CHAPTER 46

4K 415 114
                                    

p/s : sis comeback🤙🤙

Yeoreum melangkah keluar dari hospital. Niatnya untuk menyimpan kot doktornya sebelum keluar makan bersama Namjoon.

Kunci kereta dicari sambil dia melangkah ke tempat letak kereta.

Sedang dia melintas jalan untuk ke tempat letak kereta, dia terpaku tatkala satu kereta sedang meluncur laju kearahnya.

Yeoreum terpaku. Kakinya ibarat digam diatas jalan. Matanya dipejam erat, menanti takdirnya yang telah ditentukan tuhan untuknya.

"Han Yeoreum!" Sepasang tangan menarik lengannya kuat ke tepi jalan. Gadis itu jatuh didalam dakapan si lelaki.

"Yeoreum, awak okay tak?" Tanya lelaki itu cemas.

Yeoreum membuka matanya perlahan-lahan dan melihat gerangan yang sudah menyelamatkan nyawanya. Nafasnya masih tidak teratur.

"Namjoon." Sebuah nama itu meniti dibibirnya.

"Saya tanya ni, awak okay tak?" Namjoon menyoal lagi. Dia memegang bahu Han Yeoreum.

Yeoreum mengangguk perlahan.

"Saya okay." Yeoreum menjawab perlahan. Jantungnya masih berdegup kencang, terkejut dengan perkara yang berlaku.

"Mari saya hantar awak balik. Awak tinggal je kereta awak dekat sini. Saya risau kalau awak drive dalam keadaan macam ni. Bahaya." Namjoon memapah Yeoreum. Kaki gadis itu terdapat sedikit kesan calar akibat terseret diatas jalan raya yang agak berbatu.

"Habistu, dinner?" Soal Yeoreum. Tidak eloklah kalau janji tinggal janji.

"Tak apa, kita batalkan je. Lain kali boleh keluar dinner." Balas Namjoon tenang. Dia memapah gadis itu sehingga sampai ke keretanya. Yeoreum diletakkan perlahan-lahan diatas seat disebelah pemandu.

"Terima kasih." Ucap Yeoreum setelah Namjoon masuk kedalam kereta.

"Huh?" Namjoon mengangkat keningnya. Signal diberi lalu kereta itu keluar dari kawasan hospital.

"Terima kasih sebab selamatkan saya tadi." Yeoreum memandang Namjoon disebelahnya. Nasib baiklah ada lelaki ini, kalau tidak dia sendiri tidak tahu apa nasib dirinya.

Namjoon tersenyum nipis.

"No hal lah."

🍁

Jungkook mengepal penumbuknya dari dalam kereta. Bukannya dia tidak nampak kejadian dimana Yeoreum hampir dilanggar kereta. Dia nampak dengan jelas, gerangan si pemandu kereta.

Bukannya dia tidak mahu menyelamatkan gadis itu cuma dia tidak sempat kerana Namjoon terlebih dahulu cepat bertindak.

Cemburu? Sudah semestinya. Apatah lagi tatkala melihat Han Yeoreum dipapah oleh Namjoon dalam keadaan yang cukup rapat.

Namun bukan perkara itu yang membuatkan dia geram. Bukan perkara itu yang membakar hatinya. Tetapi, Kim Jienul.

Jungkook melihat dengan jelas bahawa Kim Jineul cuba melanggar Han Yeoreum namum gagal. Sudah gilakah perempuan itu? Kerana seorang lelaki dia sanggup membunuh?

"Awak memang nak kena Kim Jineul." Kata Jungkook geram. Dia menghentak stereng keretanya kasar.

Pedal minyak ditekan, lalu keretanya keluar dari kawasan hospital.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now