CHAPTER 9

4.2K 507 10
                                    

Han Yeoreum mengikat rambutnya lalu memandang jam yang tergantung di dinding. Dah pukul tiga tapi bayangan Jungkook masih belum kelihatan. Janji melayu betul.

Dia mencalit sedikit lipbalm dibibirnya. Bunyi ketukan pintu membuatkan dia melangkah ke pintu bilik.

"Ya?" Soalnya selepas membuka pintu. Mamanya yang sedang tersenyum ditatap.

"Jungkook dah sampai. Cepatlah turun." Beritahu mamanya.

"Oh, okay. Yeo nak ambil beg sekejap." Beg kecil yang bertali panjang diambilnya lalu disangkut ke bahu. Nak jumpa ibu bakal tunang kenalah tunjuk profesional and kemas sikit.

Dia melangkah menuruni tangga dan menghampiri Jungkook yang sedang duduk di ruang tamu.

"Cikgu Jeon, kajja." Katanya sambil membaiki jam yang terletak elok dipergelangan tangannya.

"Kajja, kami pergi dulu ya auntie." Kata Jungkook seraya mengangkat punggungnya dari duduk.

"Hati-hati dijalan." Nasihat Puan Han lembut.

"Yeo pergi dulu. Annyeong." Yeoreun menciun pipi kiri mamanya.

Mereka berdua melangkah keluar beriringan.

"Rumah cikgu jauh ke?" Tanya Yeoreum setelah melangkah masuk kedalam perut kereta Jungkook.

"Taklah jauh sangat, lebih kurang 20 minit." Kata Jungkook sambil melihat jam tangannya.

Yeoreum hanya mengangguk. Tali pinggang keselamatan dicapai lalu dipakai. Dia melempar pandang keluar kereta apabila Jungkook memulakan perjalanan.

"Jadi, bila awak nak mulakan kelas dengan cikgu?" Soal Jungkook. Mata masih fokus memandu.

"Umm, next week? Lepas balik sekolah. Boleh?" Gadis itu memandang Jeon Jungkook.

Tak sangka yang guru muda ini akan menjadi tunangnya. Guru yang selalu dikutuknya, disinisnya.

"Awak tak kerja?"

"Saya dah berhenti. Mama suruh sebab result exam saya teruk sangat." Balas Yeoreum sambil menyilangkan tangannya. Tak dapat dia nak merasa pegang duit sendiri.

"Baguslah. Awak tu still pelajar, fikirkan pasal pelajaran sebelum duit." Nasihat Jungkook.

"Baiklah Cikgu Jeon." Balas Yeoreum dengan nada mengejek.

Jungkook hanya menjeling. Orang dah bagi nasihat dia balas macam tu pula.

Selepas 20 minit, akhirnya kereta Jungkook tiba dihalaman rumah keluarga Jeon. Lelaki itu menoleh pandang kearah gadis disebelahnya.

"Saya takutlah Cikgu Jeon. Macam mana kalau ibu Cikgu Jeon syak sesuatu?" Yeoreum menahan tangan Jungkook semasa Jungkook ingin membuka pintu kereta. Sungguh hatinya berdegup kencang memikirkan lakonan mereka yang bakal bermula sebentar lagi.

"Han Yeoreum tenang. Kalau kita pandai bermain watak, cikgu yakin yang ibu cikgu tak akan syak apa-apa." Pujuk Jungkook apabila melihat gadis kegelisahan.

"Dah jom keluar." Ajak Jungkook. Gadis itu membuka pintu kereta dengan debaran didada. Nafas berat dihela. Moga lakonan mereka berjaya.

"Ready?" Lelaki kacak itu memandang Yeoreum. Sebenarnya, hatinya turut berdebar. Matilah dia kalau ibunya dapat menghidu rancangannya.

Yeoreum menarik nafas dalam.

"Ready."

"Kajja." Jungkook memegang tangan gadis itu dalam membuka langkah ke pintu rumah keluarganya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now