tidak kenali walaupun lelaki itu merupakan teman baik kepada tunangnya.

Bagasi yang berada ditangan Jungkook diambilnya. Mereka berdua memerhati kereta Jimin yang kian hilang dari pandangan mata.

"Halmonie!" Panggil Jungkook sambil melangkah masuk ke halaman rumah neneknya.

Yeoreum memerhati sekeliling. Kecil sahaja rumah nenek Jungkook. Biasalah rumah tradisional korea, bukan seperti rumah mewahnya di Seoul. Mungkin dia dapat merasai pengalaman tinggal di rumah kampung semasa di Busan. Bagus juga, sesekali mencuba hidup bersederhana apa salahnya.

"Jungkook!" Jerit halmonie teruja lalu memeluk cucunya erat. Rindu dengan cucu lelakinya. Pipi cucu lelakinya dicium penuh kasih sayang.

"Makin kacak kamu ya." Wanita tua itu mencubit pipi Jungkook perlahan.

"Halmonie pun makin cantik." Jungkook memuji pula. Yeoreum yang berada disebelah Jungkook hanya memerhati keakraban yang ditunjukkan oleh Jungkook dan neneknya.

"Ini tunang kamu ya?" Mata Halmonie Jeon beralih pula kepada Yeoreum. Tangannya memegang jari-jemari Yeoreum.

"Cantik. Siapa nama?"

"Nama saya Han Yeoreum." Yeoreum tertunduk malu apabila dipuji oleh Halmonie Jeon.

Senyuman Halmonie Jeon bertambah lebar. Pandai cucunya mencari pilihan hati. Cantik. Sesuai sungguh dengan cucunya.

"Marilah masuk. Panas dekat luar ni." Halmonie Jeon menarik tangan Yeoreum. Jungkook pula ditinggalkan bersama bagasinya dan bagasi milik Yeoreum.

"Yaishh." Dengus Jungkook. Dia berpanas tak apa pula. Halmonie pilih kasih!

Bersusah payah Jungkook mengangkat bagasi Yeoreum. Ya tuhan, perempuan ni bawa gajah atau baju? Beratnya mengalahkan anak gajah. Mahu ditarik, bagasi sudah tercabut tayar akibat terlanggar batu semasa mereka berjalan tadi. Jadi terpaksalah Jungkook mengangkatnya.

Termegah-megah Jungkook mencari nafas diruang tamu rumah halmomienya. Bagasi Yeoreum ditinggalkan begitu sahaja ditepi pintu rumah. Dia sudah tidak sanggup untuk mengangkatnya. Berat!

"Yeoreum tidur satu bilik dengan Jungkook ya."

"Ha? Satu bilik?!" Mata Yeoreum membulat. Halmonie Jeon sudah hilang akalkah? Jungkook ini kadangkala bukannya betul sangat.

"Jungkook okay je." Balas Jungkook selamba bersama senyuman nakal.

"Aduh!" Jungkook memegang kaki kanannya yang dipijak Yeoreum. Kalau bagasinya anak gajah, ini mesti ibu gajah. Bengkak seminggu ni.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now