CHAPTER 17

3.3K 375 145
                                    

"Kook, nenek suruh Kook balik Busan. Katanya rindu dengan kamu." Kata Puan Jeon yang baru keluar dari dapur bersama dulang air.

"Kook boleh saja. Ibu dengan ayah tak ikut balik kampung?" Soal Jungkook.

Puan Jeon menghidangkan air kopi dihadapan Jungkook dan Tuan Jeon lalu melabuhkan punggung disisi suaminya.

"Ayah tak boleh balik kampung sebab ayah ada kursus dekat Daegu. Ibu pula akan temankan ayah." Jawab Tuan Jeon yang sedang membaca surat khabar. Air kopi buatan Puan Jeon disisip perlahan.

"Jadi, Kook balik seorang diri lah ni?"

"Taklah. Nenek nak jumpa dengan tunang kamu juga. Katanya mahu kenal-kenal dengan bakal isteri kamu."

Uhuk uhuk. Jungkook yang sedang minum air tersedak.

"Balik dengan Yeoreum?" Tanyanya teragak-agak. Ini parah. Kalau neneknya betul-betul berkenan dengan Yeoreum nanti, habislah rancangan mereka. Silap-silap hari bulan, di Busan juga neneknya nikahkan mereka berdua.

"Iyalah. Siapa lagi kalau bukan Yeoreum. Kamu ada bakal isteri lain ya?" Puan Jeon mencerlung tajam anak terunanya. Ditanyanya macam memiliki dua orang bakal isteri.

"Seorang saja ibu. Mana ada yang lain." Jungkook meneguk air liurnya. Nasib baik tak terbongkar. Eii, mulut ni boleh pula tanya soalan bodoh. Kalau terbongkar tadi, mesti dirinya sudah dikerat-kerat oleh ibunya.

"Nenek suruh balik bila?"

"Esok." Jawab ibunya ringkas. Tuan Jeon pula hanya berdiam diri. Sudah memang sikap Tuan Jeon, dia lebih suka berdiam diri. Apa-apa hal, pasti isterinya menjadi jurubicara bagi pihaknya.

"Berapa lama?" Soal Jungkook lagi. Janganlah lama-lama, nanti dia rindu nak jumpa Jineul. Sehari bagaikan setahun. Dua hari bagaikan dua tahun. Kalau lima hari, fikir sendiri.

"Seminggu."

"Hah? Seminggu?!" Jungkook kematian kata. Kalau sehari bagaikan setahun, seminggu pasti bagaikan seabad.

"Apa salahnya. Sekarangkan musim cuti sekolah. Yeoreum pun cuti dua minggukan? Kalau Yeoreum cuti, pasti kamu cuti juga."

Jungkook diam. Cadangan ibunya tidak dapat ditolak. Jika ditolak pasti ibunya akan mengesyaki sesuatu. Dia tidak mahu hubungannya dengan Jineul dapat dihidu oleh ibunya. Biarlah ia menjadi sesuatu yang rahsia dahulu.

Jungkook tahu yang ibunya amat menyukai Yeoreum. Lihat sahajalah layanan ibunya terhadap Yeoreum. Layanannya persis seorang ibu. Pasti ibunya telah menggagap Yeoreum seperti anak kandung memandangkan ibunya amat menginginkan anak perempuan. Jika semuanya terbongkar, pasti ibunya sungguh kecewa.

"Baiklah ibu. Nanti Kook bagitahu Yeoreum."

🍁

Jineul melangkah masuk kedalam sebuah cafe. Sebentar tadi, Jungkook menelefonnya dan mengajaknya untuk bertemu. Katanya ada sesuatu yang ingin diberitahu.

Gadis itu memilih meja yang berhampiran dengan tingkap. Sengaja dia datang sedikit awal daripada yang dijanjikan.

Dia termenung. Jujur, dia bahagia apabila bersama Jungkook. Jungkook bermulut manis dan pandai menghiburkan hatinya. Baginya, Yeoreum sungguh bertuah kerana memiliki seorang tunang yang sempurna seperti Jungkook.

Semua gadis pasti terpikat dengan Jungkook. Orangnya kacak dan baik. Kadangkala dia terfikir, tidak pernahkah Yeoreum terpikat dengan Jungkook? Begitu keraskah hati Yeoreum sehingga hatinya langsung tidak terusik dengan layanan Jungkook?

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now