CHAPTER 22

3.3K 395 70
                                    

Jineul melangkah masuk ke sekolah dengan senyuman. Akhirnya dapat juga dia berjumpa Jungkook. Matanya melilau mencari kelibat Jungkook dipagi hari. Biasanya lelaki itu akan tiba disekolah pada jam 7.15 minit pagi.

Jineul mengerling jam tangannya. Sudah pukul 7.20 minit pagi, pasti Jungkook sudah sampai disekolah.

Kakinya mengorak langkah ke tempat letak kereta bagi para guru. Sebuah senyuman terukir di bibir tatkala kelibat kekasih hati bermain di ruang mata.

"Cikgu Jeon!" Panggilnya. Gadis itu berlari anak ke arah Jungkook lalu memeluk lelaki itu erat. Rindu!

Jungkook ketawa kecil. Terkejut juga dia tadi kerana tiba-tiba sahaja ada orang memeluknya. Rupanya Kim Jineul si kekasih hati.

Tangan besarnya mengelus lembut rambut panjang Jineul.

"Rindu sangat ke dekat cikgu?" Usiknya manja.

Nasib baiklah tempat letak kereta bagi para guru sunyi sahaja. Tidaklah dia tertangkap sedang bercinta dengan pelajar sendiri.

"Rindulah. Kitakan lama tak jumpa." Jineul merungkaikan pelukan. Terlepas rasa rindu dihati tatkala menatap wajah kacak Jeon Jungkook. Terasa dirinya bertuah kerana memiliki lelaki sekacak Jeon Jungkook. Dalam diam, dia berbangga kerana Jungkook memilih dirinya.

Jungkook tersenyum kecil. "Cikgu pun rindu. Rindu nak makan dengan awak. Rindu nak berbual dengan awak. Rindu nak usik awak." Jungkook mencuit hidung Jineul manja.

Jineul tertawa kecil. Sungguh pandai Jungkook menceriakan harinya.

"Cikgu pergi dulu ya. Nanti lambat pula masuk kelas." Kepalanya Jineul digosok perlahan.

"Jakkaman." Jineul memegang tangan Jungkook yang ingin berlalu pergi.

Jungkook mengangkat keningnya. "Apa?"

"Petang ni, kita keluar?"

Jungkook tersenyum. "Ok, nanti pukul lima petang cikgu datang ambil awak dekat rumah."

🍁

"Bahh!" Kejut Yeoreum pada Yoongi yang sedang berjalan seorang diri di koridor kelas.

"Tak terkejut." Kata Yoongi dengan wajah kosong.

"No fun la kau Yoongi." Yeoreum menumbuk bahu Yoongi perlahan. Yoongi memang sukar untuk diajak bergurau senda dengan sesiapa sahaja dipanggil hari. Almaklumlah, masih dalam mood tidur.

"Petang ni keluar jom." Ajak Yoongi.

Yeoreum mengelengkan kepalanya. "Tak bolehlah. Aku ada kelas dengan Cikgu Jeon petang ni."

"Kelas kau kan start pukul lima petang. Sempat lagi aku rasa kalau kita lepak dekat kedai serbaneka lepas balik sekolah. Lama tak lepak dengan kau. Rindu." Adu Yoongi. Mulutnya sengaja dimuncungkan dan tangan digabungkan bersama tanda merayu, berharap agar Yeoreum setuju.

"Tak bolehlah. Aku ingat nak buatkan dia kimbap. Sedap juga makan sambil belajar." Terang Yeoreum. Semalam sebelum tidur, dia memang ada merancang untuk membuat kimbap. Kata Halmonie Jeon, kimbap adalah salah satu makanan kegemaran Jungkook. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengambil hati Jungkook.

"Kalau macam tu tak apalah." Yoongi menguis-nguis kakinya.

"Apa kata kau join kelas aku dengan dia?" Cadang Yeoreum. Bagus juga kalau Yoongi ada bersama, tidaklah sunyi sahaja nanti.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now