CHAPTER 11

3.8K 432 5
                                    

"Penatnya." Rungut Han Yeoreum. Gadis itu melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan untuk para tetamu. Kakinya pula terasa seakan membengkak kerana berjalan kesana kesini dengan kasut tumit tinggi.

Tangannya mengurut kakinya dikawasan buku lali. Keluhan tiada henti meniti dibibir merah jambunya.

"Penat?" Soal Jungkook yang baru tiba bersama makanan ditangan.

Han Yeoreum hanya mengganguk. Sibuk mengurut buku lali kakinya.

Jeon Jungkook meletakkan makanan yang dibawanya.

"Mari sini cikgu urut." Lelaki itu duduk mencangkung lalu membelek tumit kaki dan buku lali gadis itu.

"Buku lali awak ni bengkak sikit. Mungkin sebab awak jalan banyak sangat dengan high heels awak." Terang Jungkook sambil mengurut kaki tunangnya. Sesekali Yeoreum mendesis apabila tangan Jungkook mengurut pada kawasan yang bengkak.

"Perlahanlah sikit Cikgu Jeon." Rengek gadis itu.

"Kalau perlahan tak jadilah. Cikgu kena urut kuat sikit." Jeon Jungkook menyambung urutannya. Gadis itu hanya mampu mengetap bibir, menahan rasa sakit akibat urutan percuma dari Jungkook.

"Dah siap. Rasa okay sikit?" Soal Jungkook. Lelaki kacak itu bangun lalu duduk ditepi gadis itu.

"Okay sikit." Kata Yeoreum sambil menggangukkan kepalanya. Senyuman nipis diukir pada tunangnya.

"Gomawo." Ucapnya ikhlas.

"Hal kecil je." Jeon Jungkook menyerabutkan rambut hadapan Han Yeoreum. Sudah menjadi hobi dia untuk menyerabutkan rambut gadis itu.

"Saya laparlah. Saya pergi ambil makanan sekejap." Yeoreum ingin mengangkat punggung namun terhalang apabila Jungkook memegang lengannya.

"Biar cikgu pergi ambil. Kaki awak tak okay lagi tu." Katanya lalu melangkah pergi kearah meja yang terhidang pelbagai jenis makanan.

Yeoreum melabuhkan punggung kembali. Dia hanya memerhatikan Jungkook yang sibuk memilih makanan. Sambil-sambil pilih sempat lagi lelaki itu memasukkan makanan kedalam mulut sendiri. Tertawa kecil Han Yeoreum dibuatnya dengan sikap Jeon Jungkook.

"Macam budak-budak." Kutuk Yeoreum bersama gelengan kepala dan tawa kecil.

"Nah, makanan awak." Hulur Jungkook. Makanannya yang sudah tersedia diatas meja tadi diambil lalu dia duduk disebelah Han Yeoreum.

"Makanlah." Lelaki itu mencuit bahu Yeoreum.

Yeoreum memandang Jeon Jungkook. Tak senonoh betul, dengan mulutnya yang penuh dan comot mahu bercakap. Habis tersembur-sembur.

"Comotlah Cikgu Jeon ni." Gadis itu mengambil tisu yang disediakan lalu ditonyohnya pada mulut Jeon Jungkook. Tertawa dia apabila melihat Jungkook yang cuba mengelak dari tonyohannya.

"Yah,yah, yah. Ni nak tolong lap ke nak ajak bergusti?" Soal Jungkook tidak berpuas hati.

"Tolong lap laa." Yeoreum mengukir senyum.

"Habistu, lap lah betul-betul. Mulut orang yang sedia comot makin comot rasanya kalau macam ni." Rungut Jungkook. Tangan masih setia menyuap makanan kedalam mulut yang sengaja dimuncungkan.

"Yelah, sini." Yeoreum menarik bahu lelaki itu lalu dilapnya mulut Jeon Jungkook perlahan dan lemah lembut. Kesan kotoran dibersihkannya lalu tisu yang kotor diletakkan kedalam pinggang yang sudah digunakan.

"Thank you." Jungkook sengih comel. Jarang Han Yeoreum bersikap seperti ini.

Tuan Han memerhati anaknya dan Jeon Jungkook dari jauh. Terbit perasaan senang didalam hatinya apabila melihat senyuman milik anak gadisnya.

"Jineul, panggil mama kamu. Kita dah nak balik ni." Arah Tuan Han.

Setelah Jineul memanggil mamanya, Tuan Han membuka langkah kearah pasangan itu untuk meminta diri bersama keluarganya.

"Yeoreum, papa balik dulu." Pamit papanya.

Yeoreum yang terkejut dengan kehadiran papanya menolak bahu Jungkook yang agak rapat dengannya.

"Papa dan auntie dah makan?" Soalnya bersama senyuman. Sedikit sebanyak hatinya mula menerima papanya kembali.

"Dah." Balas papanya. Isteri papanya pula hanya mengangguk bersama senyuman.

"Jungkook jaga anak uncle baik-baik ya." Tuan Han menepuk bahu Jeon Jungkook. Dimatanya, anak gadisnya amat sepadan dengan Jungkook. Sama cantik sama padan.

"Baik uncle." Jungkook menunduk badannya sedikit.

"Papa balik dulu." Tuan Han memeluk Yeoreum. Mahu saja dia berada dimajlis itu sehingga majlis itu tamat, namun dia hanyalah tetamu. Tidak sesuai rasanya jika dia berlama-lama disini.

"Hati-hati papa." Kata Yeoreum.

Jungkook memeluk pinggang Han Yeoreum. Tersentak gadis itu seketika.

Tuan Han hanya mengangguk lalu berlalu pergi diikuti Kim Jineul dan ibunya.

Hilang saja kelibat papanya, Yeoreum mencubit perut Jeon Jungkook.

"Aduh, apa awak ni tiba-tiba je cubit perut orang?" Soal Jungkook sambil menggosok perutnya yang dicubit oleh gadis itu. Gadis ini memang ada keturunan ketam gamaknya, ngilunya sampai kedalam.

"Tiba-tiba? Hey, cikgu dulu ya yang peluk pinggang saya. Saya bagi amaran, tangan cikgu jangan sesekali bermain dibadan saya." Marah Han Yeoreum. Jari telunjuk ditunjukkan tepat pada batang hidung Jeon Jungkook.

"Apa salahnya? Kita kan dah bertunang?"

"Tunang sahaja ya Cikgu Jeon. Bukan suami."

"Kalau macam tu kita kahwin la." Usik Jeon Jungkook bersama senyuman miang.

"Siapa yang nak kahwin dengan cikgu?"

"Tunang saya iaitu awak." Balas Jungkook bersama nada manja lalu mencuit hidung Yeoreum.

"Boleh naik gila saya layan Cikgu Jeon. Cikgu layanlah gila cikgu tu sendiri." Kata gadis itu lalu pergi meninggalkan Jungkook yang masih tersengih persis kerang busuk.

TBC

Huhuhu..sorry pendek..tkx idea dh ni.btw happy holiday!😄😄😄😄💜💜💜💜.Brhrp dpt tngk mama live tp itu hnya tinggl angan2..huhuhu #ihatesnakeuu.
And sye ade pub satu story baru. Pergilah jenguk kalau tk kisah🙈🙈🙈

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now