CHAPTER 48

4.2K 409 70
                                    

Jungkook menunggu Yeoreum dihadapan pintu pagar rumah gadis itu. Sebentar tadi dia telah berjanji untuk menghantar gadis itu ke tempat kerja tetapi ditentang keras oleh Yeoreum. Katanya boleh pergi sendiri. Segala pujukan dan rayuan diberikan oleh Jungkook supaya gadis itu setuju dan akhirnya dia berjaya. Dia sanggup datang awal semata-mata ingin mengambil hati gadis itu kembali.

Kelibat Yeoreum yang sedang melangkah kearahnya menghadirkan senyuman manis pada wajah kacaknya.

"Selamat pagi." Kata Jungkook ceria, cuba mengambil hati Yeoreum.

"Hmm, morning." Balas Yeoreum pendek. Pintu pagar kecil ditutuo kembali.

"Awak tak pergi kerja ke sampai sanggup hantarkan saya?" Soal Yeoreum setelah melangkah masuk kedalam kereta.

"Tak, saya ambil cuti." Jungkook memandang Yeoreum sekilas lalu bergerak meningggalkan kawasan perumahan itu.

Yeoreum hanya mengangguk. Mindanya kembali teringat kenangan semasa dia menjadi pelajar lelaki itu. Tanpa sedar, dia tersenyum nipis.

"Kenapa senyum-senyum ni?" Soal Jungkook tatkala terpandang wajah Han Yeoreum yang sedang tersenyum.

"Tak ada apalah." Tipu Yeoreum lalu memandang permandangan diluar tingkap.

Jungkook mencebik.

"Teringatkan lelaki lain lah tu." Rungut Jungkook perlahan.

Yeoreum ketawa kecil dengan kerenah Jungkook.

"Salah ke kalau saya teringatkan lelaki lain?" Yeoreum cuba menguji Jungkook.

"Eh, tak salah pun. Ingatlah lagi, saya tak kisah. Kalau awak ingat 100 lelaki pun saya suka." Rajuk Jungkook.

Yeoreum hanya mengangkat sebelah keningnya. Tak kisah? Muka dah macam tertelan 10 biji lemon. Masam semacam.

Yeoreum hanya menghiraukan Jungkook. Mahu melihat sejauh mana rajuk lelaki itu.

"Tak nak pujuk?" Tanya Jungkook perlahan.

Yeoreum ketawa mengekek. "Tak ada kuasa nak pujuk."

Balasan Yeoreum membuatkan muncung dibibir Jungkook semakin panjang. Orang merajuk nak suruh dia pujuk.

Perjalanan mereka sunyi selepas itu. Hanya kedengaran suara Dj radio yang sedang berceloteh.

"Balik nanti saya ambil awak tau." Kata Jungkook setelah tiba dikawasan letak kereta di hospital.

"Tak apa. Saya boleh naik teksi." Tolak Yeoreum. Tali pinggang keselamatan dibuka.

"Tak boleh. Saya tak benarkan awak naik teksi. Biar saya yang- -"

Bunyi telefon Jungkook yang berdering membantutkan niat lelaki itu untuk meneruskan percakapannya.

Lihat sahaja nama pemanggil, kerutan muncul didahi Jungkook.

"Papa awak call." Kata Jungkook pada Yeoreum. Skrin telefon ditunjukkan kepada gadis itu.

"Angkatlah." Suruh Yeoreum. Ada apa papanya menelefon Jungkook? Ada hal yang pentingkah?

"Hello uncle." Sapa Jungkook ditalian.

"Ada dekat luar hospital ni." Kata Jungkook.

"Bunuh diri lagi? Ya, ya Jungkook datang." Kata Jungkook dengan nada risau. Telefon disimpan kembali kedalam poket seluar.

"Kenapa awak? Bunuh diri apa ni?" Tanya Yeoreum risau.

"Jineul nak bunuh diri lagi!"

Balasan Jungkook membuatkan mata Yeoreum membulat. Bunuh diri? Lagi?

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now