CHAPTER 38

4K 401 57
                                    

My new story - Playboy Terlebih Hot + jjk

My new story - Playboy Terlebih Hot + jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jmput la baca🙈


Yeoreum berdiri tegak dihadapan pintu wad Jeon Jungkook. Tangannya teragak-agak untuk memulas tombol pintu itu. Sesekali dia mengeluh lemah.

Macam mana kalau Kim Jineul ada dekat dalam? Nak-nak pula kalau dia tengah bermesra dengan Jungkook. Mahunya free-free dapat sakit hati.

Yeoreum mendengus. Lantak mereka berdualah. Aku datang sebab nak jalankan tanggungjawab aku je.

Yeoreum mengetuk pintu beberapa kali sebelum melangkah masuk. Wajahnya cuba dibuat setenang mungkin. Buat macam tak kenal siapa Jeon Jungkook.

"So, macam keadaan Encik Jeon hari ini? Feeling better? Atau Encik Jeon ada sakit dekat mana-mana?" Yeoreum menyoal.

Dia cuba untuk tidak memandang lelaki itu. Sekaligus gadis itu cuba bersikap profesional.

"Yeo--Yeoreum." Namanya meniti dibibir lelaki itu. Jungkook memandangnya kaget. Seperti tidak percaya bahawa yang berdiri dihadapannya sekarang ialah Han Yeoreum, bekas tunangnya.

"Ehem, kalau mengikut pemeriksaan saya, lusa encik dah boleh keluar. Cuma encik tak boleh banyak bergerak buat masa sekarang sebab kaki kanan encik patah dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Jadi buat masa sekarang encik terpaksa bergantung pada tongkat." Yeoreum berkata tenang. Senyuman tipis diberi buat Jungkook.

"Awak tak rindu cikgu?" Jungkook menyoal. Kakinya yang patah membuatkan pergerakan dia terbantut.

Yeorem terbatuk kecil.

"Macam ni lah Cikgu Jeon, saya tak campurkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Kalau nak bincang pasal hati dan perasaan, sila bincang selepas saya habis kerja." Yeoreum membalas tenang. Ingin sahaja dia memeluk lelaki itu, namun ditahan sahaja tatkala teringat kata-kata Kim Jineul kelmarin hari.

Jungkook terdiam. Sungguh dia tidak mengerti mengapa gadis itu bersikap dingin terhadapnya.

"Izinkan saya untuk periksa degupan jantung cikgu." Yeoreum memakai stetoskopnya yang tergantung dibahu.

Yeoreum tunduk lalu menghampiri badan Jungkook. Bahagian dada kiri Jeon Jungkook diperiksa.

Jungkook terkedu. Jarak diantaranya dan Yeoreum amat rapat sehingga dia terbau haruman wangi rambut gadis itu. Dalam diam, dia menghidu bauan wangi itu.

'Wangi.' Katanya didalam hati. Dia berdehem perlahan. Cuba menghilangkan rasa gugup yang datang bertandang dihati.

"Pelik." Yeoreum menjauhi lelaki itu. Jari telunjuknya mengetuk dagu runcingnya perlahan.

"Apa yang pelik?" Jungkook berkerut dahi. Takkan Yeoreum tak jumpa degupan jantung dia pula. Sudah, aku dah mati ke?

"Kenapa jantung cikgu tiba-tiba berdegup laju?" Yeoreum menyoal. Anak matanya menikam mata Jungkook.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now