CHAPTER 27

3.6K 375 33
                                    

P/s : abaikan typo guyss😅

Yeoreum membuka pintu wad Jungkook sambil memegang plastik yang berisi makanannya dan Jineul. Nasib baiklah cafe hospital masih buka pada waktu begini, jika tidak kebuluranlah dia malam ini tanpa makanan.

Dia melihat Jineul yang sedang duduk diatas kerusi disisi Jungkook. Sejujurnya dia agak kasihan dengan Jineul. Dia tahu yang Jineul terluka dengan kata-kata sinis Puan Jeon sebentar. Hati gadis mana yang tidak terluka apabila dipandang sinis oleh ibu kekasih sendiri?

"Nah, makanan kau." Hulur Yeoreum.

"Gomawo." Jineul mengambil makanan itu lalu melemparkan senyuman tipis.

Yeoreum hanya membalas dengan anggukkan kepala.

"Awak duduklah sini Yeoreum." Jineul bangun dari duduknya lalu menghampiri Yeoreum yang sedang berpuluk tubuh.

"Tak apa, kau saja yang duduk." Balas Yeoreum dingin.

Jineul menggeleng. "Awak yang sepatutnya duduk disini. Saya hanya menemani awak sahaja. Lagipula, Puan Jeon sendiri yang amanahkan awak untuk menjaga Cikgu Jeon jadi awak yang selayaknya duduk disini."

Yeoreum kematian kata untuk membalas. Tanpa mengucapkan apa-apa, dia melabuhkan punggung diatas kerusi disisi katil Jungkook. Besen air yang berisi air suam diambil lalu diletakkan diatas riba. Tuala kecil yang tersedia diambil dan dicelup kedalam air suam lalu diperah kuat.

Jineul hanya memerhatikan Yeoreum yang sedang mengelap badan Jungkook. Jujur dia cemburu. Dia cemburu dengan Yeoreum kerana berpeluang menjaga lelaki itu yang sedang terlantar sakit sedangkan dia hanya mampu menjadi pemerhati.

Yeoreum pula dalam diam melafazkan kata maaf didalam sudut hatinya yang paling dalam. Dia sedar akan riak wajah Jineul yang mendung sahaja. Jelas gadis itu cemburu dan sedih. Tetapi apa yang dapat Yeoreum lakukan? Dia juga ada menyimpan perasaan pada Jeon Jungkook.

Yeoreum didalam dilemma. Adakah dia yang merampas Jungkook daripada Jineul? Atau Kim Jineul yang telah merampas Jeon Jungkook dari dirinya?

Yeoreum mengeluh perlahan. Patutkah dia hentikan semua ini? Tetapi sanggupkah dia berpisah dengan Jeon Jungkook? Adakah Jungkook juga mahukan semua yang dirancang oleh mereka berdua berakhir secepatnya?

"Kau nak lap badan Cikgu Jeon?" Soal Yeoreum. Kain tuala dihulurkan pada Jineul.

"Tak apa. Puan Jeon tak bagi saya sentuh Cikgu Jeon." Jineul menolak bersama senyuman hambar.

Hati Yeoreum dilanda rasa bersalah. Pasti Kim Jineul amat takut pada Puan Jeon.

"Puan Jeon tak ada dekat sini dan dia tak akan tahu kalau kau jaga Cikgu Jeon."

"Awak yang lebih layak Yeoreum. Saya hanya kekasih rahsia dia sahaja manakala awak pula tunang dia secara rasmi. Status kita berbeza. Puan Jeon percayakan awak untuk jaga Cikgu Jeon dan bukannya saya."

Yeoreum menghembus nafas kasar.

"Lantak kau lah."

"Saya tahu awak cintakan Cikgu Jeon."

Yeoreum memalingkan mukanya. Hatinya bagai terhenti seketika. Bagaimana Kim Jineul dapat mengetahui isi hatinya? Atau Yoongi yang memberitahukan perkara ini pada Jineul? Mustahil, Yoongi seorang yang amat menepati janji. Mustahil jika kawan baiknya itu membuka rahsia hatinya.

"Apa kau merepek ni?" Yeoreum cuba mengekalkan ton suaranya yang dingin walaupun hatinya sedang berdegup kencang.

"Saya dapat lihat dari pandangan mata awak Yeoreum. Cara awak pandang dia, cara awak bercakap dengan dia, sudah cukup membuktikan yang awak cintakan dia." Jineul menundukkan wajahnya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now