CHAPTER 36

3.9K 402 62
                                    

Yeoreum termenung di meja belajarnya. Masuk tahun ini, secara rasminya dia telah tinggal di Canada selama tiga tahun. Rindu pada keluarga di Seoul Korea jangan cakaplah, rindu teramat. Ada juga dia pulang ke Seoul sekali sekala, itupun semasa cuti panjang.

Cincin dijari manisnya diusap lembut. Walaupun dia sudah tidak ada apa-apa ikatan dengan Jeon Jungkook, dia masih belum menanggalkan cincin itu. Jujur, cintanya pada Jungkook tidak pernah hilang dan berkurang walaupun sedikit.

Selama tiga tahun, Jungkook langsung tidak menghubunginya untuk bertanya khabar. Sedikit sebanyak mendatang perasaan ragu pada lelaki itu. Mindanya kembali melayari memori ketika hari terakhir dia di Korea sebelum terbang membawa diri ke Canada.

Flashback.

Yeoreum memeluk Puan Han erat sebagai tanda perpisahan. Sebentar lagi dia akan berlepas ke Canada demi merealisasikan impiannya.

"Jaga diri Yeoreum elok-elok, mama tak ada dekat sana nak jaga Yeoreum macam dulu." Puan Han menangis didalam dakapan anak gadisnya. Tidak sangka yang anak gadisnya akan meninggalkannya sebentar lagi.

"Yeoreum akan jaga diri Yeoreum. Mama pun kena jaga kesihatan mama. Jangan stress sangat, nanti tekanan darah tinggi mama naik. Mama jangan risau, Yeoreum akan baik-baik saja di Canada. Kalau mama rindu Yeoreum, kita skype je okay?" Yeoreum mengusap bahu Puan Han perlahan.

Yeoreum pula sudah memberitahu Puan Han akan perpisahan dia dan Jungkook. Naik angin juga Puan Han pada mulanya tatkala diberitahu perlara itu oleh anak gadisnya.

Ada juga Puan Han bertanya, apakah yang menyebabkan mereka berdua mengambil keputusan sebegitu. Namun Yeoreum hanya memberitahu Puan yang dia dan Jungkook mengambil keputusan itu kerana mereka tidak sehaluan lagi. Tambahan pula, Yeoreum akan berangkat ke Canada dan gadis itu tidak yakin dengan hubungan jarak jauh.

"Yeoreum pergi dulu mama. Nanti terlepas flight pula." Yeoreum ketawa kecil, menutup rasa sedih yang datang bertandang di hati.

"Mama sayang Yeoreum." Puan Han mencium pipi kanan dan kiri anak gadisnya buat kali terakhir.

"Yeoreum sayang mama juga. Jaga diri mama elok-elok." Yeoreum mengusap pipi Puan Han lembut.

"Yoongi, kau tolong tengok-tengokkan mama aku ya." Kata Yeoreum pada Yoongi yang hanya berdiam diri sejak tadi.

Yoongi hanya mengangguk. Tidak sangka kawan sepermainan dari kecil sehingga besar akan berpisah dengannya.

"Kau marah aku ke?" Soal Yeoreum perlahan. Dari pada tadi lagi Yoongi tidak berbual apa-apa dengannya. Tegur dia pun tak.

"Taklah, mana ada aku marah kau. Cuma aku sedih yang kau dah nak tinggalkan aku." Balas Yoongi jujur.

Yeoreum menarik Yoongi kedalam pelukannya. Bukan hanya Yoongi sahaja yang terkilan, dia juga sama. Kalau budak Yoongi ni muat masuk dalam bagasinya, dah lama dia sumbat lelaki itu kedalam bagasinya.

"Aku pun sedih nak tinggalkan kau. Tinggalkan mama. Tapi aku kena pergi. Aku dah terima tawaran tu. Aku pergi dulu tau. Take care Yoongi."

Yeoreum menarik bagasinya sambil melambai-lambai kearah mamanya dan Yoongi. Dapat dilihat mutiara jernih yang turun membasahi pipi Puan Han. Yoongi pula mendung sahaja mukanya sambil memeluk Puan Han. Mungkin cuba menenangkan wanita itu.

Yeoreum melangkah perlahan menuju ke balai berlepas. Dia menyeka perlahan air matanya yang mengalir membasahi pipi.

"Anyeong Cikgu Jeon." Katanya didalam hati. Jujur, dia berharap lelaki itu datang menemuinya buat kali terakhir, namun hampa, Jeon Jungkook langsung tidak memunculkan diri.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now