CHAPTER 44

3.9K 377 33
                                    

Yeoreum memandang kanak-kanak yang sedang bermain riang di taman permainan hospital. Bangku yang berada ditepi taman permainan itu menjadi pilihannya untuk menenangkan hati yang sedang dilanda pelbagai rasa. Kecewa, benci, sakit hati, sedih, semua ada.

Yeoreum termenung jauh, memikirkan hubungan dia dan Jeon Jungkook yang mungkin sudah berakhir. Entahlah, dia tidak pasti apakah status hubungan mereka sekarang ini. Kekasih? Dia sendiri tiada jawapannya.

Lamunan panjangnya diganggu dengan huluran secawan air kopi dihadapan mukanya.

Figura seorang lelaki yang tinggi, menyapa matanya.

"Oh, Doktor Kim." Sapa Yeoreum dengan senyuman palsu. Secawan air kopi kini bertukar tangan.

"Termenung jauh nampak." Perli Taehyung bersama senyuman. Tanpa dipelawa, jejaka itu melabuhkan punggung disebelah Han Yeoreum.

"Tak adalah." Yeoreum ketawa kekok. Air kopi disisip perlahan.

"Betulke tak ada apa-apa? Dari tadi saya tengok awak termenung, mengeluh. Ceritalah, mungkin saya boleh tolong." Kata Taehyung lembut. Matanya memerhati kanak-kanak yang sedang berlari riang.

"Masalah saya berat. Tak mungkin Doktor Kim boleh tolong selesaikan masalah saya." Yeoreum membalas perlahan. Cawan kertas air kopi digengam erat.

"Kalau awak pendam, masalah awak akan lagi berat tahu sebab awak pikul sorang-sorang. Kalau awak kongsi, kuranglah sikit rasa terbeban tu." Nasihat Taehyung.

Yeoreum mengeluh. Mungkin jika dia berkongsi masalah, dia akan rasa lebih tenang.

"Saya nak batalkan perkahwinan saya." Luah Yeoreum.

Mata Kim Taehyung membulat. Batalkan?!

"Batalkan? Bukan perkahwinan awak dah nak dekat ke?" Soal Kim Taehyung. Dahinya turut berkerut dengan masalah Han Yeoreum.

"Nak buat macam mana. Itu saja jalan yang terbaik untuk saya dan dia." Yeoreum menunduk. Gadis itu menghembus nafas panjang. Penat dengan masalah yang datang tanpa henti. Penat memikirkan jalan penyelasaian akan masalahnya.

"Awak rela?" Duga Taehyung.

Yeoreum menggeleng perlahan.

"Awak masih cintakan dia?" Tanya Taehyung lagi.

Tidak menunggu lama, Yeoreum mengangguk. Gila, mana mungkin Yeoreum mampu membuang nama lelaki itu dalam masa satu hari? Diberi satu tahun pun, mungkin tidak mencukupi baginya untuk menghapus sepenuhnya nama lelaki itu daripada hati dia.

"Saya memang tak tahu apa masalah awak dan dia. Tapi apa yang saya mampu adalah nasihatkan awak. Buat keputusan jangan terlampau terikut-ikut kata emosi. Fikir dahulu sebelum ambil sebarang keputusan. Jangan disebabkan masalah kecil, awak hancurkan masa depan awak dan dia." Matang Doktor Kim berbicara. Bukan selalu sisi matang Doktor Kim menunjukkan diri. Selalunya main-main sahaja percakapannya. Tidak nampak keseriusannya dimana.

Yeoreum memandang Kim Taehyung lama. Kata-kata nasihat yang keluar dar mulut lelaki itu dihadam dengan sebaik-baiknya.

"Tapi kalau dia memang tak mahukan saya?"

"Sekurang-kurangnya awak cuba dan bukannya mengalah sebelum memperjuangkan hak awak." Taehyung menepuk-nepuk bahu Yeoreum.

Lelaki itu bangun lalu berdiri dihadapan Yeoreum membuatkan gadis itu terpaksa mendongak.

"Hari ni saya bagi awak cuti separuh hari. Pergi selesaikan masalah awak dan dia." Kata Taehyung dengan lagak Pengarah Hospital.

"Kalau Tuan Pengarah tanya?"

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now